ada sikit lagi sambungan tentang tips beli rumah. Terima kasih yang sudi komen bagi pendapat. FY pun share kat sini dari pengalaman..bukan pro pun..hehe..kalau taiko2 real estate baca blog ni, memang akan terbahak-bahak gelak sehari semalam...huhu
Orait..nak beli rumah ni kita kena tahu lokasi kawasan rumah sama ada selamat atau tidak. Jangan dan elakkan membeli rumah di kawasan yang kadar jenayah nya tinggi. Sila rujuk dengan polis dan sewaktu dengannya ataupun pandai2 buat research.
Selain itu, cari rumah yang bukan kawasan banjir, tanah runtuh, tanah mendap, selalu ada masalah bekalan air dan kawasan yang jam nye tak kira masa. Buat rugi je beli kawasan yang berisiko macam ni sebab bila bencana melanda, sedikit sebanyak akan effect harga rumah dan menelan kos yang banyak. Insurans pun tak tahu lah cover ke tak..Tanya lah agen insurans rumah..FY jual insurans medical card je..eheh..iklan pulak kat sini..
Then, kalau boleh cari lah rumah Freehold tapi harga nya memang la mahal sedikit. FY beli Saujana Rawang tu lease hold and sebenarnya nak stay kat situ for 4 to 5 years je..After that maybe jual or sewakan dan cari rumah area bandar. Target area Damansara, Shah Alam, and TTDI.
Lastly, kita kena plan betul2 financial sebaik mungkin. Discuss dengan spouse mana yang terbaik. Beli rumah ni satu pelaburan dan tanggungjawab yang besar. Nak bayar loan setiap bulan bukan sikit2 ye..Itu tak masuk segala macam bil lagi..Frankly speaking, lebih kurang 2 ribu jugak lah bajet nak spend untuk sebuah rumah.. So, jangan berputus asa dan rajin2 lah bekerja dan yang paling penting berdoa kepada Nya.
dream house..mesti nak ada swimming pool kan..atas bukit..view cantik..tenang je
P/S: Entry akan datang FY akan share lokasi perumahan baru yang akan di lauch selepas raya..insyaAllah, ada rezeki FY akan beli satu. Kalau nak berjiran dengan FY, jom la kita pergi launching sama2 =)
Terima kasih FY atas info ni.Sekarang pun tgh start berjimat nak beli rumah.Seriously rumah kat KL ni mahal2.Kat gombak ni pun sama.Masih mencari jugak lokasi yang strategik.Jalan yang x sesak dan dekat dengan tempat kerja.
ReplyDeleteAssalamualaikum fy, cantik gila kalau dapat rumah camtu! adoii sheila pun suka kalau ada pool kat dalam rumah. heeeeeeeee. tapi kalau dapat rumah ala2 kampung lagi nice :)
ReplyDelete