Sunday, July 14, 2013

Tips beli rumah

Untuk menghilangkan monday blues, FY share sedikit tips untuk membeli rumah pertamaku. Ini adalah berdasarkan pengalaman FY dan suami mencari lokasi dan kesesuaian bajet yang ada. Terima kasih pada yang email tanya FY macam mana nak beli rumah sebab tak tahu apa2 langkah yang perlu di ambil. Kita kongsi ilmu yg ada ye.

Bila mana, kita rasa dah ada kemampuan dan kestabilan beli rumah, cepat2lah bertindak. Sebabnya, harga rumah makin naik secara gila nya dan tanah juga dah tak banyak. If nak beli atas tangan orang, banyak masalah nya. Banyak juga kos untuk ubah suai dan baiki kerosakan.

Pertamanya, kena tahu LOKASI. Contohnya dekat KL lah especially. Tempat2 lain FY tak sure sangat tau. KL ni terbahagi kepada 3 lokasi; pusat bandar, pinggir bandar dan ceruk bandar. Pusat bandar adalah sekitar kawasan yang boleh nampak KLCC  seperti area Wangsa Maju, Ampang, Damansara, Cheras, Kepong, Selayang, PJ dan lain2. Kawasan pinggir bandar adalah seperti Sg Buloh, Shah Alam, Klang, Rawang, Kajang, Bangi dan lain2. Seterusnya kawasan ceruk bandar adalah seperti Beranang, Serendah, Kuang, Batang Kali. 

Kawasan pusat bandar, harga tanah sangat mahal especially rumah landed (atas tanah). Kawasan pinggir bandar, harga tanah masih di tahap reasonable (tetapi depends juga dengan kualiti dan kemudahan sekeliling : supermarket, sekolah, highway dan sebagainya), manakala kawasan ceruk bandar, harga tanah adalah murah dan sangat mampu milik. Paham ke idok ni? hehe. Tak paham angkat tangan ye =) Dari situ, kita dah kena ada dah bajet secara kasar nak bayar rumah ikut kemampuan.

Kemudian, sila lah merajinkan diri pergi show house ataupun expo hartanah ataupun kat supermarket tu selalu je orang promo pasal rumah ni. Jangan malu jangan segan pergi usha2 model rumah. Manalah tahu ada rezeki. Bagi FY, lebih elok pergi show house. Kita dapat bayangkan bakal rumah kita macam mana dan boleh cilok idea deco rumah sebab selalunya show house unit lawa-lawa belaka. Tiba2 berkenan dengan rumah dan rasa mampu nak beli, cepat2 ler letak deposit (range around RM500 - RM5000, bergantung jenis rumah..takkanlah nak beli bungalow letak deposit RM500 jer..developer pandang slack je nanti..hehe)

Lagi satu, check juga ye siapa developer tu.. Google sket projek2 yang pernah developer buat sama ada berjaya atau tidak. Beli rumah ni satu bentuk pelaburan ye.. Banyak kita semua pernah dengar pasal rumah terbengkalai sebab pemaju bankrap..mintak dielakkan..Nauzubillah.

And then,sila lah kaji dengan lebih mendalam mengikut kesesuaian anda (jarak ke tempat kerja, jarak dengan rumah ibu bapa, kawasan jem teruk ke tak dan lain2 lagi).

Bila dah tahu lokasi, check poket dan check account bank. Kalau lepas loan seorang, better guna satu nama je. Kalau kena join loan pun tak salah. Rumah korang laki bini jugak lah kan. Tapi kena ingat juga dengan down payment yang ditetapkan oleh pemaju. Tak silap FY dalam 10% harga rumah itu. Correct me if im wrong bebeh. Pasal loan semua ni FY tak arif sangat. Better check dengan bank. If FY nak recommend, I think Maybank yang ok. FY boleh bagi contact number orang maybank yang bagus. Sila email FY ya.

Disamping itu (ayat pemberita sangat), kita jangan takut beli rumah dikawasan yang baru dibangunkan sebab kawasan baru ni akan dilengkapi dengan kemudahan2 pada masa akan datang dan akan menaikkan harga rumah. Contoh, dulu husband beli di Saujana Rawang tu, takda shopping mall lagi. After setahun, Jusco siap dan ini telah menambahkan value rumah tersebut. Nanti jalan 2 lane jadi 4 lane, lagi lah menambah harga value rumah. 

Ada reader email FY tanya pasal, macam mana nak cari rumah yang bersesuaian?

Ikut selera u olls lah ye. Kalau suka duduk apartment, beli lah. Kalau rasa suka duduk rumah atas tanah, pun tak salah. Layout rumah ikut kesesuaian juga. Kita ada citarasa tersendiri. Ada yang suka dapur besar, ada suka ruang tamu luas, ada suka master bedroom dekat bawah, ada suka banyak toilet, ada suka porch boleh muat banyak kereta dan sebagainya. Pandai2 sesuaikan ye. Bincang elok2 dgn hubby =)

Apa yang penting, banyakkan survey dan mula menyimpan. Dapat bonus, jangan joli sakan. Simpan dan guna untuk beli rumah. Tak rugi dari menyewa dan insyaAllah boleh diberi ke anak cucu. FY juga sokong jika kita start from small. Maksudnya beli rumah kecil2 dulu. Lepas tu rumah dah naik harga, upgrade beli rumah besar sket. Time tu kita dah naik gaji dan lebih stabil. Keluarga pun akan membesar.






4 comments:

  1. salak tinggi dah bukan ceruk bandar FY. sy duk sini masyaAllah rumah sama mahal dgn kl..rumah teres setingkat dah rm290k, semiD rm330k, teres 2tngkt rm450-500k.mmg xmampu nak beli T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mahal nye,,tu la..melampau harga rumah skrg kan

      Delete
  2. Mcm i kalau beli rumah kaji jugak geografinya mcm kawasan runtuh ke, kwsn paya ke, atau kwsn banjir ke..hehe

    ReplyDelete