Wednesday, March 28, 2012

Jong Jong Inai Mak Ipong Rajawali

Bukan nak nyanyi lagu tradisional tau tapi just nak share yang FY dah selamat booking vendor untuk henna/inai untuk malam berinai, 15 June 2012 ni..Alhamdulillah..call je,discuss sket and book!! yabedabedu..


Dah lama FY skodeng blog kak Norish and tadi sebelum lunch hour saja try call dan bila dia cakap available je terus senyum, happy turun bawah pergi makan..haha..


Ok..lets cekidaut hasil kerja kak Norish;












Pakej kak Norish


PAKEJ SERI (RM100)

-Atas kaki

-Atas tangan

-Telapak Tangan

-kuku kaki & tangan


PAKEJ DEWI (RM160)

-Atas kaki

-keliling kaki

-atas tangan

-telapak tangan

-kuku kaki & tangan

-pengantin lelaki: 3 jari kiri & kanan

-2 flowe girl - atas tangan


orite..boleh visit blog kak Norish - HENNA NOOR COLLECTION



Monday, March 26, 2012

moving wednesday

Ohhh my dear..I love these photo..nice kan??






sila klik pic :)








sila klik picture











sila click picture



Teringin sangat! hehe..ke scary? haha..photographer mana ek kat KL yang boleh capture pic macam ni?


*credit all cinemagraph photo*




gadis bunga dan mat bunga







My handsome and adorable nephew & niece; Ameer Isyraf & Qistina Alieya


Thanks sebab nak jadi flower girl and page boy Auntie FY & Uncle MA.


Just two of you.


Takmo ramai sangat..hehe..susah nak handle nanti


Auntie FY tak sabar nak pergi gown and suit hunting utk Qistina & Ameer


Thursday, March 22, 2012

The Vow

Sejak engage last month, jarang sangat tengok movie..totally different dengan zaman bercinta dulu yang tiap2 minggu tengok movie hari rabu malam dekat Wangsa Walk..huhu..maybe sekarang FY busy sket dengan kerja..MA pun busy dengan client2 nya..


I was waiting for this movie since last year. FY memang admire Channing Tatum sebab dia tough.full stop..haha..FY memang suka lelaki badan ketak2 ni..auww..gatal ye disitu..FY pun suka heroin filem ni, si cantik manis lesung pipit comel, Rachel Mcdonalds...eh McAdams :P


movie ni best sebab banyak wedding scene..ambil feeling you olls sambil nangis2 sket..haha..haku memang sensitip tengok movie romentik2 sedih camni..














love the hand bouquet!










I vow to help your love life, to always hold you with tenderness, and to have the patience that love demands.


To speak when words are needed, and to share the silence when they're not, and to live within the warmth of your heart and always call it home.

Paige Collins



Tuesday, March 20, 2012

kursus kurus

Haha..bukan pasal kursus untuk menjadi kurus pun..Tak pernah dalam sejarah hidup pergi kursus untuk kurus.Letak tajuk begitu sebab semasa menaip entry ini,asik silap tulis kursus = kurus.macam tu la ceritanya..Actually,impian semasa lepak bersama pakwe (sekarang dah tunang tau *senyum simpul*) dekat Wangsa Walk dulu Alhamdulillah akan menjadi realiti.Impian ape? huhu.impian nak pergi kursus kahwin dekat2 Wangsa Walk - Astana Mukmin. Dulu FY saja je gurau dengan dia pasal nak pergi kursus kahwin kat sini.Semalam dia call dan cakap dah book seat for 2. Sekarang ni semua nak kena book dulu..Tak boleh dah nak walk-in..Silap2 kena walk-away sebab seat dah full :P


Kenapa FY memilih kat sini? Ia bukan sekadar impian semata2..Tapi hasil review kawan2 rapat yang pernah pergi sini dan hasil research FY juga. Nak pergi kursus kahwin ni mesti lah pastikan tempat tersebut mendapat pengiktirafan JAKIM. Kita juga kena pastikan tempat tu mempunyai penceramah2 yang best supaya tak mengantuk dalam kelas..hehe..Jadual kursus pun sangat sesuai dengan masa kerja MA. Setiap sabtu pagi dia ada meeting. So, memang tak boleh kacau time tu.


Dekat Astana Mukmin, waktu kursus ialah ;


Sabtu : 2.30 ptg - 6.45 ptg


Ahad : 9.00pagi - 6.45 ptg


Bayaran : RM 80 (termasuk makan buffet you ollss, alatulis, file dll)


Lokasi : tengok peta ni










jom la B2B ke sape2 ke yang belum pergi kursus kahwin..FY pergi 31 March & 1 April =)

Sunday, March 18, 2012

Matta Fair and some shopping fair..hihi

Hye semua especially my B2B friends dan juga my BFF yang FY dah dikantoikan ada blog kawen2..haha..malu nye tiba2 ada seorang BFF tu bbm cakap "Farahhh..i found your blog..amboi senyap2 je"..haha..alahai, blog selekeh ni I dedicate for my wedding je..saje kenangan untuk masa depan..haha..(padahal dah addicted tulis blog ni..masa saja yang menjelesikan diri dekat I)


Siapa pergi Matta Fair???Siapa yang ada buat bookings?? FY saja datang memeriahkan Matta fair yg kurang meriah compared to tahun2 lepas..entah lah..takde feeling pulak Matta Fair kali ni. FY tak buat bookings apa2 pun sebab tak banyak choice. FY rasa lagi senang nak deal dengan resort dekat Maldives thru email.


Apa yang FY boleh share kat sini, antara pakej honeymoon yang best is pakej pegi Bali, Phuket, Koh Samui, Mauritius, Krabi, Sabah & Australia. Boleh deal dengan tour agency yang best2 macam Triways, Poto Travel, Reliance & Airasia for good deal.


Lepas pergi Matta Fair singgah Pavilion.Niat nak survey je tapi terbeli. Dapat lah beberapa benda untuk barang hantaran nanti. Terbeli sebab barang tu cantik, affordable (seperti yang di budgetkan bersama encik tunang ) dan yang paling best special discount dan dapat shopping voucher untuk Melium group member.


As a Melium gold card holder, FY boleh dapat special discount dekat semua melium brands ;






1- Aigner

2-Aseana

3-Hugo Boss
4-Cole Haan

5-Emilio Pucci

6-Ermenegildo Zegna

7-Givenchy

8-Juicy Couture

9-Tod's

10-Yves Saint Lauren

11-Stuart Weitzman

12-Farah Khan


Yang kecewa nya, semua kasut yang FY minat dekat Stuart Weitzman too steep..flats,pumps and wedges tak cantik pula.So,beli dekat Cole Haan.My beloved fiance offer nak beli kasut ferragamo tapi apekah masalah aku semalam sampai cakap "Takmo la yang..next time"...zamnnnnnn...balik2 rumah terus maki diri sendiri..LOL




nak sorokkan brg2 ni..nanti terpakai sebelum masanya :P

Thursday, March 15, 2012

tolong FY pilih boleh?

Hye kawan2 B2B =) Sebelum FY nak pergi Matta Fair minggu ni, FY nak minta tolong kawan2 vote hotel/resort yang korang rasa ok..hehe..terima kasih you olls..sayang sgt2..




LUX Maldives





Adaaran Prestige






Zitahli Resort & Spa Kuda-Funafaru






constance moofushi resort




Baros

Tak sabar pulak rasanya….hihihi

Tuesday, March 13, 2012

Korea with love - Chapter 2





Sambungan cerita chapter 1...







Daemeyung Vivaldi Park Ski Resort is popular hot spot among korean and tourist. Time FY pergi sana tu December (school holiday sama dengan Korea), mmg ramai sangat orang. Tapi jangan risau, ski resort ni sangat besar untuk accomodate tourist yang ramai.




Sebelum sampai ke sini, bas stop dekat satu station untuk mengambil ski equipment such as baju,ski gear, boots etc. Along the journey mmg dah boleh nampak snow tebal. cantik sangat2.




We arrived the ski resort dalam pukul 10 malam.Terus check in.easy and no hustle at all guna travel agent korean. Kalau pergi free and easy agak susah gak sebab language barrier.




Kitorang dapat 4 apartment korean style. Simple je tapi view from the balcony sangatlah cantik!!! Breathtaking..putih bersih..Merasa lah tido atas tilam korea tu..selesa jer..thanks to superb heater too!










ambil dekat google..sorry FY tak dapat jumpe pic kitorang dalam apartment tu..tapi lebih kurang macam ni apartment kat sana.





Apartment sangat best, lengkap dengan kitchen equipment such periuk,kuali,sudip semua (but we did'nt use it..was2), just guna stove,microwave, kettle and freezer. Semua food yang FY and family bawa dari Malaysia, just panaskan dalam microwave & nasi masak dalam rice cooker yg bawak dari malaysia jugak..hehe..Dinner & lunch tak di serve kan di ski resort. The resort bagi breakfast je tapi bukan semua boleh makan.huhu.





The next day, after breakfast..the tourist guide bawak pergi belajar skiing. Mula-mula memang tergolek ok.Banyak kali jatuh tapi tak malu pun sebab semua orang pun jatuh..haha.It was fun!! sebab sambil jatuh sambil usha mamat korea hensem..muahahaha..diorang ni sumpah comel.kulit dah la flawless..Itu belum pasal awek korea lagi..berjuta2 lemon lagi kiut..rasa nak lempang sorang2..dorang sangat terror skiing. gerun tengok dorang turun dari bukit yg curam sampai ke level bawah..lajuuuuuuu sangat!bravo!










Kami main ski sampai pukul 1 t/hari. But our mummies dah balik pukul 11.30 utk prepare lauk & nasi makan t/hari. Lapar giler sejuk2 tu.Makan nasi 4 kali tambah. lepas makan,sembahyang,tdo sampai kul 5. Pergi sambung main ski lagi sampai kul 7.haha..Balik makan malam lak. Lepas makan, jamak maghrib isyak..pegi naik cable car sampai puncak utk tengok night view from the top of the hill sambil usha lagi mamat korea..hahaha..suka aku!




Bsoknya, lepas breakfast..last kopek,naik cable car lagi sebelum tour guide panggil naik bas pergi Everland Theme Park,Yongin. This is the largest theme park in South Korea. Ada zoo & water park sekali. Kitorang pergi the main park and zoo je. Tak kuasa sejuk2 tu mandi outdoor.Kejong urat!.Don't ask me about the tix price sebab semua dah all in bayar dekat travel agent. Ambil pakej time Matta Fair, murah jer =)




Will be continued about the Everland Theme Park ...Gamh-Sah-Hahm-Ni-Da


Monday, March 12, 2012

thinking of DIY



FY suka sangat tengok Do It Yourself Bride. Kagum dengan kegigihan & kesungguhan mereka. FY perasan yang kebanyakkan bride 2011/2012 banyak buat DIY. Mungkin harga barang2 yang dah siap terlalu mahal untuk dibeli makanya DIY is the best alternative.



InsyaAllah FY akan DIY beberapa benda untuk wedding. For engagement hari tu, FY diy pin wheel dengan deco bilik sendiri je.Itupun not 100% my touch.Mama yang banyak tolong. Thanks Ma, u're awesome!



FY ada 3 more months to go, so FY rasa 2 bulan yang terakhir tu FY akan cuba DIY beberapa benda. Macam2 nak buat dan harapnya ada masa. 2 bulan terkahir adalah sangat busy, i guess. Sebab time tu la nak pergi hantar card jemputan, time tu lah nak double confirm, time tu lah nak pergi fitting and time tu lah kepala ku dah mula serabut.huhu. Nevermind babeh, I already mentally and physically prepared for that moment. Kena fit and healthy. Kena rajin and steady.



Nak DIY ni mesti lah hasilnya berbaloi2.Jangan sampai kos tu lagi tinggi dari harga pasaran. Dan kena pastikan hasil DIY tu cantik & puas hati. Banyak kedai DIY yang provide equipment yang best2 mcm Daiso, Papier Love, Craft Heaven, D'Nata dll. Semua ni kedai favourite FY as a scrapbooker..haha..I scrap and crap almost every week tapi sekarang ni dah slow down. Rindu giler nak pergi kelas scrap book dekat Papier Love, The Curve. InsyaAllah lepas kahwin nak pergi join lagi. Serious best! You guys should go one day.



FY bagi link diy yang boleh u guys refer.Selamat mencuba =)















Sunday, March 11, 2012

Happy Monday!




Last weekend sangat best! My wedding progress naik almost 10%..so, sekarang dah 40% done la kiranya..Alhamdulillah..Hari Sabtu FY & MA pergi midvalley cari gelang untuk batal air sembahyang time nikah.



Pergi singgah Habib dulu sebab cincin merisik & tunang, beli kat habib. Tapi, kecewa nya sebab collection gelang/bracelet tak menarik langsung & tak banyak choice. Mahal sangat pula tu. MA ajak pergi Poh Kong pula, baru la banyak choice..3 kali ganda banyak pilihan dari habib..Puas hati nak memilih..huhu..Sales Assistant pun pandai nak layan FY & MA yang banyak cikadak ni..ye la kan, bukan nya budget beribu-ribu sangat pun. Bajet light2 macam kami ni, kena la cari yg gold yang light2 gak :P



Ada 2 final choice yang berkenan di mata dan di poket, but FY pilih yang more match with my engagement ring. Cincin tunang FY ada bentuk bunga, so gelang pun pilih yang motif bunga gak.hehe. Antara elemen yang paling penting, gelang tu senang nak dipakaikan.hehe..MA prektis banyak kali lah semalam pakaikan kat tangan FY. Segan aku ngan budak Poh Kong tu :P



Then, on Sunday morning, awal2 pagi dapat email from my card vendor. Yippie! am so happy with the draft but of course kena ammend sket sana sini but overall mmg cantik lah..The vendor give me 2 weeks for spell check & amendment..mmg professional la cara kerja dia..tak risau sangat FY dapat vendor yang particular & on time macam ni. He is totally recommended! Nanti FY cerita about the vendor after I receive the physical card on my door step..tapi, FY letak seketul gambar yang FY ambil dekat fb my vendor untuk sama2 jaw dropping..hehe,..Obviously, not my invitation card la kan..hehe..walaupun nama bride tu sama with my name..haha..nama groom je kena tukar..hehe..













thanks a lot

Saturday, March 10, 2012

Korea with love - chapter 1


Annyeonghaseyo! eotteohke jinaeseyo?je ireum eun Farah Yasmin (FY) imnida…hahaha..pandai2 la korang translate..FY pun tak tahu betul ke tak tu..taram je..

Ada B2B dkt group minta FY review tentang trip to Korea.FY pergi Korea on 2007.That time bulan December and winter season. FY pergi dengan my family, my uncle and aunties and my cousins.. Total dalam 12 orang family members.Dah macam rombongan dah.huhu.

Our flight to Incheon via Korean Airlines.From KLIA pukul 11 malam and arrived Seoul on the next day. Perjalanan ambil masa dalam 6 jam (kalau tak silap FY). Dalam flight after serve refreshment, FY tido sampailah flight attendant korea (muka sebiji macam Kim Tae Hee) kejut dengan penuh ke'korean'an (suara comel giler, rasa nak cubit) untuk breakfast. I love Korean Airlines in flight toiletries.Cukup lengkap dgn tooth bursh, tooth paste, lotion and face towel. From Malaysia, my family dah request halal food. Alhamdulillah makanan pun sedap.

Takde problem pun dekat airport. Tapi rasa nya masa tu, banyak flight landing dekat Incheon, so queue untuk international passport a lil bit long. At the airport juga, the tour leader suruh tukar winter clothing coz at that time weather 5 degrees. Toilet dekat Korea semua nya bersih dan cantik tapi standard lah takde air. Kena spare botol air mineral dalam beg untuk ber'istinjak..huhu.

Our first day, kami pergi visit Gyeongbok Place, National Folk Museum and Presidential Blue House. Gyeongbok Place tu tempat raja-raja korea dulu. Kalau tengok cerita korea yang pasal raja2 ni, mostly shooting kat sini lah. Don't ask me about korea history, langsung ku tak tahu menahu. Berdekatan dengan GP, is National Folk Museum. Dalam muzium dah cerita pasal sejarah2 korea ni, adat, tamadun, seni bina, ekonomi, perang dan lain2. Muzium yang cantik dan lengkap. Jangan lupa beli souvenior dkt gift shop :P hehe. Lepas tu, singgah Presidential Blue House (rumah PM Korea). Singgah tengok dari luar jerr..Bukan leh dapat lepak minum & makan Ramen pun.

Tour leader bawa makan dekat restoran Pakistan dekat area Itaewon. Di sini memang banyak sangat kedai halal food.Boleh juga sembahyang dekat Seoul Central Mosque.Along the way, ada macam2 restauran halal dan kedai runcit. Just for sharing, FY ada beli kebab kat sana harga dalam 3,000 won.

After makan dan solat, kami jalan2 sekejap area Itaewon. Not bad juga shopping kat sini. Banyak kedai kasut dan kedai baju. Hard Rock Cafe terletak dkt kawasan Itaewon. FY memang mengumpul t-shirt HRC and sempat beli time last day dekat sini.

Petang nya, kami terus di bawa ke Nami Island- the famous winter sonata shooting place. Arrived almost 5 and sempat catch ferry ke Nami Island. Ramai sangat orang masa tu. Kalau tak di uruskan oleh travel agent, mmg lama nak beratur naik ferry.

Sampai2 je dekat Nami Island, lagu winter sonata pun berkumandang non stop. Sayang nya, takde snow masa tu. Yang ada hanya ice :P Nami Island memang cantik seperti yang kita tengok dalam cerita Winter Sonata. Ada banyak sangat gambar Bae Yong Joon (Kang Joon Sang) & Choo Ji Woo (Jeong Yoo Jin). Boleh juga nak sewa basikal for 30 minit pusing2 Nami Island. Single ride for 3000 won and couple bride is for 6000 won. Kalau family bicycle 10 000 won. Kami tak sewa pun sebab jalan kaki dah cukup best. Sila kawal mata dekat sini sebab banyak sangat aksi terlarang. haha.

Anyway, this is my family =)



my parents and 4 brothers


the rest of my family members for Korea trip

Then malam nya, kitorang terus pergi ski resort - Deaemyung Vivaldi Park Ski World Resort. For your info, ada banyak lagi choice ski resort dekat Korea. It depends on the location and budget. for our trip, memang semua dah masuk dalam pakej tapi half board. Half board bermaksud, meals hanya disediakan di waktu2 tertentu. Kadang2 dia suruh pergi cari sendiri. Selalunya, kalau pergi oversea trip, my family bawa bekal dari Malaysia macam bawa serunding, sambal ikan bilis, beras, nasi impit, telur rebus dan ikan masin. Sangat susah nak cari halal food outside Seoul especially dkt ski resort. Kesian tengok travel members yang lain sebab supermarket dkt sini, takde jual halal food dan agak pricey.

to be continued…..sarang hae

Friday, March 9, 2012

MUA yang kurenggggggggg dan kekwat

FY cukup pantang dengan businessman & businesswoman yang kureng menghormati client. Lagi2 kalau business dia tu baru setahun jagung tapi kekwat nyeeee..nauzubillah..FY tak sangka lah dengan attitude dia ni. Muka cantik, suci murni, pakai hijab tapi mulut keji.

Al kisahnya begini….

FY saja2 search make up dalam facebook sampai ke page MUA kekwat ni..FY berminat la nak ambil dia sebab my friend recommended her. Bila FY tengok hasil make up time majlis tunang kawan FY tu nampak ok la..Nak kata cantik sangat tu, takde..Tapi as long as tak nampak mcm opera cina tu kira orite la di mata FY.

So, FY pm la dia dekat facebook.Dia reply cepat.FY sukaaaa kalau tanya kat facebook then dapat quick reply ni..Tapi, dekat dalam msg tu dah nampak ke'kekwat'annyer! ayat2 nya agak kasar dan menyentapkannnn..

FY faham dia student dan study dekat Melaka tapi stay dekat selangor.. Dia cakap on the date yang FY nak guna khidmat dia, dia baru start sem dkt uni. So, FY just tanye " Awak charge transportation nanti from Melaka ke?" then she said, "YE, FROM MELAKA LAH"..Orite, FY sangat memahami la dia sebagai student memanglah kena berkira transportation dari melaka and bila FY congak2 my budget macam tak sesuai dengan rate tu, so FY terpaksa la cakap tak dapat nak ambil dia. Sebab FY boleh cari lagi ramai mua kat kl & selangor yang available.

So, FY continue search mua dekat group fb - mua is make up artist (malaysia)..You olls nak tahuuuu..FY nampak post mua kekwat ni perli2 client which is me!! memang dia perli FY pun sebab bila FY tengok post tu baru lagi means right after i tak jadi ambil make up dengan dia. Memang sah2 la dia perli FY kan!! yang tukang menambah perisa dalam post tu pun, mulut puaka sama je..Sumpah FY sentap! macam la aku heran sangat dengan make up kau. FY deal dengan kak liza assistant saidatul nisa tu berjuta2 lemon lagi senang lah.

Kalau macam ni lah attitude nak berbisnes, memang cepat lingkup..Attitude zero! Not professional at all..tak pandai jaga hati client..menjaja dan mengata client sana sini akan memakan diri sendiri.

FY tak nak publish nama mua tu dekat blog ni atas sebab FY masih lagi ada hati dan perasaan sesama Melayu dan sesama Islam. Niat FY nak menyedarkan dekat semua wedding vendor supaya tak kekwat sangat. Rezeki tu Allah yang bagi. So, bersyukur dan be humble.


Thursday, March 8, 2012

oh baju nikah


Banyak sangat design dalam kepala ni untuk style baju nikah. Alhamdulillah dah finalize pun dengan my beloved designer, Nazreen Idris. Seronok sangat kerja dengan dia ni. Professional yet very2 humble. Antara design yang FY suka :












dilema ok!! banyak gile pilihan yg menawan qalbu..huhu

credit pics to Hatta Dolmat, Zery Zamry, Rizman Ruzaini,Nurita Harith, Sheila Mohamad and Khairi Sufi

Tuesday, March 6, 2012

One Dream Veil Contest



ONE DREAM VEIL CONTEST


Ada 2 orang tag FY ; Picairin & Nisa Shafie.Thanks dearies =)


FY suka veil yang ada flowery and crystal detailings macam pics kat bawah ni




credit to Hatta Dolmat pics




credit to google


Sweet~Unique~Dreamy


FY nak tag Jamme & Epa


Monday, March 5, 2012

AWC


hari ni FY takde monday blues sebab FY cuti !! hehe..seronok giler cuti hari isnin =) cuti2 pun ada matlamat tau..bukan cuti2 suka hati aku je..cuti2 kena settle macam2 perkara. Tadi 1st appointment FY dengan pelamins & hantarans decorator and dress maker =)


Alhamdulillah, perbincangan yang sangat best walaupun tadi terlewat sedikit sebab my parents ada kerja. Appointment pukul 3 terlajak 3.30..hehe..Tak susah pun nak cari butik AWC ni..dekat Pandan Indah je.Kalau pergi bukan waktu orang tgh balik kerja memang best sebab tak jam. AWC pun prefer new client datang time weekdays petang. Weekend mmg diorang bz la dengan wedding job.



AWC punya butik bukan kat shop lot..AWC buat house boutiuqe but it looks nice! simple yet fabulous.













omg ..shoesssss!!!!!






sorry camera ipad cikai ni tak capture baju cantik ni lawa2..huhu








super nice dress collection!!!



FY suka idea AWC..dia sangat berterus terang..Sesetengah orang maybe tak boleh nak terima cara AWC tapi FY percaya yang AWC mahukan yang terbaik utk client2 nya. Banyak lah FY bertukar-tukar idea dgn AWC.








itu mama FY, my brother Eki n AWC



Tunang FY tak dapat join sebab dia presentation kat office. Nanti FY and MA akan jumpe AWC for 2nd time untuk ambil ukuran baju bersanding.





Thanks Ari Wedding Couture

Sunday, March 4, 2012

Trivia my engagement


Happy monday pretty ladies!! eh ade ke lelaki baca blog kawen2 ni? hehe..ada!! my friend time sekolah rendah..Jijie nama nya..Groom to be this year..Hari tu terkejut dapat bbm dia tanye " kau ke FY?"..haha..haruslah sepraisss bile lelaki yang tanye begitu..kalau perempuan, FY still boleh faham lagi..lol..ini lelaki baca blog bride-to-be, memang agak peliks disitu..whatever lah, thanks Jijie for reading this picisan blog..huhu.happy preparation to you =) since dia dah start baca blog FY, selalu je jijie tanya pendapat kat FY..FY tolong je mana yang boleh..insyaAllah.

Orite, back to the topic, hari ni FY nak list down trivia masa engagement.Ada 7 semuanya.

~Pelamin FY dibuat oleh Weddings by Sher. WBS team datang pasang on Saturday. majlis FY hari ahad. WBS team pasang dari pukul 6 petang sampai 9 malam. After maghrib, tiba-tiba rumah black out.. Gila lahh..cuak betul..rupanya ada wire short..panggil jiran yang terror wiring, alhamdulillah boleh fix..

~FY buat giant pin wheel untuk outdoor session selepas sembahyang subuh on the day of my engagement.Tak silap dalam pukul 6.30 pagi..hehe..plan nak buat dah lama tapi sibuk sangat sampai terlupa..Paper tu FY beli dekat my favourite scrapbook shop at The Curve ~ Papier Love..dah 3 tahun jadi regular customer kat sini ;)

~Rombongan pihak lelaki dah sampai awal (11.30 pagi) tapi diorang stay dekat masjid sementara tunggu kawan2 MA yang bawa hantaran. dan paling mengejutkan, skrip wakil lelaki boleh pulak tertinggal dekat rumah. MA cepat2 call FY suruh tulis something atas paper and minta tolong my brother pass the note dekat masjid.. Boleh bayangkan tak, FY dengan baju tunang liplap n bermake up tu tulis cepat2 details pasal tunang and discussion pasal our nikah & reception??haha..memang kerja gila..terpaksa cover dengan family, takut diorang tahu..thanks a lot my bridesmaids..hahaha..love u all..mmuuaahh..and thanks to my short hand skill..hihi

~After discussion kedua2 keluarga, maka diorang pun panggil FY and bridesmaids untuk sarung cincin.. Tapi time tu kitorang tgh camwhoring..memang ter'pause' sket la flow event..hehe..mana nak angkat dulang nye..mana nak jaga step nye..haha..alhamdulillah, my bridesmaids FY bagus2 belaka..Semua pandai behave, jalan sopan santun dan letak my dulang hantaran dengan cantik sekali..During, perjalanan dari bilik FY ke ruang tamu, lagu background ialah dari instrumental OST Tuhan Beri Aku Cinta-link- cun2 je lagu tu habis, FY pun selamat duduk atas pelamin.

~FY tak dapat langsung nak merasa semua dessert dekat candy buffet..yang FY puas rasa is my cousin's delicious macarons and super moist marble cake from my mum's friend..FY teringin sangat nak rasa brownies, rainbow cake, cake pop, carrot cake, cheese tart, fruit tart, cream puff and marshmellow! takpe2, nanti during nikah pun FY nak buat dessert buffet juga. For those yang berminat nak hire Creative Genius Printable, boleh pergi dkt facebook and search.

~Untuk hantaran bunga rampai, FY tak sempat nak cari daun bunga rampai tu..haha..last kopek, pergi rawang cari potpourri..sembur perfume FY sket, jadi lah bunga rampai potpourri modern :P

~During ourdoor photosession tu, sangatlah panas. Keluar rumah nampak mendung, bila sampai je dekat lokasi tu, pergghh panas gile. Kesian tengok OP & OV bermandi peluh. FY jenis tak kuat peluh tapi dah start haus nak air..Tips utk B2B yang buat photography outdoor nanti, sila bawa bekal air byk2..By da way, ramai yang tanya FY kat mana lokasi photoshoot tu. Seriously, tempat tu biasa2 je..nama nya Perigi Tujuh, Serendah. Boleh baca dekat wiki ni untuk lebih info - wikipedia






*credit pic to google*
hasilnya..pic jadi macam ni


boleh nampak tak 7 perigi depan FY & MA tu? hehe

giant pin wheel (DIY last minute) and wooden love box from Reena Yusof

pic by Sukabumixsebol Photography -link fb
video will uploaded on April by Momenthis Production-link fb