Tuesday, June 25, 2013

Idea photobooth




Bride to be !!

Cuba lah DIY Photo Booth.

Sometime guest segan nak bergambar dkt pelamin, so photobooth la tempatnya untuk ambil gambar kenang2an.











This is my photobooth..FY DIY dengan cousin.. 

and FY sewakan juga dekat sape2 nak sewa photobooth.







Credit pics to goooooogle ;)





Friday, June 21, 2013

Promosi Pakej Photography - FUNTHOGRAPHY (Murah, berpatutan, cantik)

FUNTHOGRAPHY adalah official photographer Bride Blogger Gathering last February. Owner nya kawan baik FY time dkt kolej dulu. Bagi kawan2 yang nak melangsungkan perkahwinan, sila lah consider FUNTHOGRAPHY sebab pics and album adalah sgt awesome wa cakap lu (ganas tak? :P haha).




Tuesday, June 18, 2013

Sewa Baju Nikah


Salam


FY dengan ini mengumumkan membuka sewaan baju nikah sekali dengan veil & kasut (size 6, jika muat). Baju nikah FY design peplum rekaan Nazreen Idris.Detailings: 3d roses and beadings & lace (full lining).. Color : Cream/Champange.. Material : chiffon crepe













Ukuran baju (sesuai untuk mereka yang pakai baju size M / L & XL)

Bahu : 16 inch
Dada : 36 inch
Pinggang : 28 inch
Punggung : 38 inch
Panjang tangan : 22.5 inch
Labuh kain : 41 inch

Harga Sewa : RM 250 (baju, veil & kasut size 6, jika muat)
Deposit : RM 200 (dipulangkan setelah baju dikembalikan)

Terms & Conditions
1- Sila email (farahfabulouz8@gmail.com) atau whatsapp/sms/call (012-285 4181)
2- Inform tarikh nikah & lokasi
3- Kalau area KL & Selangor, FY prefer bagi by hand (if tak busy lah).. Kalau luar KL & Selangor, pakai parcel and postal charge ditanggung oleh penyewa (dalam RM20 je kot)
4- FY akan siap2 hantar dry clean baju sebelum diberikan kepada penyewa
5- Pulangkan baju tanpa dry clean..FY akan dry clean sendiri.. harga RM250 tu dah masuk charge dry clean
6- Tempoh masa untuk mengembalikan baju adalah 10 hari bekerja
7- Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya baju/veil/kasut didapati koyak, rosak ataupun hilang.







Sunday, June 16, 2013

On our anniversary

Our 1st anniversary disambut sederhana je..Celebrate berdua kat rumah..Husband request nak makan aglio olio saje.. Kitorang pun takde plan nak celebrate kat mana... Lagipun hari tu dah spend banyak jugak pergi road trip ke Singapore..so, paham2 je lah kondisi tengah bulan ni..hehe..

Ok..ni dia aglio olioo yang FY masak..Sesenang A,B,C,1,2,3 dan alif, ba, ta.



Meh FY bagi resepi skali..1-) Rebus spaghetti dan masukkan beberapa titik olive oil..jangan masuk byk2..olive oil mahal hokayy 2)Potong bawang merah & bawang putih dan gorengkan sampai layu bersama olive oil juga 3)Pastu masukkan udang dan sotong 4) Bila udang & sotong dah 1/2 masak, masukkan spaghetti yang telah ditos..jangan buang semua air rebusan tu..tinggal kan sket 5)Sprinkle chopped black pepper, white pepper, basil, rosemarry, garam dan chilli flakes (selalu dapat free dari Dominos kan? ahakss) 6) lastly masukkan satu senduk air rebusan spaghetti supaya tidaklah terlalu kering 7) Agak2 dah sebati semua..jangan lupa tutup api..dah hidang mengikut kreativiti masing2

Lepas makan tu, kitorang ada hal kat rumah my auntie dekat shah alam..then ada plan nak visit Irine yang baru deliver baby yang kiut miut, Fiska Medina..



ololo..comel nya..best tgk baby ni =)
nanti auntie FY datang lagi k..hopefully dtg bawak kawan Fiska Medina pulak..insyaAllah


Wednesday, June 12, 2013

big hotel, singapore








BIG Hotel

200 Middle Rd  Singapore 188980


Atas permintaan kawan2 blog..FY stay kat sini during our 

short vacay to Singapore.. hotel ni minimalist dan stylo.

- nice enviroment
-great service
- warm welcome from receptionist. they also very helpful..we muka tak malu mintak map singapore and they printed the map for us..haha..padahal nak pergi tempat yang 2 blocks away je..
- ada water filter Coway dekat each floor.
- air fresher is everywhere that smell so good
- nice range of toiletries 
- ample parking space but quite expensive...SGD 12 per day...erkkk







p/s: pics from google, facebook and personal hp










Tuesday, June 11, 2013

hampir setahun

Ikut Islamic Calendar, alhamdulillah dah setahun kami kahwin..juga masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..Doa2kan lah..Sepanjang setahun tu, biasalah kan..Ada suka dan duka..Ada nangis dan ketawa..Ada merajuk dan dipujuk..Ada jatuh dan bangun..Ada benci-benci sayang..hikhik..

Apa yang penting saling cinta dan sabar SANGAT penting..haa..amik siap capital letter and bold sekali..

So, bersempena bulan cinta iaitu June (kami kahwin 16 June 2012), we olls decide nak pergi road trip to Johor dan Singapore..sesaje nak explore by car..boleh singgah mana suka..kira ni mcm anniversary celebration lah..huhu

1st stop haruslah ke JPO...percayalah FY tak beli ape pun..husband FY yg sakan shopping kat sini..pelik dengan perangai sendiri..maybe sebab cuaca panas giler dan ramai sgt orang..nak masuk kedai kena beratur bagai..FY adalah berkenan kasut kat ferragamo tapi takde size ler pulak..pastu bila fikir balik, rege nye takde lah murah mana..baik kirim member kat UK pi belikan..

Gambo kat JPO memang tak amik..so, next destination is Legoland

dari JPO ke Legoland lebih kurang setengah jam..semua ikut highway..bayar je la tol..

Sampai kat legoland dah pukul 3 lebih..kitorang dapat voucher 30% off from Mcdonalds..tu yang beriya nak  pergi sini..hehe..Nasib baik cuaca mendung tapi belum hujan..dah nak dekat balik baru lah hujan turun.. 

FY share la 1 pic kat sana..hehe..tu pun amik dekat insta sendiri.. (p/s: follow lah my instagram : farahyasmyn)



Lepas habis kat legoland..pergi makan jap..pastu naik kereta terus ke Singapore ikut 2nd link..

FY dah book hotel..FY pilih BIG hotel..hotel ni baru 2 bulan..tempat ni convenience sgt..lokasi strategik..ada parking lot (even mahal gila parking charge), dkt dgn Bugis, Kampung Glam, MRT station..

Rate before tax is SGD118 per nite exclude breakfast..


The next day terus ke Zam2 Murtabak Singapore..makan murtabak dan briyani..alhamdulillah kenyang giler..makan 2 orang dalam SGD15..

Then, pergi Orchard Road..usha2 saja..Ikutkan napsu, mmg nak mcm2 tapi kena saving untuk pindah rumah baru..nanti FY story morry pasal rumah next entry k