Monday, April 23, 2012

kad dah siap !

Assalammualaikum semua =)

Kad jemputan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah majlis. Ia mestilah lengkap dengan informasi-informasi penting tentang perkahwinan anda seperti;

1- Nama Ibubapa
- rakan-rakan ibubapa anda lebih mengenali nama parents dari nama anda. So, senang lah jemputan tahu anak siapa yang nak kawen tu..

2- Nama pengantin
- kalau ada nama glamor atau nama panggilan yang berbeza dengan nama sebenar anda, sila letakkan didalam colum.

3- Tarikh/Hari majlis
- kalau boleh bagi highlight atau bold kan tulisan ni..orang tua2 cakap, diorang cari tarikh/ hari dulu baru tengok nama pengantin..senang nak set jadual katanya

4- Tempat majlis
- mostly orang sekarang buat kat dewan yang berhampiran dengan rumah..ada juga yang jauh dari rumah..so, tulis dengan nyata dan terang yer..FY pernah tersalah pergi dewan sebab dalam kad mention dewan perdana felda tapi rupa-rupanya buat majlis dekat dewan merak kayangan Felda..nasib baik dekat jerr

5- Masa majlis
- either buat time lunch hour, high tea or dinner time..ada ke buat time breakfast? ada! especially untuk majlis akad nikah =)

6- No telefon keluarga
- kalau-kalau tetamu sesat ke, boleh call mintak direction. Make sure no telefon tu boleh digunakan dan ada telefon mestilah battery full ye..perhatian kepada ahli kerluarga, sila bawa charger ke dewan =)

7- PETA !!
- bakal-bakal pengantin sekalian alammmm...sila check berkali-kali tentang peta yang anda mak lampirkan  dalam card anda..mintak ibu bapa, abang2, kakak2 atau sesiapa saja yang berkenaan untuk confirm bahawa map anda itu tepat dan jelas. masukkan informasi2 penting especially stesen minyak dan traffic light. round about/balai polis/hospital/balai bomba/sekolah/masjid/KLCC/stadium or segala apa lah yang menjadi l;andmark sesuatu kawasan..tahu tak landmark tu apa? landmark tu ialah tanda/tempat yang paling famous dekat kawasan anda..contoh : kalau kat shah alam tu yang paling famous either stadium shah alam ataupun masjid besar shah alam..paham tak ni? kalau tak paham, sila google

8- GPS code
-untuk kawan-kawan yang mempunyai GPS yang canggih, diorang akan selamber jer mintak GPS code kat you all..so,jangan ler sentap ye nak..make sure you all dah bersedia mengetahui GPS code dewan/rumah anda..sila google untuk mengetahui cara-cara mendapatkan GPS code. FY tak dapat membantu sebab adik FY yang carikkan

9- Aturcara majlis
-untuk tetamu tahu flow majlis.lebih-lebih kalau majlis anda a lil bit formal. senang diorang nak set time nak datang pukul berapa untuk cop2 tempat ke or mingle around.

10- Doa/kata-kata hikmah/hadith/ayat Al-Quran
- untuk memberkati majlis anda =) ameen

Alhamdulillah kad FY dan siap =) FY buat card dengan Lat from Cahayakad dari Kuching,Sarawak. Yeahh, u read it right babeh! jauh kan buat kad tapi takde lah FY gagah pergi sampai Sarawak tu. Discuss via email je. FY jumpa cahayakad ni pun kat facebook.

Senang sangat deal dengan ownernya.Lat provide timeline yang senang FY nak refer bila nak bagi information majlis, bila nak confirm itu ini, bila nak bincang layout, bila diorang buat printing,delivery dan bila nak buat payment.

Untuk sesiapa yang berminat menempah card yang unik,simple dan minimalist, boleh lah cari cahayakad dekat FB. Kalau betul-betul berminat, boleh minta contoh-contoh kad dari mereka. Ia akan dipos ke rumah anda. Lat hantar 5 jenis card yang semuanya cantik dan rambang mata nak pilih. After that, boleh lah berbincang dengan Lat via email. Lat akan provide draft untuk korang approve sampai betul-betul puas hati. Seelok-eloknya kad ditempah 5 atau 4 bulan sebelum majlis.

Nak teaser ke? hehe..ok lah, FY bagi teaser envelope je k.Tak sempat snap pic card. FY akan mula mengedar/pos kad jemputan tu bulan 5 ni.So save the date!



17 JUNE 2012

AHAD

SERENDAH, RAWANG, SELANGOR

Thursday, April 19, 2012

tangan berbunga-bungaaaa

Bagi FY, hand bouquet (HB) adalah aksesori yang penting untuk setiap pengantin. FY suka tengok berbagai jenis bunga,warna dan material HB. Tahu kah korang bahawa ada banyak bentuk HB ni ? (ayat ensiklopedia sangat T__T)










1- Nosegay HB (siapa lah yang bagi nama HB ni? duhhh) or nama lain nya, tussie mussie.HB ni berbentul bulat dan am sure mostly bride sesuai dgn bentuk HB ni. Dia lebih kurang round HB gak.



sweet sgt..credit to shajaratul design



2- Cascade HB. Pengantin lama-lama zaman mak-mak kita popular dengan cascade HB ni. Bunga dia memanjang ke bawah. Jangan sampai bunga tu panjang sampai paras lutut sudah. pelik sangat nanti :P Cascade HB ni pun lebih kurang teardrop hand bouqet. adik beradik gitu.











cascade HB







Teardrop HB




3- Presentation/Arm HB. Bunga yang sesuai buat style ni, calla lillies, orchid or bunga matahari. Kalau you all punya wedding dress jenis yang kuncup means tak kembang2 or flowy, sesuai lah pakai ni. Nampak elegant sangat tau!







4- Spray HB. Bentuk 3 segi.selekeh sket la kalau tengok. hahaha..








Time tunang FY pakai HB from Tassel Brooch Bouquet. Agak kecik la HB tu. Tapi cantik! Kalau pakai time kawen je tak berapa cun dengan size comel macam tu but many people like it.


Untuk nikah FY rasa nak pakai style arm hb and untuk my reception pakai nosegay. For groom's side, I think nak guna pomander style..Verangan lagi u ollss!!hehe


FY suka juga jenis HB yang peliks2 selain brooch, ada guna felt macam ni;








Tapi bukan bentuk felt macam ni la kan..hahaha..mengucap panjang mak I kalau tengok ni..mau dia suh I petik bunga kertas buat HB.Kalau takde bunga kertas, bunga lalang pun jadik kot



HB unik yang lain macam guna kertas & feather..tapi make sure dress korang sesuai dengan jenis HB ni ye.Jangan sampai baju rosak pulak or tak kena gaya. One more thing, kita kena handle HB with style. haruslah confident and jalan dengan penuh sopan ala2 ratu cantik gitu.





paper HB




feather HB (boleh beli bulu ayams sekarang! ataupun cilok mak punye..haha..tak baik ok cilok mencilok)

Monday, April 16, 2012

mencari barang hantaran bukan senang

Kalau namanya dua2 cerewet memang susah la.keluar masuk kedai takde yang berkenan.kalau ada pun,nak gedik2 hold dulu pulak.Bila dah berkenan,takde size & takde warna pilihan hati. Lagi 2 bulan je untuk settlekan barang2 hantaran ni. Hopefully dapatlah yang berkenan di hati. Oh yaa..in 2 weeks time nak pergi Singapore.Sambil menjemput sedara mara,sambil bercuti dan shopping barang-barang hantaran lagi.Kat sana kan lagi byk choice.Tak sabar nak mengirai duit ni..aiyayaya..sekarang ni baru lah terasa duit mengalir macam air terjun..huhu..





2 dari itu untuk letak atas dulang..yang satu lagi tu kalau letak jugak mahu riuh sekampung..LOL..



June's bride dah settle beli barang hantaran ke?

Thursday, April 12, 2012

Berangan memang best







FY nak sangat Razak Ahmad from Flora etc as my wedding decorator but $$$ sket..I really adore his flower arrangement..Unique sgt2 kan















Time kecik2 dulu pernah berangan nak pakai gown kekembang macam ni. My favourite international wedding designer of course la Vera Wang, Marchesa & Monique Lhuillier










matching with my dream shoes from Badgley Mischka..




















and FY teringin sangat nak naik kereta kuda macam ni....huhuhu..bajet Kate Middleton ler tu..haha















Siti Nurhaliza and me



We both loves Nazreen Idris!!! hehe..Dulu FY pernah story yang Nazreen Idris ada buat baju untuk Dato Siti kan..time Nazreen Idris tunjuk FY dkt tab dia tu pic Dato Siti tengah fitting baju. 1st time i tengok pic Siti without tudung and make up. I suka wajah natural dia. Nampak comel & muda 10 tahun.



Nazreen Idris buat baju ni diinspirasikan dari baju tunang FY.hehe..auwwww..terharu gilerr ok. FY dengan Reen discuss banyak kali kot pasal baju tunang tu dulu..huhu.Alhamdulillah turns out so beautiful =)



Ni baju Dato Siti time dia pergi Istana Negara untuk menghadiri pertabalan Agong.








Dato Siti Nurhaliza wearing blueish grey modern kurung by Nazreen Idris














Farah Yasmin wearing purple pink modern kurung by Nazreen Idris






love the cutting & beadings






FY tak sabar nak fitting baju nikah bln 5 ni...surely it will turns good! Nazreen Idris mmg best!

Wednesday, April 4, 2012

Korea lagi



Sambungan entry terdahulu...




On the way back from ski resort, we stopped by at Everland Theme Park(ETP).ETP ni taman tema yang paling besar di Korea.Terdapat zoo dan water park juga kat ETP.Kami masuk theme dengan zoo juga.Agak gila lah kan kalau nak masuk water park musim sejuk macam tu kan..


FY malas nak type panjang2..layan je la pics k.
















P/S: Sorry lama tak update..busy la skrg ni..feningggg

Monday, April 2, 2012

Progress with Ari Wedding Couture

Salam kawan2 & readers tersayang especially Ari from AWC. Haha..kantoi pulak semalam Ari cakap dia baca blog FY. So far, my family members and friends tak tahu pun kewujudan blog ni. Malu la nak bagitahu FY ada blog kawen2 kat orang. Nanti di cop poyo pulak macam dia seorang je nak kawen :P


Whatever lah kan, I just blog for sharing information and memory bila dah tua2 nanti..auww sweet..Alhamdulillah sepanjang i berblogging ni takda la anasir2 jahat yang menconteng kat sini..so far,takde mak enon or pak enon yang bermastautin kat ruangan komen tu. dan Alhamdulillah juga so far I takde la nak mengutuk orang tak tentu pasal..I want to maintain my blog ethics dan takmo kacau sensitiviti orang lain. Bab kawen semua orang sensitip wooo..


ok la, ini bukan ruangan luahan perasaan keluh kesah kak esah...FY nak share yang semalam FY ada appointment dengan Ari from AWC. FY seronok dengan diskusi semalam. Ari bagi idea yang best2. Sherry pun sama. Thanks u olls. Can't wait for my big day. hihi.


Semalam pergi buat body & shoes measurement. Guess what? FY reduce my waist and hip measure. Tak payah pakai corset pun boleh..janji kena disiplin tentang makan & exercise regularly. Kalau badan slim tapi tak sihat, masalah jugak tu kan. Kita kena maintain dua2; figure & health. Baru lah balance =) Alhamdulillah.


FY dah tengok kain2 yang Ari beli. Sangat tepat dengan warna yang FY request. Cuma FY risau dengan color lace tu je. Ari yakinkan FY yang tailor dia akan tambah beads yang macam FY imagine. Yang lain semua takde problem. Kasut pun FY dah try kat sana dan kasut yang Ari provide cantik & selesa. Hopefully kasut FY nanti akan cantik macam shoes yang display tu.Ari pesan lebih baik takyah pakai inai kat kaki tapi FY still considering idea tu.hehe..ampun :P


Baju2 baru kat butik AWC semua cantik. Ari cakap kalau nak sewa, dia sewakan RM 1800 utk lelaki dan perempuan berserta aksesori. Kalau berminat, you olls datang lah fitting kat butik AWC di Pandan Indah. Mesti rambang mata! Color2 terbaru kebanyakannnya nude colors like Dusty Pink, Peach, Champange and Off white.

Sunday, April 1, 2012

kurus kawen (kurus sangat lahhh)

hye! selamat hari isnin..sumpah FY rasa satu minggu tu mcm 3 hari je.masa berlari pantas.sprinter ke ape masa ni.sekejap je dah masuk bulan 4.FY rasa baru je hari tu tengok bunga api dari tingkap rumah malam new year.ish ish ishh.





kurus kawen last weekend mmg best!!!! tak sia-sia pergi.banyak info,panduan, nasihat dan tips berguna yang FY dan tunang dapat.cewahh..padahal tunang aku over ok dalam kelas tu..tiba2 suka volunteer itu ini..terus famous satu kelas kenal.jeles mak! but i'm proud of him..tak paham je terus tanya. senang direct gitu..






penceramah2 semua bagus! kelakar2 belaka..senak perut gelak..dannnnn ada juga satu slot bersama ustazah tu, aku nangihhhh..perghh tersentuh hati nurani.tak caya, u olls pergi la kurus kat situ..FY pun suka organizer nya iaitu Astana Mukmin ; Encik Azmal dan lain-lain.Sangat2 lah banyak membantu,peramah dan menjaga kebajikan peserta.Terima kasih banyak-banyak.





bab makan pun alhamdulillah. sedap2 belaka.makan buffet ok!! bukan sembarangan lauk..semua ada;ayam,ikan,lala,sayur mcm jenis,kuih,buah dll. puas hati beb. tempat makan pun bersih dan pastinya halal dan juga selesa.





FY sangatlah recommend mana2 pasangan atau sesiapa saja yang pergi kursus kahwin, boleh la join dekat Astana Mukmin. Tempat nya senang nak cari, kelas yang selesa, organizer nya efisyen, ada surau, tempat parking senang, tempat makan best dan penceramah2 yang ceria & mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas. Alhamdulillah.








p/s: sorry takde pics..FY kusyuk dengar ceramah ustaz & ustazah =)