FY tahu agak advance nak cerita make up untuk nikah,resepsi my side & bertandang. Tapi, kalau korang nak tau kebanyakkan MUA yang best2 dah awal2 kena booked! Ada seorang MUA ni, FY call dia nak book untuk bertunang bulan Feb dah fully booked.Then, she said ada bakal pengantin dah book dia untuk bulan Nov 2012.Oh my god, excited betul ! haha.
Alhamdulillah, FY dapat kak Nurin for my engagement make up nanti. Kak Nurin juga menjadi pilihan kitorang untuk buat baju bertandang.For us, pakej yang dia offer tu memang worth.Rugi rasanya tak ambil.Personally, i love her touch. Dengan pengalaman selama 6 tahun, I believe kak Nurin mahir dengan my skin tone & color apa yang sesuai for me.
Ramai kawan-kawan FY cakap, untunglah duduk area Selangor & KL ni, banyak choice MUA. Iya, memang tak dinafikan. Tapi, kena ingat jugak, harga kat sini boleh tahan rabak poket. Especially for those yang ada experience make up retis or VIP sana sini. Diorang memang demand harga sebab kualiti make up dorang tip top. Contohnya ; Sue Cantik (0mg,love her touch..recently, tgk Yuyu Aziz during her wedding..wow!), Saidatulnisa (Elyana..perfect seri pengantin), kak Awin Seindah Wajah (ramai sangat my friend ambil dengan dia; Ika Radiusite, Dr. Fida, Dr. Nabila, Julia dll) and the list goes on. Price for their service, mostly RM 600 and above. gulpppp!!!Alangkah bagusnya kalau FY ada bakat make up tapi nan hado..nak make up sendiri pun malas..tapiiii teringin nak join make up class..haha..mengada je!
In my head, ada lah few list MUA yang suitable with budget. Of course, semua perempuan. My family and MA tak bagi MUA lelaki although I love Khir Khalid's touch. ok, bye2 MUA lelaki.
Tiada jodoh antara kita *angkat kening ziana zain*..haha..
Berapakah bajet yang ideal untuk make up nikah & majlis korang?FY tak tahu nak cakap macam mana..haha..untuk bertunang, FY allocate RM 500 untuk make up tapi jadi RM 550 sebab tambah rm50 untuk duit minyak sebab my house agak jauh sket dari KL. Erm, I think nak cari make up untuk kahwin nanti yang tak lebih rm800. Ok ke? Risaulah tahun 2012 ni, banyak MUA naik harga..iskkk..mana lah aku nak cekau duit?
Apa yang merisaukan FY sekarang ialah still tak tahu mak andams dekat majlis bertandang di Kuala Kangsar, Perak nanti. Ada tak B2B or ExB2B from Kuala Kangsar or Ipoh atau kawasan yang sewaktu dengannya? So far, FY google dapat satu je butik perkahwinan yang reliable pasal andam mengandam ni.:
D'lailabeauty-salon.blogspot.com
Kalau dah takde apa-apa cadangan or contacts mak andam lain, memang D'lailabeauty-salon la jadi pilihan FY. Tapi, kalau D'laila pun fully book makanya kenalah mintak bantuan sepupu2 ku sayang..hihi
ni lah hasil make up dari butik D'lailabeauty:
sebelum
*tinggg*(amboii,ada bunyi ok! :P)
selepas
sebelum
*pinggg*
selepas
Macamna?Ok tak make up macam ni? or ada B2b or any readers from Perak yang boleh suggest mak andams yang lain dengan harga yang berpatutan.Kalau ada, please please please inform FY k.tq