Showing posts with label kursus kahwin. Show all posts
Showing posts with label kursus kahwin. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

kurus kawen (kurus sangat lahhh)

hye! selamat hari isnin..sumpah FY rasa satu minggu tu mcm 3 hari je.masa berlari pantas.sprinter ke ape masa ni.sekejap je dah masuk bulan 4.FY rasa baru je hari tu tengok bunga api dari tingkap rumah malam new year.ish ish ishh.





kurus kawen last weekend mmg best!!!! tak sia-sia pergi.banyak info,panduan, nasihat dan tips berguna yang FY dan tunang dapat.cewahh..padahal tunang aku over ok dalam kelas tu..tiba2 suka volunteer itu ini..terus famous satu kelas kenal.jeles mak! but i'm proud of him..tak paham je terus tanya. senang direct gitu..






penceramah2 semua bagus! kelakar2 belaka..senak perut gelak..dannnnn ada juga satu slot bersama ustazah tu, aku nangihhhh..perghh tersentuh hati nurani.tak caya, u olls pergi la kurus kat situ..FY pun suka organizer nya iaitu Astana Mukmin ; Encik Azmal dan lain-lain.Sangat2 lah banyak membantu,peramah dan menjaga kebajikan peserta.Terima kasih banyak-banyak.





bab makan pun alhamdulillah. sedap2 belaka.makan buffet ok!! bukan sembarangan lauk..semua ada;ayam,ikan,lala,sayur mcm jenis,kuih,buah dll. puas hati beb. tempat makan pun bersih dan pastinya halal dan juga selesa.





FY sangatlah recommend mana2 pasangan atau sesiapa saja yang pergi kursus kahwin, boleh la join dekat Astana Mukmin. Tempat nya senang nak cari, kelas yang selesa, organizer nya efisyen, ada surau, tempat parking senang, tempat makan best dan penceramah2 yang ceria & mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas. Alhamdulillah.








p/s: sorry takde pics..FY kusyuk dengar ceramah ustaz & ustazah =)

Tuesday, March 20, 2012

kursus kurus

Haha..bukan pasal kursus untuk menjadi kurus pun..Tak pernah dalam sejarah hidup pergi kursus untuk kurus.Letak tajuk begitu sebab semasa menaip entry ini,asik silap tulis kursus = kurus.macam tu la ceritanya..Actually,impian semasa lepak bersama pakwe (sekarang dah tunang tau *senyum simpul*) dekat Wangsa Walk dulu Alhamdulillah akan menjadi realiti.Impian ape? huhu.impian nak pergi kursus kahwin dekat2 Wangsa Walk - Astana Mukmin. Dulu FY saja je gurau dengan dia pasal nak pergi kursus kahwin kat sini.Semalam dia call dan cakap dah book seat for 2. Sekarang ni semua nak kena book dulu..Tak boleh dah nak walk-in..Silap2 kena walk-away sebab seat dah full :P


Kenapa FY memilih kat sini? Ia bukan sekadar impian semata2..Tapi hasil review kawan2 rapat yang pernah pergi sini dan hasil research FY juga. Nak pergi kursus kahwin ni mesti lah pastikan tempat tersebut mendapat pengiktirafan JAKIM. Kita juga kena pastikan tempat tu mempunyai penceramah2 yang best supaya tak mengantuk dalam kelas..hehe..Jadual kursus pun sangat sesuai dengan masa kerja MA. Setiap sabtu pagi dia ada meeting. So, memang tak boleh kacau time tu.


Dekat Astana Mukmin, waktu kursus ialah ;


Sabtu : 2.30 ptg - 6.45 ptg


Ahad : 9.00pagi - 6.45 ptg


Bayaran : RM 80 (termasuk makan buffet you ollss, alatulis, file dll)


Lokasi : tengok peta ni










jom la B2B ke sape2 ke yang belum pergi kursus kahwin..FY pergi 31 March & 1 April =)