Monday, October 31, 2011

Vendor-vendor Pameran Pengantin (review part 1)

FY review vendor-vendor yang FY sit down and chit chat je k..Banyak lah nak review semua..Brochure pun bersepah-sepah lagi dalam paper bag..hehe..Sebelum pergi pameran pengantin, FY dah discuss dengan parents nak survey dais decorator, invitation cards and doorgift sahaja. Abah FY tak suka kalau pergi mana-mana without plan.Nanti dia cepat boring..biasalah orang lelaki ni kan.





Kalau cakap pasal vendor ni,macam-macam cerita yang FY dengar.Ada tu bagus,ada buat perangai last minute,ada kekwat,ada yang pushy and ada yang pandai ambil hati customer dengan janji-janji manismu..Apa yang penting? KERJASAMA! ye betul cakap wonderpet..we must cooperate between each other..kena rajin follow up itu penting..simpan brochure,segala resit, terms and agreement, sketch and whatsoever things that relates between you and your vendor in a folder. It is very important..kot2 la nanti ada yang breach the contract, boleh guna bukti-bukti yang ada and see you in the court..wuhuuu..boleh la panggil FY jadi loyer =) hihi






Ari Wedding Couture





I know ramai yang fobia/trauma dengar nama AWC kan? FY pernah la attend my bestfriend engagement yang hire AWC.Alhamdulillah takda masalah.Hantaran pun cantik.Datang on time and PR pun bagus.My bestfriend cakap,dia memang selalu follow up dengan AWC sebab as we all know that AWC ni quite famous and job dia almost every weekend ada.







Pelamin engagement my bestfriend Sarah

source : AWC










cuba cari FY yang mana? hehe




Untuk mengelakkan kontroversi ,kita sebagai bride to be tak boleh nak lepas tangan dan serahkan sepenuhnya dekat vendor.Kita mesti ada schedule nak follow up, let's say 6 months, 3 months before, 2 months before,one month before, 3 weeks before and the final 2 weeks tu call your vendor 3 times a week.You kena tunjuk serius sket.Bagi vendor tu ingat nama korang or dengar suara je,dah tahu siapa yang call..hehe..kejam tak FY?





Orite,back to pameran pengantin. FY lepak kat situ 2 kali, hehe..Dorang offer macam-macam pakej and dorang ada additional 5% discount untuk yang booking masa pameran. Dalam pakej AWC ada juga yang offer sekali dengan photography.Diorang collaberate dengan The photolicious , Kamalia Kamal (Kak Kay). Bagi FY, berbaloi juga dengan pakej yang ditawarkan and ada yang kena potong sana sikit, tambah sini sket. Contoh : kalau taknak ambil make up or baju dengan AWC,u boleh potong and tambah dekat benda lain tapi kena bincang betul-betul apa yang kita nak dan tak nak.Make sure both parties paham.Jangan sebelah pihak je yang paham,sebelah lagi blur.Mutual understanding is absolutely important.










picture by Kay Kamal





Untuk pelamin nikah, AWC quote me RM 2550 for fresh flowers one panel dais with bantal nikah.Untuk pelamin dewan, AWC quote me RM 9000+ for fresh flower pelamin, walkaway 8 pillars, arch, gazebo, deco main table and centre piece for VIP table. Tapi itu untuk design yang sedia ada or you can mix and match with AWC other design..Kalau nak design baru,barang baru,mahal lagi la.sendiri mahu ingat kan?hihi





Untuk hantaran pula, I think kalau ambil hantaran sahaja dengan AWC is a bit pricey. Honestly, FY takkan spend sampai beribu for hantaran decoration. Tak dinafikan, hantaran yang AWC sangat cantik,eksklusif and bekas hantaran AWC is so unique. Tapi,kalau korang ada budget yang cun, ok je nak ambil dengan AWC.










Dayang FY with sireh junjung










hantaran both side by AWC





Suri Weddings Shah Alam



Zakri,if you read this, I would like to say thank you so much sebab layan FY and parents dengan baik sekali.FY suka sangat layanan Zakri yang mesra. Walaupun kami ni orang biasa-biasa je,tapi cara diorang entertain customer sangat bagus.




Decoration diorang masa pameran simple je english deco tapi comel.Selesa sangat nak berborak.














Zakri comel pakai baju pink..hehe





They quote me RM 3500 for fresh flowers pelamin nikah and 9 dulang hantaran fresh flowers. Pelamin dewan diorang tak berani janji berapa sebab kena tengok keluasan dewan dulu and starting price for pelamin dewan sahaja is RM 4500 ++.










contoh pelamin by Suri Weddings




love*love*lovesssss





Ok la,vendor lain FY review next entry.Kalau korang ada pengalaman with AWC and Suri Weddings boleh share experience.Have a good day everyone.








Sunday, October 30, 2011

Pameran Pengantin SACC




Seronok sangat dapat pergi walaupun datang hari Ahad,hari last..Datang pun dah pukul 2 tapi still meriah lagi.. Masuk-masuk je dah nampak photobooth pameran pengantin & dapat bergambar free..apa lagi kan,FY dengan mama pun gunakan lah peluang yang ada..At least dapat jadi kenangan nanti =)






Lepas dapat gambar yang di print tu, ada announcement pertunjukan fesyen. Decoration Arabian Night memang cantik ala-ala Aladdin castle or Masjid Ubuddiah, Kuala Kangsar =)








The Arabian Princess







Puteri Melayu







Apa yang best bagi FY, semua vendor yang join pameran pengantin ni mostly produk diorang ada kualiti & PR skills pun bagus.Bila FY minta diorang explain, they will explain nicely.Paling FY suka Ari Wedding Couture, Rins Suzana, Suri Weddings, Berkat DN Enterprise, The Photolicious, Mahligai Creative, Creative Elements, LH Media Creative & QTpots.







Alhamdulillah, FY dah booked dais decorator, hall decorator & hantaran deco for both sides untuk our wedding..It means that, for engagement je tak confirm lagi siapa buat pelamin & hantaran..Huhu..Tak awal ke FY book?hehe..actually FY takut price naik tahun depan..kalau book sekarang,ikut harga tahun ni..FY dah baca T&C from 'the vendor' dan berpuas hati dengan harga yang diberi =) Hopefully, takde la ek issue lepas ni.







Selain tu, FY tengok-tengok juga invitation cards, doorgift, photography (I love the photolicious,album kahwin Yasmin Hani lawa sangat!) and pergi try food testing juga. Oh, yang sedap catering pada FY is Marhaba Catering! layanan pun bagus..FY suka sambal sotong dia.






FY tak ambil pic banyak sangat sebab tangan penuh dengan brochure..camera pun tak bawak,pemalas punya pasal.So,snap pakai BB korok ni je..hehe













trinkets box, notepad, tissue cover, pencil holder



cantik tapi pricey sket la vendor ni bagi =((



kat India, murah je tau








chocolates!



macam-macam bentuk,macam-macam warna



Thursday, October 27, 2011

the eleven

Bila hari jumaat je mood kerja memang slow sket so apa lagi, blog walking la..hehe..FY notice gadis ada tag FY..thanks dear..Ok la,FY share sket ye apa yang FY boleh share.


the eleven things about me


1- FY is my new nickname.FY saja letak inital nama sendiri sebab sesetengah kawan-kawan FY panggil FY nama Farah and ada juga panggil Yasmin.Kalau nak taip Farah Yasmin setiap kali tu agak panjang, I simplify jadi FY je la =)


2- Umur 25 tahun..nak tahu birthday ke? 7 February


3- Anak sulung dari 5 orang adik beradik..FY anak tunggal perempuan =)


4- Hobi FY : baca magazine,scrapbook, baking cookies & travelling


5- Warna favourite FY is hijau,pink & purple. Warna yang FY tak berapa suka : biru


6- FY tak ada bestfriend yang tahu semua pasal FY sebab FY masuk 3 sekolah menengah. Tapi, each sekolah yang FY pergi ada kawan yang paling rapat. Dekat kolej & universiti pun sama.


7- FY minat gila lah dengan ZIANA ZAIN!!


8- Tak suka pakai contact lense kecuali kalau ada pergi event yang kena make-up macam pergi prom night, annual dinner or bila FY tunang n kawen nanti..hehe


9- Suka jalan-jalan dekat shopping mall sorang2 especially time weekdays..tapi sekarang tidak lagi sebab dah kerja.


10- Suka pakai tudung dubai. FY dah 4 tahun collect tudung ni..rasanya dah nak dekat 50 helai..hehe


11- FY suka senyum & peramah tapi depends juga dengan siapa lah kan..hehe..FY paling tak gemar orang yang 'pilih bulu', hipokrit & sombong tak tentu pasal.


-----------------------------------------------------------------------------


11 soalan dari Gadis


1- Kalau orang senyum pada anda, adakah anda akan senyum pada dier semula?

insyaAllah..FY memang suka senyum tapi kalau PATI yang senyum, FY tak layan la..hihi


2-Hp paling canggih yang pernah anda gunakan?

Blackberry Bold


3-Suke shopping ape?

scrapbook supplies


4-Suka dating kat mane dengan pasangan?

The Curve & Wangsa Walk(movie je la...hihi)


5-Kalau tengah marah dengan bf/gf/tunang/suami selalunya diorang akan buat apa?

dua-dua senyap..bila dah rasa ok baru bincang n minta maaf


6-Suke shopping barang ape?

kasut


7-Kerja gila yang korang pernah buat?

drive kereta time malam lepas tu tak buka lampu (gile ke tak ni?hihi)


8-Apa yang ada dalam handbag korang?

handphone,wallet,lipgloss,tissue & kunci


9-Laman web ape yang baru sekejap korang singgah?

malaysianbar


10-Game ape yang korang suke main bila dah xde buat ape-ape?

tak suka main game


11-Apa yang korang tengah fikirkan sekarang ni

nak pergi pameran pengantin =)


-------------------------------------------------------------------------

FY nak tag

1- izasarey 2- Renee 3- kak long 4- Dhiera 5- Intan 6- marya 7-nurul izayani 8-wanis 9-Marea 10- Rilla 11-Kina


--------------------------------------------------------------------------

11 soalan dari FY


1- Apa restoran kegemaran you dengan pasangan?

2- Dekat mana tempat dating yang pertama?

3- Siapakah orang yang selalu kongsi perasaan happy,marah,tak puas hati atau bengang ke dll?

4- Minyak wangi favourite?

5-Apa plan untuk 5 tahun akan datang?

6-Benda yang paling you sayang?

7-Favourite song apa?

8-Ada pet tak?

9- Destinasi honeymoon yang diidamkan?

10- Perkara yang paling pantang?

11- Apa perkara yang paling romantic yang you buat utk si dia?hehe


Tak Sabar

Bukan tak sabar nak kawen ke tunang ke,hehe..FY tak sabar nak pergi Pameran Pengantin Malaysia kat SACC Mall 28 October- 30 October..InsyaAllah nak pergi 29 October time petang or last day dari pagi sampai petang..haha..tengok lah mana yang time free..kena pergi wedding kawan on 29 October juga ni..





Perasaan excited nak pergi pameran pengantin kali ni lain macam sket tau..bukan tak pernah pergi pameran pengantin. sebelum ni..kat Wangsa Walk depan office FY ni dah 2 kali kot pameran pengantin ada sejak FY kerja 6 bulan lepas..Tapi masa tu FY just tengok-tengok sambil berangan je la..Planning nak merisik pun tak ada dalam agenda lagi..Alhamdulillah, bila MA dah datang merisik 9/10/2011 lepas, baru lah FY dan MA bersedia nak survey-survey pasal engagement and wedding..






wahh,ada theme la untuk pameran pengantin ni. It's Arabian night with gold, maroon and sapphire blue combination colors..Kalau nak datang kena follow warna tema ke?haha ;) Tapi yang penting, masuk free =)


So, kalau terserempak dengan FY ke kat sana, tegur-tegur lah FY tau.Boleh kita jadi kawan. FY tak sure lagi nak pergi dengan parents or dengan MA. Tapi tak kesah la dengan siapa pun, FY tetap pergi juga pameran pengantin kali ni dengan perasaan tidak sabar..hihi



kalau jumpe makhluk excited ni, boleh la say hye FY (Farah Yasmin)









p/s: nak survey pasal apa lagi ek especially untuk engagement ?

Wednesday, October 26, 2011

double booked !

Official MUA for my engagement


Alhamdulillah, MUA and OP for my engagement dah siap booked =) Semalam FY called all MUA yang FY dah list down dkt entry sebelum ni. Only 3 of them yang layan which is Zila Ziman. Nurin and Vee..Sedihnya Zila Ziman dah fully booked on my engagement date tu..Vee pun sama..Emma Pesona off handphone pulak..Anna Ismail pun tak dapat nak reach..So,officially my MUA for e-day is NURIN !! =)





Macam biasalah,kalau kita nak hire siapa2 pun for our e-day/wedding day,1st think yang kena tengok is PR skills mereka..Kita kena tengok whether dia boleh tak memahami apa yang kita nak..kita juga kena tengok whether dia boleh sabar and terima opinion kita ke tidak..Some vendor/person taknak langsung dengar idea/opinion client..Do you know that client/customer is always right? =)






Orite back to MUA, i puas hati cara Zila Ziman layan sms I..walaupun dia punya schedule penuh on that day tapi dia suggest kat FY untuk ambil make up sesi petang but unfortunately dear, majlis bertunang FY buat tengahari.So,takde rezeki nak ambil u t___t





Vee pun dah penuh and FY pun tak letak high hope on her coz i dah nampak kat blog dia,date yang I nak tu dah ada orang hire Vee..





FY call Nurin sekali je and alhamdulillah dia pick up the phone. Nurin duduk area Wangsa Maju and it is very convenient to me to meet her soon sebab FY kerja dekat area Wangsa Walk ni..hehe..nanti nak jumpa Nurin untuk bincang make up and bagi deposit terus..FY dah block date dengan dia =) siapa-siapa yang pernah ambil Nurin for your day,mind to share your experience?




source : uncle Google





Official Photography for engagement




My OP ni tak famous pun tapi dia pernah kerja jadi editor Saiful Nang.Sejak 3 tahun lepas dia start bisnes photography sendiri.Thanks to my brother sebab recommend kan dia for me.My OP ni classmate my brother dekat kolej dulu.So,dapat lah special price sket..hehe..Suka! =)




FY suka tone gambar dia.Nampak soft sangat editting nya..I do not prefer editting yang nampak fake and over done..Then,FY pun tak suka yang letak kerawang bagai..for me,it is so disturbing and nampak gambar tu 'meriah' sangat.hehe..FY pun dah awal2 cakap dengan dia, tak boleh masuk bilik time FY tengah make up.Hanya dibenarkan time FY dah pakai baju and siap bertudung sahaja..Pasal tu semua,FY dah bincang dengan dia..Cara komunikasi pun senang macam ada chemistry..I panggil dia 'adik' and he call me 'kakak'..Dengan orang yang lagi muda ni,I taklah malu2 sangat nak posing2..Lagipun dia pun ceria and nampak macam pandai bagi arahan..InsyaAllah semuanya dapat berjalan lancar la ye dik oi =)




I taknak reveal his name sekarang..I reveal his work dulu la k..I took the picture from his facebook..Kalau korang pernah termasuk his page,mesti dah tahu kan ;)






Monday, October 24, 2011

The mak/cik andam

Nowadays,tak panggil dah mak andam ok..sekarang,glamor u alls..panggil make-up artist..hihi..ataupun in the bride dictionary, we called it : MUA (Make Up Artist). Banyak lagi terminology bride dictionary ni..haha..nanti FY share next time..



Orite bebeh,for engagement,I think tak perlu kot nak hire MUA yang high profile like Saidatulnisa, Sue Cantik, Nurul Shukor dll..tapi kalau berkemampuan,apa salahnya..but i pity my friend, dia hire kak Sai for engagement but kak sai cancel one day before sebab kena make up with Permaisuri Agong..so,kak Sai suruh Ezral Nordin ganti dia..my friend bengang juga la tapi nak buat macam mana,Kak Sai ada contract with the Queen so nak tak nak kena follow schedule Tuanku..Anyway,FY suka juga la make up by Ezral (especially for those yg suka heavy smoeky eyes,he's the one that u have to considert).



FY sendiri prefer MUA yang boleh make up sweet and bersih..foundation yang blend perfectly,pandai shading and apply nice color eye shadow..eye liner and lashes jadi selekeh tu is a BIG NO NO..Red hot chilli lisptick pun mintak ampun zahir batin.Dah la FY ni tak cerah, macam apa je jadi nya..hehe..Lagi satu,FY nak bakal MUA yang pandai scarf styling..



In my mind,memang dah ada pilihan tapi nak survey juga yang lain..Korang suggest la juga kat FY MUA apa yang best-best..Mana lah tahu,FY berubah fikiran ke after dpt suggestion.



Below is the list of MUA yang dalam kepala FY..hehe


1- Vee El Faiiezien
-orangnya pun cun..young mother for 1 cute lil boy and I heard tengah preggy sekarang..I love her touch so much especially on the eyes part and natural lipstick yang digunakan..FY tak sure rate berapa but I guest below rm500.Nanti FY update..








contoh make up by Vee..taken from her blog


visit la her blog : Vee El Faiiziens



2- Emma Pesona
for me,her make up memang enhance the beauty of woman..nampak lembut dan tak mengubah sangat muka.Rate is RM 500.






contoh make up by Emma Pesona




sources : prettybrides


3- Nurin
ok,lawa juga..natural and simplicity is the best..price pun RM 500








4- Anna Ismail

totally adorable like the MUA..haha..tak aci..apsal mengada suka MUA dia pula..duh :P



But seriously,her touch cantik-cantik..furthermore,dia pandai playing with concept.lets say,concept korang nanti arabian ke,pandai lah Anna tu make up Arab looks.












for more,visit her blog : Anna Ismail



5-Zila Ziman


she is ex-bride-blogger..blog dia : sayamaukawen..

kalau mana yang suka baca magazine Ratu Sehari,mesti dah familiar dengan hasil kerja Zila.





zila make up sweet kan..hehe

taken from her website : zila ziman


So far,tu je yang FY ada dalam list..Hopefully readers yang ada suggestion dapat suggest MUA yang rate below RM 500 ni kat FY..Thank You in advance =)


Sunday, October 23, 2011

table for two

FY tak sempat nak plan celebration apa pun..even sebiji cake pun tak beli..haha..MA agak busy with his team building.So,sempat lepak KLCC and having dinner at Ben's..I love their Grilled Chicken and also yummylicious pavlova. It is a great place to hang out with friends/family coz the ambience is very calming.










*2 fat homosapiens*



Saturday, October 22, 2011

Happy Birthday Love

Today is his birthday!! Although he do not know the existence of this blog, i secretly want to wish him a very HAPPY 25th BIRTHDAY.May Allah bless you always.You know I love you.So much!All the best for your future undertakings =)

2008 birthday

2009 birthday

2010 birthday

2011? wait for next entry ;)


p/s: present tak beli lagi T_T..huhu..tunggu gaji lagi 5 hari ok..hihi

Friday, October 21, 2011

I wish to wear designer wedding dress..can I afford?


Setiap kali selebriti kat Malaysia kahwin, FY mesti tak sabar nak tengok baju yang pengantin perempuan tu pakai..Rasanya perangai ni dipupuk sejak tengok wedding artis kesayangan FY iaitu Ziana Zain..hehe..pada kawan-kawan yang dah lama kenal FY,tahu la macam mana fanatiknya FY dekat Ziana Zain.Dia lah artis pertama yang stesen tv buat live satu Malaysia..walaupun tak dapat pergi sebab masa tu FY darjah 6 kot kalau tak silap,so tengok dekat tv pun jadi lah..Kalau masa tu FY umur macam sekarang,awal2 lagi FY offer jadi maid of honor..haha..over ok !!:P







I love u kak ziana =)


Ok la,enough la cerita pasalbetapa fanatiknya FY dekat Ziana Zain..7 hari 7 malam pun tak habis cerita nanti..hihi..

Ok,time boring-boring kat ofis tadi FY usha2 dekat Gua.com ada list top 5 pereka pilihan..which is your choice?berangan tak salahkan ;)


1- Datuk Radzuan Radziwill
paling famous kot.design semua superb! royal family memang regular client beliau. price? takut nak tanya..for me,he is Malaysian's Vera Wang







2- Rizalman Ibrahim
i'm sure B2B or exB2b dah mengadap his blog kan? Eventhough mulut dia macam agak laser sket tapi dia baik tau.My parents dulu pergi umrah satu group dengan dia.He's humble,tak sombong n kelakar.

His design is fabulous! nice cutting& great touch.Paling i suka? haruslah marion counter's baju kurung for her nikah.

lovely Marion Counter


gorgeous gila veil tu..simple yet classy

3- Hatta Dolmat
Sekarang Hatta famous amos sangat.Every month kot celebrity kahwin pakai baju dia.Paling FY suka pasal Hatta punya baju is detailing dia yang sarat barat tapi cantik.Pandang lama-lama pun tak jemu.Jaw dropping lah everytime tengok his new collection.hehe


saja letak gambar mannequin sebab tak sudi nak tepek pic memey kat blog I ni..hihi..but,I adore this outfit so much..



drop dead gorgeous!

then,when I say I love his detailing and embellishments..Just look at this



*menawan kalbu*

credit to Hatta Dolmat

4-Zery Zamry
Elyana is one of his favourite client/muse rite?for me,zery pandai main color especially with bold colors.. cutting pun unik-unik.


Elyana during her e-day..zery pandai play with colors kan ? ;)




very unique cutting for reception dress

credit to: zery zamry

5-Shaiful Baharim
from my point of view,I think his design is more to modern look.FY tak follow sangat his work.Celebrity yang pakai his design is Maya Karin.cantik juga baju tu ala-ala Grace Kelly dress.Looks so elegant kan on her =)


Actually,beside this top 5,ramai lagi designer-designer yang best kat Malaysia ni such as Rizman Ruzaini,Jovian Mandagie,Syomir Izwa,Hazwani Osman,Ezuwan Ismail, Nazreen Idris, Nisa Mazbar,Sharifah Kirana,Unaisah Azlan and the list goes on and on..InsyaAllah FY review next time..and kalau FY tak busy sangat kerja,I will try to fix appointment with some of them.Hopefully,takde la yang kekwat ke nak layan FY ni..I orang biasa-biasa je..huhu





Wednesday, October 19, 2011

Inspirasi Baju Tunang

I love songket! but a lil bit touch of modern..match with lace and beads..time merisik dulu dah pakai chiffon in peach color..so FY rasa tunang ni nak pakai songket pulak.feeling2 traditional gitu..hehe..fabrics lain reserve for nikah and reception..Ok tak ek? FY tak pernah pergi majlis engagement kawan-kawan pakai songket lagi..harap-harap family FY ok with my idea =)





source: siti



memang jatuh cinta berjuta-juta kali with this outfit by Rizman Ruzaini..*pengsan*..tapi kain songket kat baju ni macam pelakon tambahan je kan..hihi..siket je tang kat dada..FY nak songket lagi menyerlah dari detailing lain..at first glance dah tahu main character baju tu is songket =)








source : linda onn




something like this..tapi taknak la buat dress..buat kurung moden juga..boleh lagi pakai next time..


Nazreen Idris yang design baju ni..Mula-mula bila FY fikir pasal songket,dalam kepala terus terbayang Salikin Sidek..Everytime jejak SACC Mall,mesti nak skodeng dari luar butik dia sambil berangan..haha..Salikin Sidek ni kira otai la with songket material..Nazreen Idris punya design pun boleh tahan jugak..for me,dia pandai play with other fabric as well..









*heart both baju*


lagi 3 bulan lebih je nak tunang..bln 11 mesti kena pergi fabric hunting..Terengganu memang terkenal dengan songket..perlu ke nak beli songket sampai ke sana? kat KL kat mana ek jual songket?kat Jakel ade tak?Kalau u all tahu kat mana jual kain songket yang banyak variety with affordable price,let me know k =) i'm so excited!!

Rabu yang pendiam







scrapbook =) a great way to preserve our 'zaman bercinta' memories.

boleh jugak jadikan deco utk guestbook table nanti kot

Monday, October 17, 2011

Idieana Rozaidi

Alhamdulillah, dah booked hantaran decorator which is Idieana Rozaidi.Memang rezeki sebab kawan satu office recommend her sister.Mula-mula tengok kat blog pun dah terpikat with her touch.Dulang and accesories dia cantik-cantik. Actually, booked hantaran ni for MA to me..hehe..memandangkan mak MA ni dekat Perak and kakak2 dia bekerja then MA pun taknak menyusahkan family,MA decide decoration hantaran ni kena cari orang buatkan.Bila dia tanya dekat FY,of course lah FY nak fresh flowers hantaran..hehe..plus price yang di offer sangat-sangat berbaloi.






Owner Idieana Rozaidi ni, nama nye Kak Roza..stay dekat Batu Caves..Kak Roza ni baik sangat orangnya..Last Saturday,FY and kawan office datang rumah Kak Roza nak tengok koleksi-koleksi dulang dan accesories hantaran.Kak Roza siap bagi checklist manual kerja kahwin lagi which is sangat membantu.FY memang suka lah PR Kak Roza.Dia rajin follow up and listen to customer needs.






FY ni alergic dengan bunga Hydrangeas sebab from my past experience as bride maids/gadis angkat dulang, sangat-sangat menyedihkan lah tgk bunga ni terkulai layu tak bermaya..hantaran yang cantik terus nampak tak berseri..sampaikan kena beli extra hydrangea utk replace yang dah flat tu..huhu..So,no to hydrangeas please..and yes to roses,carnation,sundal malam,dianthus,pom pom and orchid maybe..hehe






Nak tengok tak hantaran-hantaran Idieana Rozaidi by Kak Roza? jomm








-sweet combination colors-












-unique flowes arrangment-






latest hantaran from her..yellow roses looking nice with some orange orchid and silver leaf










So,boleh lah ramai-ramai visit blog kak Roza:




















*all pics are taken from her blog*


Sunday, October 16, 2011

engagement ring

Mula-mula plan MA nak bagi bracelet tapi bila refer FMIL,beliau tak setuju pula..hehe..demi menjaga hati,kami pun kena lah survey engagement ring..Semalam pergi The Curve, survey cincin dekat Habib, My Diamonds & Diamonds & Plantinum.



source: uncle google



Kami dah biasa deal dekat sini sebab sampai 3 kali survey time plan nak merisik dulu..hehe..cincin belah rotan kat sini banyak yang cun..tapi jari cinonet FY tak banyak size

Penah dgr diamond hearts on fire yang telah digembar gemburkan itu? menurut kakak habib yang explain to us semalam,diamond hearts on fire tu ada certificate and nombor siri..means you sorang je dalam dunia ni yang pakai nombor siri tu which is for me, entah la..mcm tak berbaloi pulak..price pun mahal compare with commerical diamonds yang FY rasa agak affordable..owh,by the way tahu kan macam mana nak pilih diamond?it based on 4C : Color,Clarity, Carat and Cut..Hearts on fire diamond tu dikira ikut 4C ni lah.

Kalau pasal Color..diamond ni ada colourless,putih,ada yellowish or brownish..Color grading ikut GIA(Gemological Institute of America)..senang cerita, yang colorless tu yang paling bagus and paling mahal. Then, Clarity tu ketepatan diamond yang mana kadang-kadang diamond ni ada flaw la sket but i dont care :P In term of Carat, diamond is measure based on weight not size..Ingat tu..bukannya lagi besar diamond,lagi mahal..Kalau pasal Cut pula, South Africa has the most perfect diamond cut in the world..Proportion dia memang la cantik..Ideal cut..So,for those yang sangat mementingkan diamond tu,boleh consider 4C tu..yang bajet2 macam kami ni,tak ikut sangat 4C tu pun,tak kisah..asal cantik dimata,berkenan di hati..hehe

Semalam, kakak Habib tunjuk kat kitorang diamond grad color G (near colorless),clarity VS2, 0.03 carat and a lil bit ideal cut. Memang nampak lain la color dia compared to commercial diamond..lip lap dia memang mengancam..harga pun terancam..haha..harga diamond je rm2800..kalau tak sayang future husband,memang la seronok dapat bling bling macam tu..tapi,bila FY fikir balik, banyak lagi duit nak kena spend dekat benda lain..so,kami pun just layankan je kakak habib tu explain pasal hearts on fire diamond =)




source : uncle google




Orite,kalau pergi My Diamond The Curve, cari SA nama Monica tau...Dia baik sangat n pandai layan customer..Lepas tu kan,orangnye pun comel..Lepas keluar My Diamond tu,MA kena cubit dengan I sebab lama sangat dok tenung cik Monica tu..huhu


I love My Diamond collection..banyak sangat choice..my other half and me suka pattern yang unik sket..tak suka sangat cincin yang diamond sebentuk tu je..kitorang nak ada lengkuk2 sket baru la style..ecewahh..ada 3 cincin yang betul-betul berkenan di hati kat My Diamond..but of course la yang paling sesuai jadi juara carta kan..hehe..price memang affordable..boleh beli 2 cincin equal tu 1 cincin diamond heart on fire.




source: uncle google

lastly,kitorang pergi diamond & platinum..choice nye sangat la mengecewakan..SA pun tak best..adalah satu yang berkenan..ada gak yang berkenan cincin tapi rose gold pulak and MA rasa design tu over the top..hehe..price average tapi macam tak betul-betul suka dengan cincin tu..MA cakap kalau tak betul-betul suka,jangan paksa nak suka..


InsyaAllah akan teruskan acara survey cincin ke minggu depan..tak boleh nak rush sangat kan..

Thursday, October 13, 2011

Plan E

I dunno where to start..haha..nak pikir pasal baju dulu ke? catering dulu ke? pelamin ke ape ek? I guess memang dilema B2B semua kan bila mula-mula nak start planning..Lets start with check list dulu kot..then,baru tahu nak mula dari mana.



Engagement Checklist




Date : 12-02-2012


Day: Sunday


Time: 12pm


Theme : something soft and sweet




Caterer


Catering : parents will choose


Food selection : to be confirmed




Canopy and Candy Buffet


Canopy: parents will decide


Table & chairs : I really love chiavari chairs!!


Centre piece : DIY


Candy Buffet : Creative Genius Printables




Engagment Favors


Not decide yet




Engagement outfit


Made to measure


tudung


kasut


handbouquet : DIY brooch handbouquet




Engagement make up


dah lama tengok blog dia..she was a bride blogger juga..love her touch..naturally sweet




Engagement Dais


tgh survey tapi mcm dah tahu yang mana berkenan di hati..tee hee




Bedroom & Deco


furniture : dah survey =)


curtain : kawan Mama


carpet : Jalan TAR


Bedsheet : i want dusty pink color


frame : IKEA


deco : SSF,IKEA and DIY




Photographer & Videographer


sudah ada yang berkenan..


videographer je undecided




Hantaran


7 berbalas 9


belum beli apa2 lagi tapi dah tahu apa nak bagi


Ada tak yang FY tertinggal? Sekarang ni memang rajin gila survey sana,survey sini..and I think every B2B must do kerja-kerja survey..lagi-lagi yang anak 1st yang kahwin dalam family like me..takut kena tipu la,apa la kan..hopefully takda la yang salah pilih nanti..insyaAllah

Wednesday, October 12, 2011