Tuesday, January 31, 2012

Planning for 1 day

Assalammualaikum

Hyeeeeee =) hehe..hari ni rasa ceria tak tahu pasal apa? mungkin hormon endorphin terlebih..hehe..dan mungkin bsok adalah cuti bagi Kuala Lumpur..wehooo..seronok giler!!

oleh itu, janganlah mensia-siakan cuti, marilah plan nak buat apa and nak pergi mana. Masih ada benda yang harus dibeli dan disettlekan. Weekend ni harus menghantar segala barang2 hantaran ke rumah penggubah hantaran.

Antara barang2 yang belum dibeli ; sejadah, Al-Quran, Towel & chocolate. So, marilah menjejakkan kaki ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Sambil tu, boleh survey2 benda lain jugak.

Lepas tu kita gi KLCC sambil berangan nak beli hantaran utk kahwin pulak..haha..adoyaiii, meroyan la bsok tepi butik. Nak masuk, malu. Dah masuk, segan pulak keluar bawak tangan kosong je. SA kat Malaysia muka kerek2 belaka. Sabar je la dengan attitude dorang ni..Relax la der, jangan pandang orang sebelah mata lah. Menyampah shopping branded items kat Malaysia ni. Diskriminasi sungguh dengan orang yang pakai seliper :P


Sunday, January 29, 2012

4 weddings and 1 fitting session!

Whoaaaa..I totally did a wedding marathon last weekend..haha..Iwent to all 4 weddings of my friends. Firstly on friday night, it was my colleague yang sama-sama kerja dekat law firm last year. Congrats dear Amalina and Hilmi. Their wedding's venue located at Dewan Komuniti Bukit Damansara. Theme colors are pink, grey and lil bit touch of red.




On Saturday pula, pagi2 je dah siap pergi wedding my junior time sekolah agama dulu. Selamat Pengantin Baru Nasuha and suami. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Warna tema ialah blue and white.




cantik kan baju dia?

After that, terus pecut pergi Nilai. MA dah tunggu dekat sana coz groom is his close friends. Congrats Saiful and Hana. Both of make a very cute couple. For your information, my friends yang ni la jadi mangsa NIK ERWAN ROSELI!!! Kesian ok kat dorang..luckily dapat refund balik duit. But still bengang lah dengan layanan tak serupa bikin NER. At last, dorang purchase baju ready made dekat butik Chantek.





Ada dua pasangan pengantin time ni..that's why kalau perasan kerusi tu tak centre..

On Sunday, we went to MA's friend wedding during his days at Melbourne. Selamat pengantin baru Zeffy and Azizi Lee (Piccalasso photographer). Wedding diorang sangat relax and romantic. love the simple yet stylish deco. FY tak sure sape dia punye vendor. I will update later ok ;)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas wedding, FY dengan parents pergi first fitting with my beloved Nazreen Idris. I totally love my engagement outfit. It turns soooooo nice and I can't wait to collect it next week! Alhamdulillah, I made a right decision to choose her. And guess what?! I want her to be my designer for my nikah outfit. So bye2 other designer. Tunggu la kalau i ada bonus ke nanti,boleh lah spend duit try buat baju dengan designer lain, InsyaAllah. For this time being, FY sangat2 selesa dengan dengan servis Nazreen Idris. Seriously, she's so good and talented.


Akma AF3 in Nazreen Idris


Tak sabar nak tunggu 12 February 2012!!!


Wednesday, January 25, 2012

bertandang lepas raya

Majlis bertandang di Kuala Kangsar akan berlangsung lepas raya. Dengan lebih tepat lagi pada 25 Ogos 2012, hari Sabtu. FMIL yang decide due to some of their family members live abroad. FY tak kesah pun nak bertenggang 2 bulan. Yang penting semua happy.

Memandangkan my family members sangatlah ramai dan time tu pulak memang cuti sekolah. Ramai yang nak follow pergi menghantar pengantin kat kuala kangsar maka haruslah gerak sehari awal. Homestay and chalet dah kena siap book dari sekarang. Takut2 last minute dah fully booked. Mana nak letak family members FY yang mostly datang dari Melaka.

So, time cuti CNY tu, MA pun baliklah kampung dia untuk bincang2 dengan FMIL pasal majlis tunang & kahwin termasuklah isu chalet & homestay utk rombongan keluarga FY. Then they decide to book chalet Mr. Os.

Ye,memang betullah Mr Os (OSBON Raja Lawak) ada chalet dekat Kuala Kangsar.Tengok dari gambar memang nampak cantik and bersih. Sewa pun berpatutan.







ada 8 buah chalet..boleh sumbat 4 ke 5 orang satu rumah.


Tuesday, January 24, 2012

SPEECHLESS WEDNESDAY










darah manisssss

Alhamdulillah, encik kesayangan takde ape2.




cuti yang sangat produktif!

I love longgggggg weekend..pleasure giler kalau everyweek mcm ni..haha..heaven! hari sabtu dimulakan cuti dengan attend wedding Athiqah. Petang lak buat meeting yang ke berapa belas kali dgn parents..Boleh kata tiap2 minggu meeting pasal majlis tunang & kahwin ni..haha..nak melontar idea ke, nak membantah ke, bagi cadangan or bincang ape2 je lah memang didiskusikan masa ni..FY balik rumah parents time weekend je.. Weekdays duduk Ampang, rumah sendiri. Dekat sket and tak berapa jam la nak gi kerja kat Damansara.

Hari Ahad petang pergi rumah my aunt merangkap caterer for my engagement and wedding day. Ohh, siapa2 yg pernah or tinggal dekat TDDi Jaya Shah Alam, maybe biasa makan restoran my auntie dekat sebelah Esso. Restoran tu namanya Ami Cafe. Most of my family members kalau ada kenduri kendara memang ambil dia je. Senang nak deal sedara mara ni. Harga pun boleh kawtim, makanan gerenti sedap =)

Monday pulak kerja! ehhh tak ok! CUTI! bestnya bangun pagi hari isnin tak payah pikir nak pakai baju apa gi kerja, pikir pasal traffic, pikir nak parking katne, pikir nak beli nasi lemak ke nak diet, pikir nak rebut naik lif, and paling penting, pikir pasal kerja! huhu..I occupied my monday to go to Jalan TAR. beli carpet and pergi SSF. lama giler tak pergi sini mengirai duit.

FY beli carpet dkt Rajah carpet. biasa gak deal kat sini. tak payah parking jauh2, parking kat bawah kedai je. Free of charge tapi kena beli carpet la kan. macam2 jenis carpet ada. Made from Iran, Pakistan, Uzbekistan, Belgium etc. Carpet terbang pun ada tau..tak caya? scroll bawah ;)






kan dah kata..ada carpet terbang..hehe

Dekat SSF, FY beli deco untuk bilik pengantin. SSF jual katil gak but personally nampak mcm untuk budak-budak je..





Ada beli deco untuk candy buffet gak..geram je tgk kitchen appliances kat situ..kiut miut






love this frame..unique!

Hari selasa FY start packing doorgift. nak lipat kotak tu memang kena bersabar lah, banyak kali kena paper cut.Nanti FY reveal doorgift apa yg nak bagi time tunang nanti. Tapiii, after 12 february 2012 lah ye..hehe.. Selamat bekerja bsok..grrrrr(nak cutii panjang lagi pleaseee)


Saturday, January 21, 2012

congrats Atiqah ! xoxo


Thanks Atiqah invite FY datang reception. FY datang sorang2 je . Penat cari kawan blogger yg nak pergi sama tapi semua ada hal. Boyfriend FY pun takde kat KL. So, terjah je la wedding Atiqah secara solo. Atiqah buat reception dia dekat Dewan kastam, Kelana Jaya. FY dah pernah attend wedding kat situ dulu, so takde problem nak drive sendiri.

FY sampai wedding dia pukul 2. Time tu Atiqah tengah makan beradab. FY segan nak pergi salam lak. Terus je la isi perut sorang2. Sedap2 food kat wedding dia. Lauk pauk kampung yg best. Ayam golek pun ada tau..FY makan banyak sket sebab tak breakfast pun. Bangun lambat..huhuhu.

Then, Atiqah dgn hubby dia potong kek. Lepas tu, emcee suruh the newlyweds round2 dewan untuk salam dengan guest. Atiqah datang kat meja FY and salam dengan sedara mara yang satu table tapi FY tak hulur tangan lagi time tu sebab tengah makan. FY just senyum2 je. Atiqah perasan tapi kitorang tak pernah kenal and jumpa pun sebelum ni so, memang la kat luar nampak lain, kat blog/fb nampak lain kan..hehe..

After FY dah siap2 makan, FY pun tegur Atiqah. Terkejut dia.Hehe..Comel je. Then mula lah camwhoring! hehehe.. Sedihnya FY tak dapat nak ambil pic atas pelamin dengan Atiqah sebab nak cepat balik ada hal tadi.

Thanks again Atiqah for warm welcome and delicious food. You look lovely and both of u make a beautiful couple. May happily ever after.

Oh lupa nak story, Atiqah bagi frame as doorgift! comel giler..FY suka sangat!

Atiqah kurus giler! FY nampak tembam..huhu


pandai posing tau Atiqah ni
Atiqah posing dgn handbouquet from Intan

pelamin Atiqah yg sweet

Atiqah, hope awak receive wedding gift FY. Itu je yang FY mampu bagi =)



Thursday, January 19, 2012

katil dah sampai! wehuuu


Acara hunting set perabot bilik pengantin adalah sangat mencabar bagi FY setakat ini..LOL..menerjah sampai 4 buah kedai perabot..Fella Design Shah Alam adalah destinasi utama tapi sayang sekali katil kat sana adalah terlalu besar utk fit dengan bilik pengantin FY yang sempit sket. Plan asal nak guna bilik adik FY kat tingkat atas tapi mama kurang setuju sebab kesian kat nenek nanti nak naik tangga. Guna je lah guest room yg sediaada kat bawah.

Set perabot kat Fella Design memang cun2 belaka..FY memang berkenan sangat2..Harga memang agak mahal tapi kualiti tip top..pakai kayu mahogany atau oak..memang terbaik la kan..Design dia lain dari yang lain..Haihhh,teringat2 sampai sekarang..sobsss..tak banyak pilihan katil Queen..banyak king size je..=(

Ni design2 kat Fella Design..





suka gila dressing table tu!!! mmg cun dowhhh












FY sukaaaaa katil ni!!!!

kalau suka kena letak dua pics..hehe..dressing table tuhhhh..wow!!!!



dats me..mengada nak snap pic sendiri :P


Then pegi IKEA pulak..tapiiii (ehhhh banyak nye tapi) katil sekarang pun IKEA..tak banyak pilihan sgt kat IKEA..cuci2 mata je la sambil beli frame utk deco2 bilik pengantin..FY suka katil IKEA ni, tapi mama tak prefer katil besi


Lepas tu terjah Empire Classic..adehhh,totally not my taste la..bilik FY dah la kecik, katil gabak gini lepas tu berkerawang2 keemasan ni mmg a BIG no no..


Kemudiannnnn..teringat world of furniture tepi highway sungai besi. Dulu pernah teman mama pergi beli rak kasut kat sini..hahaha..jauh dowh beli rak kasut sampai sungai besi.. macam lah kat Rawang takde jual rak kasut..hahaha..

Masuk lah kat kedai Snoozeland..oh myyyyy..cantik2..katil single display kat level bawah pun dah cun2 apatah lagi naik atas tgk katil king/queen..mmg fuhhhhh, sweet!










FY dapat free gift! tokey kedai bagi set cadar yg quilt tuh..comel giler..tak sia2 datang time2 nak Chinese New Year..manyak ong!

Tak sabar nak balik rumah cuti panjang ni..nak tgk katil tu dalam bilik!!

So, utk B2B yg belum beli lagi katil sila lah ke tempat2 yg FY suggest ni =)






Tuesday, January 17, 2012

wordless wednesday

Congratulations to my dear friends, Syalina & Hikmi

Dewan Merak Kayangan














who's next? hehehehe

Wednesday, January 11, 2012

OV for engagement - DONE!

Fuhhh, lega dapat book OV. Ini kes buat decision last minute. Memandangkan schedule pack after engagement nanti, we decide to have 2 things in 1 video; engagement + save the date.Lagipun our beloved OV bagi rate yang best. Kitorang pun bertunang dalam masa 3 bulan je before nikah.. Make it easy je. Tak payah nak fikir props, location, attire & make up lagi utk save the date. Pakai je baju bertunang tu.Save cost, save time and save energy.

Dah jumpe dah OV nye tadi kat Midvalley. Although diorang ni baru lagi dalam 5 bulan buat wedding videography tapi pengalaman buat corporate video dah banyak. Rate pun still affordable. FY suka attitude kerja and PR skills dorang. Lepak2 minum kat starbucks tadi dah macam lepak ngan member2 lama. Senang je deal ngan dorang ni. Pantas betul lah reply email.






OV untuk engagment settled. So, untuk nikah &reception, sape lak ek? Teringin nak hire Manggis tapi mampu ke? LOL




Sunday, January 8, 2012

Borong kain sampai lebam

Shopping kain adalah satu perkara yang mengujakan. A day before new year haritu, FY pergi Jakel KL with family. Tujuan utama memang nak memborong kain for family members. Masuk2 Jakel je cari Kak Julia (supervisor) dengan Kak Farah (daughter in law Jakel) sebab dah biasa deal dengan diorang. Boleh kawtim2 harga.Hehe.

Banyak kain reduce price and seriously murah like one meter good quality kain plain baju melayu is RM 7. Its a good deal la kan especially i decide nak mintak kawan2 lelaki MA jadi hulubalang angkat dulang during nikah event. For my dayangs, I choose thai silk and songket. Dalam RM 50 je untuk sepasang. Kalau before discount memang mahal beratus2 lah.

For our family members, my mum and dad pilih kain plain baju melayu,sampin songket and korean silk. Tapi korean silk tu tak cukup lak and kena order baru. Thats why la Jakel sampai deliver ke rumah. Hehe. Ada kain yang tak cukup. Kitorang pun malas nak mengangkut kain masuk kereta sebab parking jauh dekat Sogo. So, kain yang dah cukup pun kena delivery jugak lah. Tak sanggup nak melebamkan tangan heret plastic bag. Cukup2 lah mata berpinar2 pilih kain.

For me as bride to be, I pilih lace border (Mula price RM 680 tapi nego giler2 ngan Kak Farah, dapat RM 300 per meter), chiffon silk, and net silk. For him, i choose matte satin (tak kilat,tak panas and mesti cantik terletak dekat badan ---> MA's recommendation!). Kain2 ni utk nikah sebab nak tempah dengan Najib Salman, InsyaALLAH..I have to say good bye to Zery Zamry sebab rate dia dah naiklah untuk 2012 ni.sedey I.. For reception, kita sewa baru dengan AWC. Belum discuss apa2 pun lagi dengan Ari tapi FY dah collect pic2 dress yang menjadi idaman kolbuku..huhu


memunggah border lace!

Jakel dah jadi tongkang pecah malam new year tuh..lol





Friday, January 6, 2012

our love nest


Rezeki tuhan bagi kita tak tahu kan? Kita hanya mampu berdoa,berusaha & tawakkal je. FY memang tak sangka yang MA serius nak beli rumah at very young age (very?) LOL..consider la last year umur baru 25 tahun kan.. Dia beli rumah dulu, baru beli kereta. Tu yang FY pelik sebab slalunya lelaki lagi prefer beli keretadulu kan. Dia kata harga rumah makin lama harga makin naik. Kereta pulak ada banyak choice.

Kalau nak beli landed property dekat central KL/Selangor memang mencabarsket. Tak banyak dah. Kalau ada pun mahunya cecah juta2. Kalau ratus2 ribu tu apartment & condo dapat lah tapi kitorang tak prefer sebab tak selesa sangatlah duduk rumah tinggi2 ni.

Alternative? cari rumah landed yang outskirt KL/Selangor. Lokasi pilihan Shah Alam, Bangi, Putrajaya & Rawang. Pergi Shah Alam lak taknak area Puncak Alamsebab rasa macam duduk dalam hutan..haha..Then pergi Denai Alam..harga rumah tak boleh blah.sume 500k above.. Tersedak nak bayar monthly lak nanti..Rumah memang cantik tapi kalau terseksa nak membayarnya buat apa kan.

Lepas tu pergi Bangi & Putrajaya. Rumah2 baru dekat Bangi macam tak best pulak di mata kami. Hehe..banyak songeh pulak kau..Kalau ada duit berjutadalam guni takpe lah..Ini setakat bajet bawah 400k je beb..Round2 dekat Sierra 16 macam best pulak.. kat situ ada macam2 konsep..Tapi KIV dulu lah..Sebab rasa macam jauh je nak pergi tempat kerja.

Then bila datang je Saujana Rawang. Hati dah seronok sebab sales assistant tu cerita kawasan ni tempat baru, ada Jaya Jusco nak buat dekat2lah, ada banyak phase la which means kita yang baru2 beli ni akan dapat untung cepat, accomodation pun bagus, ada sekolah dekat2 rumah, semua lengkap pendek kata.At that time, FY of course suka lah sebab dekat dengan rumah my parents dekat Serendah. Apa2 hal family terdekat ada.

Ni lah peta Saujana Rawang;



next by to Country Homes.


Ni kawasan kejiranan Saujana Rawang;



Waktu kami datang survey tu banyak gila rumah yg available..Price range between 100k to 300k untuk rumah teres. Kat KL tak dapat beb..Kami puas hati dapat masuk rumah contoh semua rumah yg tgh offer tu.

Yang paling kitorang suka jenis Amoda & Divya


AMODA
build up : 1940 sqft
lot size : 24' x 75'
4 bedrooms + 3 bathrooms
price: RM 262,260.00


DIVYA
build up : 1620 sqft
lot size : 20' x 65'
4 bedrooms + 3 bathrooms
price: RM 228,676.00

At last after few discussion with FMIL, we decide to chooseDivya and ambil corner lot terus since Amoda punya corner lot dah habis. So why not cornet lot with RM 296,000.00 kan? tak sampai 300k pun.Memang ngam ngan bajet and tak sangka coz bajet awal allocate dalam 400k je untuk rumah yang mampu bayar.

Ni layout Divya


just nice la untuk nak start2 berfamily. Kalau ada rezeki lagi, kita cari rumah semi-d ke, bungalow ke..wahhhh..kelass kau..rumah ni pun belum siap, dah verangan tinggi2..huhu..

Nanti FY lagi k cerita pasal rumah ni with pictures of rumah contoh yang kitorang pergi haritu.




Tuesday, January 3, 2012

wordless wednesday


Satisfied borong kain kat sini sampai Jakel kena delivery ke rumah..special case yo! xoxo.

thanks Kak Farah, Kak Julia & Kak Nona for your prompt service

i will blog about it soon.