Salam Jumaat untuk semua.Ada yang dah balik kampung ke?hehe.Ok, kali ni FY nak review vendor-vendor untuk photography, kad kahwin, doorgift dan pasukan kompang. Entry-entry sebelum ni FY review pasal pelamin je kan sebab tujuan utama FY nak pergi pameran pengantin hari tu memang nak survey and book vendor untuk pelamin. Tapi FY singgah la booth-booth lain juga.
THE PHOTOLICIOUS
FY jumpa sendiri dengan principal The Photolicous ; Kamalia Kamal.I called her Kak Kay.peramah & baik hati sangat. Kak Kay is OP for Farah AF. Cantik sangat hasil kerja Kak Kay. Nak tahu price? Kalau ambil pakej Kamalia Kamal, promo masa pameran pengantin : RM 2950. Normal price ; RM 3500. Nampak tak perbezaan yang banyak disitu?
Harga pakej tu untuk 1 event je including 1 exclusive leather photobook (80 pages), 1 assistant photographer, free DVD unlimited pics, free outdoor photo session & 1 large frame.
Jadi mana Bride-to-be yang nak photographer wanita, boleh la hire Kak Kay.Mesti puas hati. Ni contoh-contoh pics Kak Kay.
Farah AF's wedding
Style-Weddings
Style Weddings offer macam-macam jenis invitation cards, doorgift, & video. Ada style tak? hehe. Pakej yang ditawarkan pun sangat style.
Pakej Kad Kahwin : 1000 kad jemputan + 1000 box+ 2 bunting + = RM 850
Pakej Doorgift : 1000 hexagon jars + 1000 tq tags + 500 kad jemputan = RM 1350
Pakej Videography : 500 kad jemputan + 20 button badges + wedding highlight video(5 minit) = RM 1250.
Contoh-contoh kad jemputan, doorgift & box by Style Weddings;
kotak tisu songket
calendar
source : wedding style
ni pic yang FY snap guna bekbiri je..hehe
ENTERTAINMENT BY MNZ CREATIVE ENTERPRISE
Siapa pernah tengok performance pasukan kompang/gamelan/silat/tarian tradisional or persembahan muzik asli by MNZ Creative? FY tengok video yang diorang display dkt Pameran Pengantin tu mcm best je.Kalau korang pernah tgk or hire dorang, inform FY k.FY macam berminat la sebab pasukan kompang diorang pakai baju seragam & main lagu kompang yang best2 dan sedap didengar. FY honestly tak berapa berkenan dengan pasukan kompang dekat kawasan rumah FY sebab diorang main kompang tak sedap & tak pakai baju seragam..hehe..dlm gambar nanti tak cantik la..huhu..
price yang MNZ Creative offer :
Kumpulan Kompang : RM 500
Persembahan silat : RM 550
Persembahan gamelan + kompang : RM 1700
Persembahan Tarian tradisional : RM 1500
Persembahan Muzik Asli (Live) RM 1800
boleh call : 012-2751548
So far, sampai sini sahaja review vendor-vendor pameran pengantin dari FY. InsyaAllah bila FY pergi Malaysia Wedding Festival dekat Midvalley, FY buat review ok.