Showing posts with label ideas. Show all posts
Showing posts with label ideas. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Idea photobooth




Bride to be !!

Cuba lah DIY Photo Booth.

Sometime guest segan nak bergambar dkt pelamin, so photobooth la tempatnya untuk ambil gambar kenang2an.











This is my photobooth..FY DIY dengan cousin.. 

and FY sewakan juga dekat sape2 nak sewa photobooth.







Credit pics to goooooogle ;)





Tuesday, May 14, 2013

dulang hantaran

Berapa banyak ek nak letak dulang hantaran? Bagi FY lah kan, tak perlu banyak2..Buat pening kepala je nak letak apa atas tu plus nanti lagi banyak lah korang nak spend per dulang..

Kalau bertunang tu, letak 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 dah kira ok sgt2..Utk kahwin pulak, 9 berbalas 11 atau pun kalau nak grand lagi 11 berbalas 13..Cukup! FY pernah pergi attend wedding yang hantaran nye 23 berbalas 25..Habis satu ruang tamu penuh dengan dulang..Tetamu duduk luar..haha..

Antara barang2 utk letak atas dulang;

1- Sireh Junjung
2- telekung
3- sejadah
4- Al-Quran
5- Jeweleries
6- Kasut
7- Handbag
8- Kek
10- Manisan
11- Kain pasang
12 - Set make up 
13 - Set mandian
14 - Perfume
15 - Coklat
16 - Buah-buahan
17- Jam
18 - Wallet & Belt
19 - Baju kemeja
20 - Gadjet



Cantik kan dulang hantaran dari Qarmasutra nie ? 

Friday, April 5, 2013

wedding dream cake

Hi all. Sorry lah mcm biskut hap seng sekarang ni. Sekejap aktif blogging, sekejap sepi berhabuk blog ni. Macam ni lah kehidupan wanita yang mempunyai 4 kerjaya. Cewahh..Pertama sebagai Surirumah, Kedua sebagai Recruitment Consultant, Ketiga sebagai Insurance Agent (Prudential )dan baru2 ni menambah kan lagi kerjaya sebagai Wedding Planner. hehe..Alhamdulillah rezeki.

As a wedding planner to my friends actually. Saja suka2 dulu. Cari pengalaman coz they know I love wedding to the bits. I tak kesah pun nak teman sapa2 pergi bridal, jumpa designer dan tolong booking2 ni. Memang kerja favourite FY.

Nanti FY share pasal pergi Qarmasutra wedding studio di Seksyen 7, Shah Alam. Gempak giler!

Sekarang ni nak share pasal trend kek kahwin yang simple, kemas dan sweet.



From La Choette Macaron


Marlynns


Gateauxlicious

and I really miss my wedding cake from Marlynns!! Its my own design and idea


castle cake!



Wednesday, December 5, 2012

comel,unik & kreatif






Kad jemputan adalah first impression kepada majlis perkahwinan anda. Pelbagai warna, reka bentuk dan tema boleh diterapkan untuk menempah kad jemputan. Sentuhan ribbon, lace ataupun bling2 melengkapkan lagi utusan raja sehari.



 Cute and quirky red & white theme

 Lee Chong Wei & Wong Mei Choo wedding invitation..for me its very classy!


 lace !! never get bored of this material..romantic


lace and pearl..vintage looking..


lollipop cards


3D cards..unique 

ini kad jemputan FY..FY simpan satu untuk koleksi sendiri..FY tempah dengan Cahaya Kad dari Sarawak..boleh search dekat fb: Cahaya Kad.








Pastikan map dan ada GPS Code lengkap & betul =)

Monday, October 8, 2012

peplum design

Bosan dengan kurung moden?kebaya pendek?kebaya labuh?baju kurung pesak? Sekarang ni trend baju kurung peplum memang tengah 'in'. Baju kurung peplum sesuai sangat untuk mereka yang tidak berperut leper..whoooppsss :P

Kalau yang tak tahu apa itu design peplum..Meh FY story sket ye..peplum ni adalah design short over-skirt yang attached dengan top at waist line..seolah2 nya kita pakai short skirt ala2 sailormoon..whoaa...kat bawah ni contoh2 design peplum..design ni sesuai untuk uolls yang tinggi dan kecik molek..disamping itu juga, design ini sangat sopan dan comel.









Untuk hari nikah, FY tempah baju kurung peplum dengan favourite designner, Nazreen Idris. Sesuai sgt pakai design ni bila duduk bersimpuh..tersorok lah sket spare tyre..hehe..




Ada juga brides lain yang guna design peplum untuk baju kahwin/tunang seperti Irine Nadia Marcello.Arma Wedding Couture yang buat baju Irine.



Scha Al-Yahya pilih material songket dan design peplum..sangat2 lah cantik & eksklusif.Love the colors..Peacock green



Vivy Sofinas Yusuf pun memilih peplum design for her engagement day. The outfit is from InnaiRed.




Thursday, April 19, 2012

tangan berbunga-bungaaaa

Bagi FY, hand bouquet (HB) adalah aksesori yang penting untuk setiap pengantin. FY suka tengok berbagai jenis bunga,warna dan material HB. Tahu kah korang bahawa ada banyak bentuk HB ni ? (ayat ensiklopedia sangat T__T)










1- Nosegay HB (siapa lah yang bagi nama HB ni? duhhh) or nama lain nya, tussie mussie.HB ni berbentul bulat dan am sure mostly bride sesuai dgn bentuk HB ni. Dia lebih kurang round HB gak.



sweet sgt..credit to shajaratul design



2- Cascade HB. Pengantin lama-lama zaman mak-mak kita popular dengan cascade HB ni. Bunga dia memanjang ke bawah. Jangan sampai bunga tu panjang sampai paras lutut sudah. pelik sangat nanti :P Cascade HB ni pun lebih kurang teardrop hand bouqet. adik beradik gitu.











cascade HB







Teardrop HB




3- Presentation/Arm HB. Bunga yang sesuai buat style ni, calla lillies, orchid or bunga matahari. Kalau you all punya wedding dress jenis yang kuncup means tak kembang2 or flowy, sesuai lah pakai ni. Nampak elegant sangat tau!







4- Spray HB. Bentuk 3 segi.selekeh sket la kalau tengok. hahaha..








Time tunang FY pakai HB from Tassel Brooch Bouquet. Agak kecik la HB tu. Tapi cantik! Kalau pakai time kawen je tak berapa cun dengan size comel macam tu but many people like it.


Untuk nikah FY rasa nak pakai style arm hb and untuk my reception pakai nosegay. For groom's side, I think nak guna pomander style..Verangan lagi u ollss!!hehe


FY suka juga jenis HB yang peliks2 selain brooch, ada guna felt macam ni;








Tapi bukan bentuk felt macam ni la kan..hahaha..mengucap panjang mak I kalau tengok ni..mau dia suh I petik bunga kertas buat HB.Kalau takde bunga kertas, bunga lalang pun jadik kot



HB unik yang lain macam guna kertas & feather..tapi make sure dress korang sesuai dengan jenis HB ni ye.Jangan sampai baju rosak pulak or tak kena gaya. One more thing, kita kena handle HB with style. haruslah confident and jalan dengan penuh sopan ala2 ratu cantik gitu.





paper HB




feather HB (boleh beli bulu ayams sekarang! ataupun cilok mak punye..haha..tak baik ok cilok mencilok)