Semakin hari semakin mencabar kan hidup ni? Macam2 benda naik..petrol naik, bil elektrik naik, tol naik, harga makan minum naik..semua pun melambung..haihh..melampau2 kan..gaji takde lak melambung naik..nasib2..
FY nak share tips dan cara bahagi gaji untuk menjana ekonomi rumahtangga:
1# Gunakan Konsep 1/3
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.
Contoh : Gaji Bersih (lepas tolak EPF, SOCSO & tambah allowance) = RM3000
1/3 gaji (RM1000) - Bayar hutang seperti hutang kereta (Viva : RM500) ,
Bayar hutang belajar (PTPTN : RM200)
Bayar personal loan (RHB Easy : RM300)
1/3 gaji (RM1000) - Simpanan tetap
ASB (RM200)
Insurans (RM200)
Tabung Haji (RM200)
Akaun Semasa utk kecemasan (RM400)
1/3 gaji (RM1000) - Perbelanjaan bulanan
Petrol & tol (RM300)
Groceries (RM150)
Makan (RM300)
Bill (RM250)
2# Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja. Kalau sekali ter'miss' bayar duit bill/hutang, mmg akan terasa utk bulan seterusnya..Boleh lari bajet bulanan ok.
3# Buka Akaun Berasingan
1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak,
simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan! dan pastikan akaun yg anda menyimpan itu memberi pulangan yang berpatutan.
4# Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB, Insurans dansebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan! FY buat pelaburan dekat Unit Trust, Tabung Haji dan Prudential. Setiap account letak RM200. Untuk Unit Trust melabur guna duit EPF.
5# Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinyasecara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikitwang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut. Yes, betul sangat2..Jangan terpedaya beli barang electric secara installement ni..Kalau lambat bayar, kena interest. FY pernah dengar orang kena blacklist sebab tak bayar installment beli washing machine. So, better kumpul duit sket2 dan beli cash terus. Peace of mind
6# Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!' Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil! FY ada credit card Standard Chartered. FY guna untuk petrol dan shopping groceries sahaja.
7# Insurans
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak, liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans. Pilih insurans yang bermanfaat untuk anda dan keluarga. Prudential menawarkan pelan serendah RM120 untuk medical card dan RM130 ke atas untuk medical card + clinic card. Contact FY untuk maklumat lanjut. Bagus beli insurans ni. Kita menyimpan sambil melindungi. Kalau kita sakit ke, kita ada back up.
8# Beli Aset TetapAset tetap seperti rumah. Kereta bukan aset tetap ye. Untuk beli rumah ni, kajian demi kajian kena buat. Nak beli kat mana? Dekat dgn tempat kerja suami/isteri? Leasehold?Freehold? Teres? Apartment? Condo? Bungalow? Nak lot tengah ke? Lot tepi? Nak ada swimming pool ke takde? hehe..Semua ni ikut citarasa poket masing2..Yang penting, memang bagus pun beli aset tetap..Nak bayar je memang sakit sket..Nak maintain rumah pun sama..Lagi satu, bila dah beli, kena pikir kos2 renovation, pasang lampu and kipas, grill, kitchen cabinet dan sebagainya...Huhu..semua tu $$$
So, apa azam 2014 korang? Azam FY, haruslah berjimat cermat. Plan nak start masuk rumah sebelum raya..Jadi, kenalah cut off mana yang tak patut. Nak shopping pun berpada2 dan mesti kerja keras! Azam 2014, nak masuk rumah baru dan bersedia nak ada baby. Semoga dipermudahkan-Nya. Ameen
- contoh lain pembahagian gaji-
Assalamualaikum farah, nice sharing dear (",)
ReplyDeleteMakin gaji besar...makin bertambahlah kehendak...tu yang payah tu huhu
ReplyDelete