Sunday, June 3, 2012

maid of honor

Maid of honor a.k.a pengapit FY ialah cousin FY sendiri. Dah lama aim nak ambil dia.huhu..FY risau kalau nak member sendiri tapi diorang tak available pulak.So, senang cerita cousin yang seorang ni memang suka wedding dan berpengalaman menjadi pengapit so FY pasti dia akan paham kerja-kerja seorang pengapit.

FY nak share tips2 mencari dan menjadi pengapit sebab FY pun dah 8 kali jadi pengapit kawan2 dan sepupu2.

1- Bincang-bincang tarikh bila korang nak kahwin. Kadang2 time tu kita ada exam la,wajib outstation ke or ada hal2 tertentu yang tak dapat dielakkan. So,sempat lagi cari orang lain. Then kena   bincang theme color. Bagi FY, pengapit tidak cantik pakai baju yg sama color dengan pengantin. Kalau nak sangat lah, must one tone lighter or darker. Same tone is a BIG NO!

2- Tugas
- lain pengantin lain ragamnya. Ada pengantin yang bossy suruh pengapit ambil itu ini.Pergi pick up hantaran lah, HB lah , jemput kawan2 dekat LRT lah..haha..FY bercakap melalui pengalaman. Kalau pengapit you all tu jenis tak kisah takpe. Tapi kalau yang tak cekap or tak faham situasi, better you all appoint orang lain.. Tugas2 adhock ni lah yang memerlukan kita sebagai pengantin menggunakan kuasa veto untuk meng'orang' gajikan pengapit.Tapi untuk satu hari je lah you all nak jadi Queen..Kalau hari2 you all macam tu, FY tak tahu nak cakap apa lagi la kann

3- Pakaian & Solekan
- Ia terpulang kepada bajet dan kesefahaman kedua-dua pihak. Kalau you all banyak $$, boleh sponsor. Macam FY sendiri tak sponsor pakaian sebab pengapit insist nak beli sendiri time dia pergi vacation dkt bandung dulu,so FY belanja pengapit kasut. Tolong pesan dekat pengapit untuk tidak membuat baju & pakai make up yang boleh lawan pengantin..haha..nanti pengantin lelaki menjeling2 pengapit you all, baru lah time tu rasa panaihhh hati..hihi

4- Aturcara majlis
- Bagi sedikit briefing dekat pengapit supaya dia tidak terpinga-pinga or bahasa lain nya blurrr tak tentu pasal. Ini membolehkan pengapit bersedia dengan segala kemungkinan.

5- Amanah & Tanggungjawab
- Pengapit diberi tugas untuk mengawal pengantin from head to toe, from beginning of the majlis until the end. Jangan selalu tinggal2kan pengantin. Jaga pengantin elok2. Touch up la mana yang patut supaya pengantin berseri sepanjang hari. Selain itu, kena lah menjaga harta benda terutamanya handphone.

6- Mesra
- Pengapit mestilah seorang yang mesra sebab ada kawan-kawan pengantin yang akan suruh ambilkan gambar. Pengapit wajib volunteer ok! I hate pengapit malas2 yang buat derkkk je bila tetamu terpinga-pinga cari orang ambilkan gambar. Selain itu pengapit mesti kena kenal photographer & videographer supaya pengapit bersedia untuk bergambar bersama. Smileeeeee and please jangan spoilkan gambar. Dan yang paling pentingm pengapit kena kenal ahli keluarga terutamanya ibu bapa pengantin.

7- Alert
-Pengapit kena bersedia untuk rescue untuk kerja2 kecemasan seperti membantu kemaskan veil/tudung. Men'touch up' kan make up pengantin dan mengangkat kain leret2 supaya pengantin kekal jelita sentiasa.whoa!

Untuk my maid of honor, FY hadiahkan sepasang kasut from Charles & Keith. Thanks Mastura temankan pergi shopping baju-baju untuk flower girl & boy & barang2 essential lain.







warm up....hehe









4 comments:

  1. wah untuk jadi pengapit FY...dapat kasut charles&keith

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) saya sayang pengapit saya..hehe

      Delete
  2. bestnye dpt kasut.. hehe.. btw thanks for sharing this info... sgt berguna.. now i dh tau serba sikit kriteria untok pilih pengapit i nnt .. hehe

    ReplyDelete