Thursday, April 19, 2012

tangan berbunga-bungaaaa

Bagi FY, hand bouquet (HB) adalah aksesori yang penting untuk setiap pengantin. FY suka tengok berbagai jenis bunga,warna dan material HB. Tahu kah korang bahawa ada banyak bentuk HB ni ? (ayat ensiklopedia sangat T__T)










1- Nosegay HB (siapa lah yang bagi nama HB ni? duhhh) or nama lain nya, tussie mussie.HB ni berbentul bulat dan am sure mostly bride sesuai dgn bentuk HB ni. Dia lebih kurang round HB gak.



sweet sgt..credit to shajaratul design



2- Cascade HB. Pengantin lama-lama zaman mak-mak kita popular dengan cascade HB ni. Bunga dia memanjang ke bawah. Jangan sampai bunga tu panjang sampai paras lutut sudah. pelik sangat nanti :P Cascade HB ni pun lebih kurang teardrop hand bouqet. adik beradik gitu.











cascade HB







Teardrop HB




3- Presentation/Arm HB. Bunga yang sesuai buat style ni, calla lillies, orchid or bunga matahari. Kalau you all punya wedding dress jenis yang kuncup means tak kembang2 or flowy, sesuai lah pakai ni. Nampak elegant sangat tau!







4- Spray HB. Bentuk 3 segi.selekeh sket la kalau tengok. hahaha..








Time tunang FY pakai HB from Tassel Brooch Bouquet. Agak kecik la HB tu. Tapi cantik! Kalau pakai time kawen je tak berapa cun dengan size comel macam tu but many people like it.


Untuk nikah FY rasa nak pakai style arm hb and untuk my reception pakai nosegay. For groom's side, I think nak guna pomander style..Verangan lagi u ollss!!hehe


FY suka juga jenis HB yang peliks2 selain brooch, ada guna felt macam ni;








Tapi bukan bentuk felt macam ni la kan..hahaha..mengucap panjang mak I kalau tengok ni..mau dia suh I petik bunga kertas buat HB.Kalau takde bunga kertas, bunga lalang pun jadik kot



HB unik yang lain macam guna kertas & feather..tapi make sure dress korang sesuai dengan jenis HB ni ye.Jangan sampai baju rosak pulak or tak kena gaya. One more thing, kita kena handle HB with style. haruslah confident and jalan dengan penuh sopan ala2 ratu cantik gitu.





paper HB




feather HB (boleh beli bulu ayams sekarang! ataupun cilok mak punye..haha..tak baik ok cilok mencilok)

1 comment:

  1. i suka arm HB and cascade tu..tp org mok mok x sesuai guna cascade kalau x silap hehe

    ReplyDelete