Assalammualaikum semua =)
Kad jemputan merupakan elemen yang penting dalam sesebuah majlis. Ia mestilah lengkap dengan informasi-informasi penting tentang perkahwinan anda seperti;
1- Nama Ibubapa
- rakan-rakan ibubapa anda lebih mengenali nama parents dari nama anda. So, senang lah jemputan tahu anak siapa yang nak kawen tu..
2- Nama pengantin
- kalau ada nama glamor atau nama panggilan yang berbeza dengan nama sebenar anda, sila letakkan didalam colum.
3- Tarikh/Hari majlis
- kalau boleh bagi highlight atau bold kan tulisan ni..orang tua2 cakap, diorang cari tarikh/ hari dulu baru tengok nama pengantin..senang nak set jadual katanya
4- Tempat majlis
- mostly orang sekarang buat kat dewan yang berhampiran dengan rumah..ada juga yang jauh dari rumah..so, tulis dengan nyata dan terang yer..FY pernah tersalah pergi dewan sebab dalam kad mention dewan perdana felda tapi rupa-rupanya buat majlis dekat dewan merak kayangan Felda..nasib baik dekat jerr
5- Masa majlis
- either buat time lunch hour, high tea or dinner time..ada ke buat time breakfast? ada! especially untuk majlis akad nikah =)
6- No telefon keluarga
- kalau-kalau tetamu sesat ke, boleh call mintak direction. Make sure no telefon tu boleh digunakan dan ada telefon mestilah battery full ye..perhatian kepada ahli kerluarga, sila bawa charger ke dewan =)
7- PETA !!
- bakal-bakal pengantin sekalian alammmm...sila check berkali-kali tentang peta yang anda mak lampirkan dalam card anda..mintak ibu bapa, abang2, kakak2 atau sesiapa saja yang berkenaan untuk confirm bahawa map anda itu tepat dan jelas. masukkan informasi2 penting especially stesen minyak dan traffic light. round about/balai polis/hospital/balai bomba/sekolah/masjid/KLCC/stadium or segala apa lah yang menjadi l;andmark sesuatu kawasan..tahu tak landmark tu apa? landmark tu ialah tanda/tempat yang paling famous dekat kawasan anda..contoh : kalau kat shah alam tu yang paling famous either stadium shah alam ataupun masjid besar shah alam..paham tak ni? kalau tak paham, sila google
8- GPS code
-untuk kawan-kawan yang mempunyai GPS yang canggih, diorang akan selamber jer mintak GPS code kat you all..so,jangan ler sentap ye nak..make sure you all dah bersedia mengetahui GPS code dewan/rumah anda..sila google untuk mengetahui cara-cara mendapatkan GPS code. FY tak dapat membantu sebab adik FY yang carikkan
9- Aturcara majlis
-untuk tetamu tahu flow majlis.lebih-lebih kalau majlis anda a lil bit formal. senang diorang nak set time nak datang pukul berapa untuk cop2 tempat ke or mingle around.
10- Doa/kata-kata hikmah/hadith/ayat Al-Quran
- untuk memberkati majlis anda =) ameen
Alhamdulillah kad FY dan siap =) FY buat card dengan Lat from Cahayakad dari Kuching,Sarawak. Yeahh, u read it right babeh! jauh kan buat kad tapi takde lah FY gagah pergi sampai Sarawak tu. Discuss via email je. FY jumpa cahayakad ni pun kat facebook.
Senang sangat deal dengan ownernya.Lat provide timeline yang senang FY nak refer bila nak bagi information majlis, bila nak confirm itu ini, bila nak bincang layout, bila diorang buat printing,delivery dan bila nak buat payment.
Untuk sesiapa yang berminat menempah card yang unik,simple dan minimalist, boleh lah cari cahayakad dekat FB. Kalau betul-betul berminat, boleh minta contoh-contoh kad dari mereka. Ia akan dipos ke rumah anda. Lat hantar 5 jenis card yang semuanya cantik dan rambang mata nak pilih. After that, boleh lah berbincang dengan Lat via email. Lat akan provide draft untuk korang approve sampai betul-betul puas hati. Seelok-eloknya kad ditempah 5 atau 4 bulan sebelum majlis.
Nak teaser ke? hehe..ok lah, FY bagi teaser envelope je k.Tak sempat snap pic card. FY akan mula mengedar/pos kad jemputan tu bulan 5 ni.So save the date!
17 JUNE 2012
AHAD
SERENDAH, RAWANG, SELANGOR
thanks dear..will post it to u soon =)
ReplyDeletecantik..nakkkk. :D
ReplyDeletenanti bagi address ye dear =))
ReplyDeleteOK i suka tips2 ni!!!
ReplyDeletekirim2kanlah kat org kat sini ye~
ReplyDeletetahniah FY.tp lg best kalau june tu dieja dalam bM.memandangakn Ahad dieja dlm bM.peaceee.sekadar pandangan:)
ReplyDeletewaaoooow baru teaser but gorgeous..!! i knew it..! hehehee :D insyallah akan dtg wif hubby.. :D
ReplyDeleteuseful tips.. thanks fy... mmg dalam proses buat kad ni..hehe
ReplyDeleteCop2.u kawen kat serendah ke?i pun nanti kat serendah :) kat mana ye?
ReplyDeleteThanks ladies..
ReplyDeleteBoleh dear
Isma..serendah dkt dewan komuniti serendah
Dear,dewannnn yang sama.oh my god ada gak b2b serendah.leh la tanya mcm2 ni :p
Deletebabe. what a small world. I was lepaking with my bestfren izzati, ada amir marzuki sekali. borak2 sakan then they talked about ur fiancee. that time i mcm blurr lg, suddenly they sebut nama farah yasmin. hmm, very familiar, rupa2nya u. haha.
ReplyDelete