Monday, December 12, 2011

berapa bajet?

Soal bajet memang sensitif sket. Ada yang selera tinggi tapi bajet ciput.Ada gak yang duit banyak tapi sayang sangat nak spend untuk wedding, at last orang yang datang tengok macam kedekut nak belanja untuk wedding sendiri.Maybe sebab duit lepas kawen yang lebih diutamakan. or tak suka nak fancy2 pasal majlis kawen, yang penting nikah.

Macam mana pulak yang masih study dah sampai jodoh nak kahwin? Mana dapat duit nak kahwin tu sebab bukan sepuloh dua puloh ringgit nak guna tau untuk kahwin ni.Pergi kursus kahwin je dah 80 ringgit sekarang.Mana nak cari duit nak upah tok kadi, nak beli cincin dan lain2? FY ramai gak kawan2 yang kahwin time study. Ada yang study kat oversea and kawen kat sana. Tertanya2 gak FY mana lah dorang dapat duit untuk kawen ni. Guna duit scholarship ke? keje part time ke? or mak bapak tolong? Bila FY tanya dorang mana dapat keyakinan untuk kawen ni, slumber je dorang cakap "Bila kita nak membina masjid,insyaAllah Allah permudahkan. Rezeki lebih murah & perjalanan tu Alhamdulillah di atur-Nya dengan sempurna".

Betul juga kata member FY tu. Memang murah rezeki dorang especially after married.Dapat kerja best2 and ada yang sambung master & Phd. Seronok tengok cara diorang manage hidup. Sekarang ni pun FY dan MA still memikirkan camne lah hidup berumahtangga nanti dan dah siap2 risau untuk berapakah bajet untuk belanja dapur..hahaha..apekah advance sangat kitorang ni?

BAJET adalah sangat penting. Fail to plan is plan to fail. True enough! So, sejak mula serius untuk plan merisik, tunang & kahwin tahun lepas, both of us dah start menabung RM 200 seorang sebulan. So, total RM 400 sebulan. Nampak macam senang kan tapi susah weyh especially bila dua2 dah gedik nak beli kereta. Tapi MA je beli dulu sebab dia keje dulu. FY tak layak lagi nak beli kereta sendiri. Pakai je la myvi hadiah kenangan dapat score time A Level dulu. Sedih tak dapat pergi oversea disebabkan tak banyak scholars nak taja untuk law student..sobsss..parents pun takde bajet nak hantar FY pergi sana lantas ditakdirkan jadi student MSU Shah Alam.Hehe.

Kalau nak cerita bajet yang paling ideal tu susah nak cakap kan.Well, it depends dengan macam2 perkara seperti jumlah jemputan, citarasa, & keperluan. Kalau jemputan lebih 1000 orang, memang bajet agak tinggi. Citarasa tu kalau boleh berpada-pada..Tak boleh kalau you bajet pelamin 2 ribu je tapi ada hati nak hire Nas Great Ideas atau pun Flora Etc..Memang tak dapek mak nak nolong nye. Kita juga kena pandai bezakan kehendak dan keperluan. Contoh nya kalau bajet tight tu, tak payah la nak ber-candy buffet bagai. Lebih elok simpan duit tu untuk hidup selepas kahwin sebab candy buffet tu bukan wajib pun. Takde isu la orang nak mengata kalau tak buat candy buffet. Tapi, kalau ada bajet, apa salahnya kan =)


8 comments:

  1. btl tu awk..time wedd sy nti.mybe xde kot candy buffet..sedih kan..huu

    ReplyDelete
  2. budget saya biasa-biasa jer. time kahwin nanti, pun buat biasa-biasa jer. no pelamin, no dulang hantaran. my mom lebihkan pada makanan dan doorgift. i pun tak spend banyak for wedding. i lebih pada kehidupan lepas kahwin since nanti kena PJJ. my wedding my mom yang uruskan so apa yang my mom sediakan, itulah yang i terima. :)

    ReplyDelete
  3. betul2..ukur baju pada bdn sendiri..pika pon pening kepala kalau fikir bab duit nie..selera tinggi tp budget ckit..so buat la ikut kemampuan..

    ReplyDelete
  4. Cik Fasya : jgn la sedih..takpe..nanti dapat anak,buat candy buffet time birthday dia..hehe

    Atiqah : tu la..pjj lagi banyak nak kena berdikari..

    fieka : ikut kemampuan la yg paling penting

    ReplyDelete
  5. betol tu FY..ikut kemampuan..as sendiri pun hati kata nak tp tgk bajet dulu.kalau rasa mampu nk DIy,buat.kalau tak mampu..lupa kan saja..mgkin bkn rezeki..hehe

    ReplyDelete
  6. sy pn budget ikut ape yg mampu je sbb sy student lg tp gatal nk kawen da..haha :)

    ReplyDelete
  7. pcaya rezeki akan btambah lepas kahwin, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. betul! bajet ni sbnrnye sgt penting before or lepas kawen. jgn la terpengaruh sgt dan terikut sgt dgn org lain. org buat mcm tu, kite pon sibok2 nak buat jugak. org tu ada duit lebih xpe, kite ni, tergagap2 lagi...

    tapi kene igt juga, Insyallah rezeki tu Allah yang tentukan. kite usaha saja

    ReplyDelete