Monday, July 22, 2013

Latest house property in town

Salam.. Firstly, FY nak ucapkan many thanks kepada yang sudi email kat FY untuk tanya pasal rumah. Frankly speaking FY ni bukan sapa2 pun nak bagi opinion but I try my best based on knowledge, research, readings and opinion from others such as husband, family and friends yang dah ada pengalaman dalam urusan real estate property.

Kat sini, FY nak share new property yang sangat sesuai untuk mereka yang mencari rumah pertamaku. Nama tempat nya ialah Southville City yang berada di Bangi. Developer bagi projek perumahan ni ialah Mah Sing Group yang sangat diakui akan kualiti perumahan yang dibina. Projek2 Mah Sing yang kita boleh tengok adalah di Nusajaya Johor, Kinrara Residence, Aman Perdana, Icon City dan lain2 lagi. Sila lah visit website Mah Sing untuk lihat track record mereka.

Ok, back to Southville City. Ini adalah projek intergrated mixed township. Maksunya, projek ini ada macam2 dalam satu tempat seperti projek rumah teres, rumah semi-D, apartment, lot kedai dan lain2 lagi. So, benefitnya di situ, tak payah ler susah nak drive jauh2 untuk pergi beli barang ke, nak pergi clinic ke dan lain2 sebab mostly dah ada di kawasan sekeliling rumah.

Tanah Southville City ini adalah berstatus free hold. Maka, bolehlah dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan kerana senang nak jual balik..InsyaAllah ada buyer..Kalau lease hold ni susah sket nak cari buyer tapi depends jugak dengan location gak..

Projek ni akan launch after raya or paling lambat pun bulan October. and maybe ada discount ke, apa2 offer ke kan..kadang2 developer bagi free tv, free kitchen cabinet ke..

Oklah, mari lah jamu mata tengok gambar Southville City.




Garden Terrace House
Price : From RM750k onwards


Savannah Serviced Apartment
Price : RM280k onwards



Cantik giler kan interior!


I am in the midst of thinking to get one unit of the apartment under my name..Doakan FY murah rezeki ye kawan2.



Monday, July 15, 2013

Tips Beli Rumah (bahagian 2)

ada sikit lagi sambungan tentang tips beli rumah. Terima kasih yang sudi komen bagi pendapat. FY pun share kat sini dari pengalaman..bukan pro pun..hehe..kalau taiko2 real estate baca blog ni, memang akan terbahak-bahak gelak sehari semalam...huhu

Orait..nak beli rumah ni kita kena tahu lokasi kawasan rumah sama ada selamat atau tidak. Jangan dan elakkan membeli rumah di kawasan yang kadar jenayah nya tinggi. Sila rujuk dengan polis dan sewaktu dengannya ataupun pandai2 buat research. 

Selain itu, cari rumah yang bukan kawasan banjir, tanah runtuh, tanah mendap, selalu ada masalah bekalan air dan kawasan yang jam nye tak kira masa. Buat rugi je beli kawasan yang berisiko macam ni sebab bila bencana melanda, sedikit sebanyak akan effect harga rumah dan menelan kos yang banyak. Insurans pun tak tahu lah cover ke tak..Tanya lah agen insurans rumah..FY jual insurans medical card je..eheh..iklan pulak kat sini..

Then, kalau boleh cari lah rumah Freehold tapi harga nya memang la mahal sedikit. FY beli Saujana Rawang tu lease hold and sebenarnya nak stay kat situ for 4 to 5 years je..After that maybe jual or sewakan dan cari rumah area bandar. Target area Damansara, Shah Alam, and TTDI. 

Lastly, kita kena plan betul2 financial sebaik mungkin. Discuss dengan spouse mana yang terbaik. Beli rumah ni satu pelaburan dan tanggungjawab yang besar. Nak bayar loan setiap bulan bukan sikit2 ye..Itu tak masuk segala macam bil lagi..Frankly speaking, lebih kurang 2 ribu jugak lah bajet nak spend untuk sebuah rumah.. So, jangan berputus asa dan rajin2 lah bekerja dan yang paling penting berdoa kepada Nya.


dream house..mesti nak ada swimming pool kan..atas bukit..view cantik..tenang je

P/S: Entry akan datang FY akan share lokasi perumahan baru yang akan di lauch selepas raya..insyaAllah, ada rezeki FY akan beli satu. Kalau nak berjiran dengan FY, jom la kita pergi launching sama2 =)


Sunday, July 14, 2013

Tips beli rumah

Untuk menghilangkan monday blues, FY share sedikit tips untuk membeli rumah pertamaku. Ini adalah berdasarkan pengalaman FY dan suami mencari lokasi dan kesesuaian bajet yang ada. Terima kasih pada yang email tanya FY macam mana nak beli rumah sebab tak tahu apa2 langkah yang perlu di ambil. Kita kongsi ilmu yg ada ye.

Bila mana, kita rasa dah ada kemampuan dan kestabilan beli rumah, cepat2lah bertindak. Sebabnya, harga rumah makin naik secara gila nya dan tanah juga dah tak banyak. If nak beli atas tangan orang, banyak masalah nya. Banyak juga kos untuk ubah suai dan baiki kerosakan.

Pertamanya, kena tahu LOKASI. Contohnya dekat KL lah especially. Tempat2 lain FY tak sure sangat tau. KL ni terbahagi kepada 3 lokasi; pusat bandar, pinggir bandar dan ceruk bandar. Pusat bandar adalah sekitar kawasan yang boleh nampak KLCC  seperti area Wangsa Maju, Ampang, Damansara, Cheras, Kepong, Selayang, PJ dan lain2. Kawasan pinggir bandar adalah seperti Sg Buloh, Shah Alam, Klang, Rawang, Kajang, Bangi dan lain2. Seterusnya kawasan ceruk bandar adalah seperti Beranang, Serendah, Kuang, Batang Kali. 

Kawasan pusat bandar, harga tanah sangat mahal especially rumah landed (atas tanah). Kawasan pinggir bandar, harga tanah masih di tahap reasonable (tetapi depends juga dengan kualiti dan kemudahan sekeliling : supermarket, sekolah, highway dan sebagainya), manakala kawasan ceruk bandar, harga tanah adalah murah dan sangat mampu milik. Paham ke idok ni? hehe. Tak paham angkat tangan ye =) Dari situ, kita dah kena ada dah bajet secara kasar nak bayar rumah ikut kemampuan.

Kemudian, sila lah merajinkan diri pergi show house ataupun expo hartanah ataupun kat supermarket tu selalu je orang promo pasal rumah ni. Jangan malu jangan segan pergi usha2 model rumah. Manalah tahu ada rezeki. Bagi FY, lebih elok pergi show house. Kita dapat bayangkan bakal rumah kita macam mana dan boleh cilok idea deco rumah sebab selalunya show house unit lawa-lawa belaka. Tiba2 berkenan dengan rumah dan rasa mampu nak beli, cepat2 ler letak deposit (range around RM500 - RM5000, bergantung jenis rumah..takkanlah nak beli bungalow letak deposit RM500 jer..developer pandang slack je nanti..hehe)

Lagi satu, check juga ye siapa developer tu.. Google sket projek2 yang pernah developer buat sama ada berjaya atau tidak. Beli rumah ni satu bentuk pelaburan ye.. Banyak kita semua pernah dengar pasal rumah terbengkalai sebab pemaju bankrap..mintak dielakkan..Nauzubillah.

And then,sila lah kaji dengan lebih mendalam mengikut kesesuaian anda (jarak ke tempat kerja, jarak dengan rumah ibu bapa, kawasan jem teruk ke tak dan lain2 lagi).

Bila dah tahu lokasi, check poket dan check account bank. Kalau lepas loan seorang, better guna satu nama je. Kalau kena join loan pun tak salah. Rumah korang laki bini jugak lah kan. Tapi kena ingat juga dengan down payment yang ditetapkan oleh pemaju. Tak silap FY dalam 10% harga rumah itu. Correct me if im wrong bebeh. Pasal loan semua ni FY tak arif sangat. Better check dengan bank. If FY nak recommend, I think Maybank yang ok. FY boleh bagi contact number orang maybank yang bagus. Sila email FY ya.

Disamping itu (ayat pemberita sangat), kita jangan takut beli rumah dikawasan yang baru dibangunkan sebab kawasan baru ni akan dilengkapi dengan kemudahan2 pada masa akan datang dan akan menaikkan harga rumah. Contoh, dulu husband beli di Saujana Rawang tu, takda shopping mall lagi. After setahun, Jusco siap dan ini telah menambahkan value rumah tersebut. Nanti jalan 2 lane jadi 4 lane, lagi lah menambah harga value rumah. 

Ada reader email FY tanya pasal, macam mana nak cari rumah yang bersesuaian?

Ikut selera u olls lah ye. Kalau suka duduk apartment, beli lah. Kalau rasa suka duduk rumah atas tanah, pun tak salah. Layout rumah ikut kesesuaian juga. Kita ada citarasa tersendiri. Ada yang suka dapur besar, ada suka ruang tamu luas, ada suka master bedroom dekat bawah, ada suka banyak toilet, ada suka porch boleh muat banyak kereta dan sebagainya. Pandai2 sesuaikan ye. Bincang elok2 dgn hubby =)

Apa yang penting, banyakkan survey dan mula menyimpan. Dapat bonus, jangan joli sakan. Simpan dan guna untuk beli rumah. Tak rugi dari menyewa dan insyaAllah boleh diberi ke anak cucu. FY juga sokong jika kita start from small. Maksudnya beli rumah kecil2 dulu. Lepas tu rumah dah naik harga, upgrade beli rumah besar sket. Time tu kita dah naik gaji dan lebih stabil. Keluarga pun akan membesar.






Thursday, July 11, 2013

our love nest : Divya Saujana Rawang

Entry tertangguh ni sebenarnya..actually dah 2 bulan dapat kunci rumah..seminggu selepas balik umrah..Alhamdulillah..sekejap je rasa tunggu 2 tahun rumah siap..

Husband yang beli rumah ni..Time tu tgh bercinta..lum merisik lum bertunang ape pun..tapi selambe je dia nak beli rumah gak dkt2 rumah bakal pakmak mertua dia..FY memang tak kisah duduk mana2 asalkan dalam KL & Selangor..hehe..Tak boleh bayangkan hidup merantau ke tempat orang..Kalau nak merantau oversea, FY on..ehhh..amboi memilih..

Sedikit info tentang rumah ni

Unit: Divya II
Lot : Corner lot
Size : 20 x 65 sqft
Bedrooms : 4
Bathrooms : 3
Price time beli : RM285k
Current price : RM350k - RM380k
Developer : Glomac


rumah contoh


floor plan



Ini lah rumah pertama kami

Sekarang FY tengah pikir camna lah nak buat kitchen cabinet and wardrobe.

Any suggestion ??

=)

By the way, Salam Ramadhan buat semua.