Showing posts with label Ari Wedding Couture. Show all posts
Showing posts with label Ari Wedding Couture. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

busy bride to be

harluu harluuu semua. These past few days sangatlah hectic terkejar sana sini. Kerja kat office pun tak berapa fokus. Dalam kepala ni macam2 nak pikir & nak schedule pick up barang2. Bila satu2 dapat settle, lega.Selagi tak settle tu lah yang buat kepala berat.


FY dah finalize pelamin dengan AWC team. FY yang tentukan rangka pelamin tu dan bunga-bunga FY biarkan AWC team yang decide. AWC dah ada butik baru sekarang. Butik AWC terletak di Bandar Baru Ampang. Cantik & cozy sangat.



geramnya tgk koleksi baju AWC!!


shoes collection

Baju FY belum siap lagi..both baju nikah & sanding..Semua akan siap on 14 June..huwaaa..berdebar nyaaa..

Ohh FY dah jumpa jubah nak pakai time khatam quran..beli dekat Torkuaz Jalan TAR. Tapi bukan color dark brown..hehe..janji cantik! hihi



Monday, May 14, 2012

1st fitting session with AWC

Harluu my blog friends..FY rasa nervous giler semalam bila on the way pergi jumpa Ari from Ari Wedding Couture for 1st fitting. Tapi nervous hilang sebab kena tempuh jam yang macam %#&#^$%#^ all the way from my office to his place.lols..

We arrived at 8pm. Appointment was made at 6.30pm.huhu..yeah, i know i was late =( Nak buat macam mana, bukan ku pinta terlambat sebegitu but Ari memahami la keadaan.thank you so much!

Masuk2 je his house boutique, I was soo freaking excited to see my wedding dress. Fuhhh..it was 90% of what I imagine. Maybe I tak berapa suka part sleeve tu but Ari convince me to kecikkan. Ehemm, adakah I dah mengurus sedikit? hahaha..we'll see bebeh.

The dress still plain looking lagi coz belum buat patching and beading work yet.Nevermind, think positive. Ada 1 month to go.I believe Ari and his team will deliver his best. Tengok baju yang dah siap semuanya cantik giler ok!!! geram tengok!Next fitting session will be held on 17 May 2012 and after that ada fitting session dengan Nazreen Idris. fuhhhh, mudah2an semuanya ok..insyaAllah.

Monday, April 2, 2012

Progress with Ari Wedding Couture

Salam kawan2 & readers tersayang especially Ari from AWC. Haha..kantoi pulak semalam Ari cakap dia baca blog FY. So far, my family members and friends tak tahu pun kewujudan blog ni. Malu la nak bagitahu FY ada blog kawen2 kat orang. Nanti di cop poyo pulak macam dia seorang je nak kawen :P


Whatever lah kan, I just blog for sharing information and memory bila dah tua2 nanti..auww sweet..Alhamdulillah sepanjang i berblogging ni takda la anasir2 jahat yang menconteng kat sini..so far,takde mak enon or pak enon yang bermastautin kat ruangan komen tu. dan Alhamdulillah juga so far I takde la nak mengutuk orang tak tentu pasal..I want to maintain my blog ethics dan takmo kacau sensitiviti orang lain. Bab kawen semua orang sensitip wooo..


ok la, ini bukan ruangan luahan perasaan keluh kesah kak esah...FY nak share yang semalam FY ada appointment dengan Ari from AWC. FY seronok dengan diskusi semalam. Ari bagi idea yang best2. Sherry pun sama. Thanks u olls. Can't wait for my big day. hihi.


Semalam pergi buat body & shoes measurement. Guess what? FY reduce my waist and hip measure. Tak payah pakai corset pun boleh..janji kena disiplin tentang makan & exercise regularly. Kalau badan slim tapi tak sihat, masalah jugak tu kan. Kita kena maintain dua2; figure & health. Baru lah balance =) Alhamdulillah.


FY dah tengok kain2 yang Ari beli. Sangat tepat dengan warna yang FY request. Cuma FY risau dengan color lace tu je. Ari yakinkan FY yang tailor dia akan tambah beads yang macam FY imagine. Yang lain semua takde problem. Kasut pun FY dah try kat sana dan kasut yang Ari provide cantik & selesa. Hopefully kasut FY nanti akan cantik macam shoes yang display tu.Ari pesan lebih baik takyah pakai inai kat kaki tapi FY still considering idea tu.hehe..ampun :P


Baju2 baru kat butik AWC semua cantik. Ari cakap kalau nak sewa, dia sewakan RM 1800 utk lelaki dan perempuan berserta aksesori. Kalau berminat, you olls datang lah fitting kat butik AWC di Pandan Indah. Mesti rambang mata! Color2 terbaru kebanyakannnya nude colors like Dusty Pink, Peach, Champange and Off white.

Monday, March 5, 2012

AWC


hari ni FY takde monday blues sebab FY cuti !! hehe..seronok giler cuti hari isnin =) cuti2 pun ada matlamat tau..bukan cuti2 suka hati aku je..cuti2 kena settle macam2 perkara. Tadi 1st appointment FY dengan pelamins & hantarans decorator and dress maker =)


Alhamdulillah, perbincangan yang sangat best walaupun tadi terlewat sedikit sebab my parents ada kerja. Appointment pukul 3 terlajak 3.30..hehe..Tak susah pun nak cari butik AWC ni..dekat Pandan Indah je.Kalau pergi bukan waktu orang tgh balik kerja memang best sebab tak jam. AWC pun prefer new client datang time weekdays petang. Weekend mmg diorang bz la dengan wedding job.



AWC punya butik bukan kat shop lot..AWC buat house boutiuqe but it looks nice! simple yet fabulous.













omg ..shoesssss!!!!!






sorry camera ipad cikai ni tak capture baju cantik ni lawa2..huhu








super nice dress collection!!!



FY suka idea AWC..dia sangat berterus terang..Sesetengah orang maybe tak boleh nak terima cara AWC tapi FY percaya yang AWC mahukan yang terbaik utk client2 nya. Banyak lah FY bertukar-tukar idea dgn AWC.








itu mama FY, my brother Eki n AWC



Tunang FY tak dapat join sebab dia presentation kat office. Nanti FY and MA akan jumpe AWC for 2nd time untuk ambil ukuran baju bersanding.





Thanks Ari Wedding Couture