Showing posts with label hal bertandang. Show all posts
Showing posts with label hal bertandang. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

mak andams


FY tahu agak advance nak cerita make up untuk nikah,resepsi my side & bertandang. Tapi, kalau korang nak tau kebanyakkan MUA yang best2 dah awal2 kena booked! Ada seorang MUA ni, FY call dia nak book untuk bertunang bulan Feb dah fully booked.Then, she said ada bakal pengantin dah book dia untuk bulan Nov 2012.Oh my god, excited betul ! haha.

Alhamdulillah, FY dapat kak Nurin for my engagement make up nanti. Kak Nurin juga menjadi pilihan kitorang untuk buat baju bertandang.For us, pakej yang dia offer tu memang worth.Rugi rasanya tak ambil.Personally, i love her touch. Dengan pengalaman selama 6 tahun, I believe kak Nurin mahir dengan my skin tone & color apa yang sesuai for me.

Ramai kawan-kawan FY cakap, untunglah duduk area Selangor & KL ni, banyak choice MUA. Iya, memang tak dinafikan. Tapi, kena ingat jugak, harga kat sini boleh tahan rabak poket. Especially for those yang ada experience make up retis or VIP sana sini. Diorang memang demand harga sebab kualiti make up dorang tip top. Contohnya ; Sue Cantik (0mg,love her touch..recently, tgk Yuyu Aziz during her wedding..wow!), Saidatulnisa (Elyana..perfect seri pengantin), kak Awin Seindah Wajah (ramai sangat my friend ambil dengan dia; Ika Radiusite, Dr. Fida, Dr. Nabila, Julia dll) and the list goes on. Price for their service, mostly RM 600 and above. gulpppp!!!Alangkah bagusnya kalau FY ada bakat make up tapi nan hado..nak make up sendiri pun malas..tapiiii teringin nak join make up class..haha..mengada je!

In my head, ada lah few list MUA yang suitable with budget. Of course, semua perempuan. My family and MA tak bagi MUA lelaki although I love Khir Khalid's touch. ok, bye2 MUA lelaki.
Tiada jodoh antara kita *angkat kening ziana zain*..haha..

Berapakah bajet yang ideal untuk make up nikah & majlis korang?FY tak tahu nak cakap macam mana..haha..untuk bertunang, FY allocate RM 500 untuk make up tapi jadi RM 550 sebab tambah rm50 untuk duit minyak sebab my house agak jauh sket dari KL. Erm, I think nak cari make up untuk kahwin nanti yang tak lebih rm800. Ok ke? Risaulah tahun 2012 ni, banyak MUA naik harga..iskkk..mana lah aku nak cekau duit?

Apa yang merisaukan FY sekarang ialah still tak tahu mak andams dekat majlis bertandang di Kuala Kangsar, Perak nanti. Ada tak B2B or ExB2B from Kuala Kangsar or Ipoh atau kawasan yang sewaktu dengannya? So far, FY google dapat satu je butik perkahwinan yang reliable pasal andam mengandam ni.:

D'lailabeauty-salon.blogspot.com

Kalau dah takde apa-apa cadangan or contacts mak andam lain, memang D'lailabeauty-salon la jadi pilihan FY. Tapi, kalau D'laila pun fully book makanya kenalah mintak bantuan sepupu2 ku sayang..hihi

ni lah hasil make up dari butik D'lailabeauty:



sebelum

*tinggg*(amboii,ada bunyi ok! :P)

selepas



sebelum

*pinggg*

selepas

Macamna?Ok tak make up macam ni? or ada B2b or any readers from Perak yang boleh suggest mak andams yang lain dengan harga yang berpatutan.Kalau ada, please please please inform FY k.tq




Tuesday, December 6, 2011

Baju bertandang : done !


Bila FY cerita dengan MA pasal promo RM 1000 from Nurin Makeover tu, dia terus cakap ok, proceed! hehe..memang masuk dengan bajet MA..lagipun nak cari masa pergi Ipoh cari butik kahwin tu macam ada kekangan masa lak..

FY & MA datang butik Nurin dekat Sri Rampai, Wangsa Maju dalam pukul 3 petang. FY boleh lak tertinggal majalah pengantin dekat rumah padahal malam sebelum tu dah study dah nak design mcm mana..sib baik lah kak butik dia banyak majalah pengantin.. selak2 mana color yg kitorang nak & design yg kitorang suka then discuss dengan Nurin. FY suka sangat deal ngan Nurin sebab dia friendly, terima idea kitorang & bagi option yang best.

Kak Nurin mintak deposit RM 500 je. Hopefully color yang kitorang mintak tu ada lah. MA yang pilih color tu. Susah nak describe color yang dia pilih.Nak kata silver bukan, purple pun bukan, biru ke bukan, grey pun bukan..hahahaha..adohai boyfriend ku..mmg banyak songeh you ni..hehe.

pakej tu termasuk dengan baju lelaki jugak, aksesori (veil,tiara, brooch,keris), kasut perempuan & hand bouquet..berbaloi2 kan?

design kasut pilihan FY yang ni..hehe:


credit to : Ellacanada.com

Syukur sangat2 sebab banyak gak benda dah settlekan.. FY nak tanya, boleh tak suggest mak andam area Ipoh atau Kuala Kangsar yang best2? FY nak perempuan tulen ye..separuh2 ni bakal suamiku tak bagi..hehe..