Wednesday, May 30, 2012

Honeymoon preparation

All accomodation pergi tempat honeymoon dah book. Walaupun ralat sikit tak dapat stay dekat bilik idaman hati sebab terlambat sket je tapi pihak resort cuba yakinkan yang bilik yang diorang suggest ni pun best jugak.Takpe lah yang penting ada tempat daripada takda langsung kann..Satu lagi accomodation we book thru Agoda je.Pantas,cepat & murah.

We plan to stay at the resort for 3 nights and after that pergi main island for 2 nights. Dekat resort memang nak bersantai-santai merehatkan diri. FY tak book pun any water sports. Maybe pergi swimming, main tennis or sewa snorkelling equipment from the resort. Then dah book restaurant to relax and indulge.Nak shopping pun time dekat main island. Itu pun shopping souvenior je.

Sekarang ni FY tengah menggila beli beach long dress or anything yang cantik pakai dekat pantai. Semalam beli muslimah swimming suit dekat http://www.islamicbajurenang.blogspot.com/ dan beli bikini dekat Asos..huhuhu..kes malu punye pasal nak beli bikini dekat shopping mall..beli online saja..murah pulak tu.. 10 pound je + free shipping..lagi seminggu sampai insyaAllah..

Sun block semua lum beli lagi..baru-baru ni nampak iklan sun block yang macam best,,haruslah mendapatkannya secepat mungkin. Lagi nak beli apa ek utk honeymoon? Oh iyaaa..mesti lah kena bawak banyak makanan. Tak kuasa lah FY nak membazir beli tidbitss mahal dekat pantry hotel..Bawak sendiri lagi best..Melantaklah sepuas hati bersama husband ku nanti..cewahhh..gatal sangat dah ni..



auwwwww...bulan madu di awan & laut biruuuuuuu

Monday, May 28, 2012

2 in 1 story

Salam semua. Sihat? FY kebelakangan ni kepenatan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Last weekend tak dapat rehat dengan secukupnya. Terkejar-kejar pergi wedding kawan-kawan blogger dan kawan lama. Alhamdulillah sempat pergi semua. Thanks for inviting me =)

FY pergi wedding B2B Rina. Tersangat lah gojes Rina pada hari itu. Baju rina yang color dusty pink tu dari Butik Nurin make over. FY pun guna khidmat kak Nurin untuk baju majlis bertandang nanti. Dekat wedding Rina, FY jumpa B2B Azreen. Terima kasih tegur FY yang datang keseorangan..hehe...It was nice to meet you dear!



Time weekend FY memang utilize kan untuk pergi wedding kawan-kawan & buat preparation kahwin. FY dah pergi fitting baju persalinan untuk malam berinai.Ada 7 pasang semuanya..huhu..Ada yang kena alter balik..huhu..special size ler tu :P

Progress baju pun dalam 70% siap.Baju lelaki dah siap sepenuhnya tinggal final fitting je. Ari selalu keep me updated.Terima kasih kerana mengurangkan perasaan bridezilla ku ini.

Ohhh..moments bridezilla yang akan dikenang sepanjang hayat ialah kes kad tak cukup..huhu..Alhamdulillah dapat dibuat dengan kadar segera..FY pergi kedai printing dekat Rawang. Memang bernasib baik kakak2 disitu memahami dan terus buat card tanpa banyak soal.Perasaan ralat sedikit lah sebab kad yang baru buat ni tak sama macam kad yang FY tempah dengan Cahayakad tapi nak buat camna kan? huhu..terima je lah seadanya.Asalkan nama,map & tarikh tu clear pun dah cukup baik.

Next, FY nak selesaikan membeli baju-baju flower girl & boy, benda-benda DIY, setelkan pasal doorgift dan pergi spa. Semoga semua akan berjalan lancar mengikut plan! InsyaAllah

Thursday, May 24, 2012

WAX-ing

Apakah itu waxing? Waxing is a method of semi-permanent hair removal which removes the hair from the root - credit to wikipedia..Dalam bahasa melayu, sesi mencabut bulu-buluan dari akar umbi..wuhuuu..menakutkan tak? hahaha.

Semalam FY dan sepupu pergi buat waxing dekat Blink, Hartamas. We all dah beli voucher dekat groupon last month. My cousin dah pernah buat sekali. From her story, dia cakap sakit dan i mula lah start cuak. Takut la kan. sebelum2 ni selalunya I shave je that 'private part'. This time, nak buat waxing ye you'ollss...Mula lah I meng'google' kesakitan waxing ni.Mostly cakap first time tu sakit sangat. Fuhhhh..I mulalah melancarkan misi mentally prepared.

Before heading to Blink, I cuci my 'private part' dengan hygine..FY rasa malu giler lah first time nak tayang benda alah tu dekat orang tapi what to do..nak beranak pun nanti, nak kena tayang jugak kann..hahaha..Beautician at Blink sangat-sangat professional..I feel comfortable..takda lah takut sangat..Firstly, they ask me to change pakai baju berkemban tu..Then, the beautician suruh I lay down atas katil then terus dia selakkkk..omaigodddd...nasib baik lah lampu malap2 je..hahaha..Dia tanya FY, ni first time ke? I cakap "aah,first time because i'm getting married next month..hehe'..Dia kata "U made a good decision to do this'...Zapppp,dia letak wax yang panas2 kuku dekat my 'private part'..haha..Panas yang tolerable, I must say..After that, dia ambil clean sheets dan tekap-tekap dekat situ, lepas tu..zuppppp..dia tarik cepat-cepat dan tekan sket dekat tempat yang dia wax tu..hahaha..First time memang rasa terkejut tapi I tak jerit..Sakit? sakit la jugak..haha..tapi, sangat sekejap je..then, dia sambung lagi buat sampai betul-betul bersih..So, I thought its done but nottttt..huhu..dia suruh I pusing belakang lak..haha..terus dia sapu wax kat situ then zapppp for the last time..wuhuuuu..and its seriously done!

Alang2 dah buat dekat 'situ'..i cakap nak tambah buat dekat arm pit and upper lips..Buat waxing dekat armpit tak sakit langsung..huhu..Upper lips je sakit sket..So far, apa yang FY boleh bagi tips is go for hard wax.For those yang low pain tolerance, sila makan aspirin or pain killer. And please find professional waxer. The best waxer is fast and make you feel comfortable.FY suggest pergi dekat Blink, Hartamas.


2nd floor, Hartamas Shopping Centre. Lorong menuju kedai ni ialah di antara Starbucks dan Jewellery Shop.

waxing both ur armpits, rm12

waxing your bikini line, rm25

threading your upper lips, rm5

brazillian wax, only rm55

Kalau nak lagi jimat, try cari promo dekat groupon...gooooood luck!


Wednesday, May 23, 2012

cuakkk

Tak tahu la nak cuak betul2 atau nak cuak main2 sebab kad jemputan tak cukup!!! Hari tu order dengan cahayakad 1000 pcs pun tak cukup.Nak kena top up lagi 300 pcs. Kali ni, FY tempah dengan ilikecard. Hopefully dalam masa 3 hari boleh siap
 *cross finger*



Monday, May 21, 2012

apa??? 25 hari lagi ?!!!

INVITATION CARDS

Ya Allah...sekejap nya masa berlalu! Seriously wedding preparation baru 70% progress...sekarang ni tengah busy distribute cards..proses distribute cards ni bukan senang ok..terima kasih sgt2 dekat kawan-kawan yang pantas pm/sms address. Sorry tak dapat nak bagi by hand dekat semua. Tak sempat la u olls..Mana yang dekat-dekat je FY bagi. Itu pun ada lagi yang belum sempat drop by.Tunggu ye =)

WEDDING ATTIRE

Semalam pergi 2nd fitting dengan AWC for baju sanding and 1st fitting dengan Nazreen for baju nikah.  Baju sanding kena kecikkan and baju nikah tu kena longgarkan..haha..boleh tak macam tu? haha. Takpe lah, janji baju tu cantik dan sopan. Oh, FY suka kasut yang AWC buat. Selesa sangat! tapi FY risau sebab heels tu agak tinggi. Hope tak pelik sangat berdiri sebelah bakal husband ku nanti. No teaser ye! haha.FY ni kedekut sket nak teaser2 ni..hehe..

FY still searching baju khatam Quran. Kena pergi SACC Mall jugak la coz kat situ je yang FY familiar beli baju muslimah2 ni..hehe..Susahnya la nak cari jubah/kaftan in dark brown.Boleh bagi suggestion tak nak beli kat mana?

weekend ni pulak nak pergi fitting baju persalinan daerah for malam berinai.FY request 5 pasang baju persalinan. Hope takda masalah lah. FY sewa je dengan butik kawan my mum.

WEDDING SIGNAGE, PROPS & GUEST BOOK

FY order wedding signage and photobooth props from my cousin, Creative Genius Printables. I totally rely on them. FY just email je nak color apa, besar macam mana, bentuk apa dll, and the rest CGP settlekan. For guest book, FY buat DIY. Tengok je la outcome dia nanti. Tak sempat2 nak ambil pic. Lepas kawen, FY story ok.

BEAUTY & HEALTH

I went to pedi medi with B2B Waty dekat Creative Nail Subang Parade.Then, FY ada waxing on thursday. Pergi dengan my cousin. Beli pakej ni dekat groupon..haha..cuak sebenarnya nak pergi waxing ni..hehe..will stroy later..hihi

WEDDING CAKE

FY tempah dengan Marlynn's. search kat FB k. home made cake. Lepas kawen i review k..hehe..

OP & OV

FY hire Picalasso for OP and  Momenthis as my OV. Deposit paid.

DOORGIFT

My mum dah ambil from Kohouku gift. Rasa nak kena tambah lagi ni.Guest list dah increase.


HANTARAN

ada 3 benda je yang belum settle ; baju for me, toilettries for him and chocolate..


ENTERTAINMENT & EMCEE

All booked. Emcee je FY nak dengar diorang rehearsal tapi via phone je la..tak sempat la u olls nak ber-rehearsal secara live.


CATERING

Tak risau langsung sebab my auntie punye catering. hehe.InsyaAllah semuanya bisa diatur.



FY berdoa semoga perjalanan ini di permudahkan-Nya...ameen....be strong and keep calm ! =)

Friday, May 18, 2012

glowing bride

Who doesn't want to be a glowing bride on your wedding day?FY percaya semua wanita sukakan kecantikan dan nak jadi cantik luar dan dalam.Cuba you all bayangkan, pakai baju designer 5 star dan MUA pun yang femes emes TAPI bau badan kurang menyenangkan,kuku terkopek sana sini, nafas pulak berbau..hahaha..Nak jadi pengantin ni, tetamu tengok atas bawah..Kita akan jumpa,peluk cium tetamu (perempuan dan yg mahram je k) dan beramas mesra. So, kita mesti make sure yang kita ni menjadi bride yang segar, wangi & cantik luar dalam.

Banyak kali FY pergi wedding dan masuk bilik pengantin tapi si pengantin perempuan still tak mandi lagi..Dah pukul 10 pun tak mandi2..sampai MUA datang baru terhegeh2 nak mandi..Hello pengantin perempuan, you all tu dah jadi/nak jadi bini orang, kenalah mempersiapkan diri..mandi bersih2..kalau boleh mandi lebih lama sedikit dari biasa..gosok dan sental badan anda terutama di celah2 tu..lepas mandi, pakai lotion,deodrant dan sembur perfume.Ramai bride lupe tentang ini! sadis ok.

Seelok2 nya kalau you all ada bajet lebih, pergi la spa 2 or 3 weeks before. Dekat groupon kan banyak promotion murah2.Spend la sket masa dan duit untuk memanjakan diri. Untuk diri dan bakal suami jugak kan :)

Wednesday, May 16, 2012

menyinga

Ada readers email FY tanya beli apa kat Singapore. Segan la FY nak tunjuk tapi just for sharing, I would to like say kalau nak beli high end product, better beli dekat oversea. Harga murah dari Malaysia, dapat GST refund and sales assistant yang pandai menghormati pelanggan ;)

FY ni takda lah from head to toe, luar dalam semua nak branded. I bought from all over places. Kalau cantik & mampu beli, FY beli. Tak kisah la jenama apa. But I do have my favourite brand & product. FY pun suka online shopping, malaysia website as well as other countries website. Kalau oversea especially UK, FY akan minta my brother yang belikan and deliver to his house. Biasanya kat sana posting charge free je. cheapskate sket FY ni. suka benda free2..hehe..who doesn't rite??

Ok,back to singapore story..FY pergi shopping barang hantaran sket2 kat sana..I went to all shopping malls at Orchard Road and Marina Bay Sands. memang syurga membeli belah but cannot challenge Oxford Street,London & Milan,Italy lah kan..hihi..retail theraphy makes me happy *sumtime not*

I bought wallet for both of us, watch for him, belt for him and tops for me.

Tapi bukan semua from Fendi lah..ada yang beli from other shop. Fendi is my most favourite brand.FY suka initial F tu.cantik!

  

Tuesday, May 15, 2012

Kalau mencari teman, jangan lah memandang luaran, cari yang beriman







Kalau korang dah lama follow blog FY, mesti dah pernah baca yang FY ni die hard fan of Ziana Zain. InsyaAllah kak Ziana akan datang my wedding..Terharu sangat dengan kesudian beliau.Hopefully takda lah last minute job.

Monday, May 14, 2012

1st fitting session with AWC

Harluu my blog friends..FY rasa nervous giler semalam bila on the way pergi jumpa Ari from Ari Wedding Couture for 1st fitting. Tapi nervous hilang sebab kena tempuh jam yang macam %#&#^$%#^ all the way from my office to his place.lols..

We arrived at 8pm. Appointment was made at 6.30pm.huhu..yeah, i know i was late =( Nak buat macam mana, bukan ku pinta terlambat sebegitu but Ari memahami la keadaan.thank you so much!

Masuk2 je his house boutique, I was soo freaking excited to see my wedding dress. Fuhhh..it was 90% of what I imagine. Maybe I tak berapa suka part sleeve tu but Ari convince me to kecikkan. Ehemm, adakah I dah mengurus sedikit? hahaha..we'll see bebeh.

The dress still plain looking lagi coz belum buat patching and beading work yet.Nevermind, think positive. Ada 1 month to go.I believe Ari and his team will deliver his best. Tengok baju yang dah siap semuanya cantik giler ok!!! geram tengok!Next fitting session will be held on 17 May 2012 and after that ada fitting session dengan Nazreen Idris. fuhhhh, mudah2an semuanya ok..insyaAllah.

Sunday, May 13, 2012

nak cari jubah/kaftan for khatam Quran

Tolong FY please! FY tengah cari jubah/kaftan yang sopan dan cantik.Nak color dark brown. FY tak pernah beli jubah/kaftan ready made. Kat mana ek banyak jual jubah cantik2 dan harga yang tak cekik wallet?

So far, I nak terjah butik2 yang I tahu

1- Sri Munawwarah TTDI (dekat gila dengan office)
2- Radiusite (mestilah visit BFF sorang ni)
3- Hurul Ain (pun dekat dengan office)
4- Sugarscarf (thanks Naniehussion for recommend)

Tu je la yang FY tahu...Please2 suggest tempat lain..FY takmo beli online. Takut jubah senteng coz FY agak tinggi :P hihi

nak macam ni kalau boleh..... T____T


Wednesday, May 9, 2012

Engagement Video

Hello quiet wednesday!

You may view my video at vimeo by clicking this link;


p/s : tak berjaya upload dekat blog..dunno why..celik IT sangat kot :PPP

Tuesday, May 8, 2012

pilihan tudung nikah

Tudung nikah pilihan FY mesti lah yang tidak menghalang muncung bakal suami ke dahi.LOL.agak tak cantik bila pakai tudung awning then nampak dlm gambar tudung tu terkepit.That moment should be memorable dan FY taknak tengok gambar sendiri dengan tudung tak cun *cehh,macam la sekarang ni pakai tudung kemas sangat :P "

Ok la..ini adalah beberapa pilihan kalbu FY.

 gorgeous sgt bienda..cantik beadings tudung dia

 seindah gadis melayu

 simple yet nice

paling FY suka!!!! muka bulat boleh pakai ni..nampak bujur sket..betul tak?

Monday, May 7, 2012

Fasha dan Scha

Congratulations to both of them..Such a lovely and super pretty brides





both dressess sangat cantik!! FY paling minat baju songket scha dengan baju nikah fasha.how about u olls?


p/s: credit to beautifulnara,hafiz atan, oh bulan & wel ovefs


Wednesday, May 2, 2012

jangan stress..jom jawab soalan ini

How long have you known each other?
Almost 4 years


How did you meet?
Friendster..hehehe


Where do you go on dates?
several places..from mamak to luxury restaurant
movie date, window shopping and road trips


What type of vacations do you choose?
beach vacation with good food and privacy..lol


What is your favorite restaurant or food?
suka makan ikan bakar dgn lauk kampung yang sedap!
contoh : ikan bakar Jalan Bellamy, ikan bakar Umbai, lembah Kuala Kangsar


What are your hobbies or interests?
scrapbooking
music
movies




What type of music do you like?
pop
dangdut
rock


What type of work do you do? What is your work schedule?
Human Resource Management


What type of education do you have?
Degree in Law & Commerce


Was the wedding proposal a surprise? How was the proposal accomplished?
yang FY ingat la kan..time tu dalam kereta pergi somewhere (maybe the curve)..dia cakap "jom kahwin tahun depan"..hahaha..then i said "Yes!!" ..lepas raya hantar rombongan merisik, bertunang last february then will getting married this June. InsyaAllah


How long have you been engaged?
dah 3 months


What is the most important thing about your wedding?
blessing


What is your definition of a successful or perfect wedding?
everybody happy,enough food & nice weather


What is your definition of a bad or unsuccessful wedding?
rumors


What will your life be like with your new spouse 10 years from now? How many children will you have?
happily ever after with 4 kids

Tuesday, May 1, 2012

hantarans almost done - cake discussion done

Fuhhhh..such a relieved having a short break to Singapore walaupun panas giler habis lencun peluh bersesak dalam MRT.Tujuan utama pergi Singapore memang nak pergi bercuti2 tenangkan fikiran dan beli barang hantaran. Lagipun beli kat Singapore dapat GST  refund and price lebih best kat sini. Sales assistant pun stock2 layan customer baik punya. Entah la,bengang kadang2 terjah butik kat KL ni dengan perangai SA yang kekwat. Tak kuasa mak nak layan.

Hantaran yang tak settle lagi : cincin untuk groom, kasut and chocolate. Yang lain tu semua sudah beres. Seronok shopping kat Spore, banyak sket choice. Terjah je Orchard Road tu, insyaAllah mesti ada yang berkenan. Kalau takde, pergi Marina Bay Sands.

Lepas balik from Spore, I met my cake maker/decorator. Jumpa dkt Citta Mall. Chit chat about the cake and married life.huhu.I receive some tips and advice from her. Lately ni kan, FY suka mintak nasihat from married woman. I dunno why..maybe I just scared! haha..Oh my dear, I'm getting married in 45 days!