Salam semua. Sihat? FY kebelakangan ni kepenatan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Last weekend tak dapat rehat dengan secukupnya. Terkejar-kejar pergi wedding kawan-kawan blogger dan kawan lama. Alhamdulillah sempat pergi semua. Thanks for inviting me =)
FY pergi wedding B2B Rina. Tersangat lah gojes Rina pada hari itu. Baju rina yang color dusty pink tu dari Butik Nurin make over. FY pun guna khidmat kak Nurin untuk baju majlis bertandang nanti. Dekat wedding Rina, FY jumpa B2B Azreen. Terima kasih tegur FY yang datang keseorangan..hehe...It was nice to meet you dear!
Time weekend FY memang utilize kan untuk pergi wedding kawan-kawan & buat preparation kahwin. FY dah pergi fitting baju persalinan untuk malam berinai.Ada 7 pasang semuanya..huhu..Ada yang kena alter balik..huhu..special size ler tu :P
Progress baju pun dalam 70% siap.Baju lelaki dah siap sepenuhnya tinggal final fitting je. Ari selalu keep me updated.Terima kasih kerana mengurangkan perasaan bridezilla ku ini.
Ohhh..moments bridezilla yang akan dikenang sepanjang hayat ialah kes kad tak cukup..huhu..Alhamdulillah dapat dibuat dengan kadar segera..FY pergi kedai printing dekat Rawang. Memang bernasib baik kakak2 disitu memahami dan terus buat card tanpa banyak soal.Perasaan ralat sedikit lah sebab kad yang baru buat ni tak sama macam kad yang FY tempah dengan Cahayakad tapi nak buat camna kan? huhu..terima je lah seadanya.Asalkan nama,map & tarikh tu clear pun dah cukup baik.
Next, FY nak selesaikan membeli baju-baju flower girl & boy, benda-benda DIY, setelkan pasal doorgift dan pergi spa. Semoga semua akan berjalan lancar mengikut plan! InsyaAllah
Hai FY!! Hehe. Nice to meet u too dear :)
ReplyDelete