Showing posts with label keluh kesah kak esah. Show all posts
Showing posts with label keluh kesah kak esah. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Cara Bahagi Gaji

Semakin hari semakin mencabar kan hidup ni? Macam2 benda naik..petrol naik, bil elektrik naik, tol naik, harga makan minum naik..semua pun melambung..haihh..melampau2 kan..gaji takde lak melambung naik..nasib2..

FY nak share tips dan cara bahagi gaji untuk menjana ekonomi rumahtangga:

1# Gunakan Konsep 1/3
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.

Contoh : Gaji Bersih (lepas tolak EPF, SOCSO & tambah allowance) = RM3000
                
                 1/3 gaji (RM1000) - Bayar hutang seperti hutang kereta (Viva : RM500) , 
                                                   Bayar hutang belajar (PTPTN : RM200)
                                                   Bayar personal loan (RHB Easy : RM300)

                  1/3 gaji (RM1000) - Simpanan tetap 
                                                     ASB (RM200)
                                                     Insurans (RM200)
                                                     Tabung Haji (RM200)
                                                     Akaun Semasa utk kecemasan (RM400)

                   1/3 gaji (RM1000) - Perbelanjaan bulanan
                                                      Petrol & tol (RM300)
                                                      Groceries (RM150)
                                                      Makan (RM300)
                                                      Bill (RM250)
                                                     
                                                                                     
2# Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja. Kalau sekali ter'miss' bayar duit bill/hutang, mmg akan terasa utk bulan seterusnya..Boleh lari bajet bulanan ok.


3# Buka Akaun Berasingan

1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak,
simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan! dan pastikan akaun yg anda menyimpan itu memberi pulangan yang berpatutan.


4# Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB, Insurans dansebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan! FY buat pelaburan dekat Unit Trust, Tabung Haji dan Prudential. Setiap account letak RM200. Untuk Unit Trust melabur guna duit EPF.


5# Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinyasecara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikitwang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut. Yes, betul sangat2..Jangan terpedaya beli barang electric secara installement ni..Kalau lambat bayar, kena interest. FY pernah dengar orang kena blacklist sebab tak bayar installment beli washing machine. So, better kumpul duit sket2 dan beli cash terus. Peace of mind


6# Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!' Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil! FY ada credit card Standard Chartered. FY guna untuk petrol dan shopping groceries sahaja. 


7# Insurans
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak, liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans. Pilih insurans yang bermanfaat untuk anda dan keluarga. Prudential menawarkan pelan serendah RM120 untuk medical card dan RM130 ke atas untuk medical card + clinic card. Contact FY untuk maklumat lanjut. Bagus beli insurans ni. Kita menyimpan sambil melindungi. Kalau kita sakit ke, kita ada back up.


8# Beli Aset Tetap
Aset tetap seperti rumah. Kereta bukan aset tetap ye. Untuk beli rumah ni, kajian demi kajian kena buat. Nak beli kat mana? Dekat dgn tempat kerja suami/isteri? Leasehold?Freehold? Teres? Apartment? Condo? Bungalow? Nak lot tengah ke? Lot tepi? Nak ada swimming pool ke takde? hehe..Semua ni ikut citarasa poket masing2..Yang penting, memang bagus pun beli aset tetap..Nak bayar je memang sakit sket..Nak maintain rumah pun sama..Lagi satu, bila dah beli, kena pikir kos2 renovation, pasang lampu and kipas, grill, kitchen cabinet dan sebagainya...Huhu..semua tu $$$

So, apa azam 2014 korang? Azam FY, haruslah berjimat cermat. Plan nak start masuk rumah sebelum raya..Jadi, kenalah cut off mana yang tak patut. Nak shopping pun berpada2 dan mesti kerja keras! Azam 2014, nak masuk rumah baru dan bersedia nak ada baby. Semoga dipermudahkan-Nya. Ameen


- contoh lain pembahagian gaji-

Wednesday, May 23, 2012

cuakkk

Tak tahu la nak cuak betul2 atau nak cuak main2 sebab kad jemputan tak cukup!!! Hari tu order dengan cahayakad 1000 pcs pun tak cukup.Nak kena top up lagi 300 pcs. Kali ni, FY tempah dengan ilikecard. Hopefully dalam masa 3 hari boleh siap
 *cross finger*



Friday, May 18, 2012

glowing bride

Who doesn't want to be a glowing bride on your wedding day?FY percaya semua wanita sukakan kecantikan dan nak jadi cantik luar dan dalam.Cuba you all bayangkan, pakai baju designer 5 star dan MUA pun yang femes emes TAPI bau badan kurang menyenangkan,kuku terkopek sana sini, nafas pulak berbau..hahaha..Nak jadi pengantin ni, tetamu tengok atas bawah..Kita akan jumpa,peluk cium tetamu (perempuan dan yg mahram je k) dan beramas mesra. So, kita mesti make sure yang kita ni menjadi bride yang segar, wangi & cantik luar dalam.

Banyak kali FY pergi wedding dan masuk bilik pengantin tapi si pengantin perempuan still tak mandi lagi..Dah pukul 10 pun tak mandi2..sampai MUA datang baru terhegeh2 nak mandi..Hello pengantin perempuan, you all tu dah jadi/nak jadi bini orang, kenalah mempersiapkan diri..mandi bersih2..kalau boleh mandi lebih lama sedikit dari biasa..gosok dan sental badan anda terutama di celah2 tu..lepas mandi, pakai lotion,deodrant dan sembur perfume.Ramai bride lupe tentang ini! sadis ok.

Seelok2 nya kalau you all ada bajet lebih, pergi la spa 2 or 3 weeks before. Dekat groupon kan banyak promotion murah2.Spend la sket masa dan duit untuk memanjakan diri. Untuk diri dan bakal suami jugak kan :)

Wednesday, February 1, 2012

hantaran hunting for engagement - DONE!

Cuti semalam sangatlah berkualiti for me and him. Semua barang hantaran dah settle dalam masa 1 hari je. Waiting for send it all to hantaran decorator; Kak Sher & Kak Idieana .

Before pergi hantaran hunting, FY pergi jumpe Reena sekejap dekat The Curve. Seronok sangat lepak gosip dengan dia.Peramah giler Reena ni.hehe..Tapi FY tak boleh nak lepak lama2 sebab nak pergi Jalan TAR and Reena pun nak balik penang.Takpe dear, next time kite jumpa lagi ok =)


abaikan meja bersepah..syok layan mekdi ;)


kat Jalan TAR semalam agak aman sket. Tak ramai orang sangat. Nak membeli pun selesa. We bought baju melayu untuk pakai time bertunang (last minute decide nak pakai baju melayu..cekauu duit tabung lagi..lol), tafsir Al-Quran, sejadah and tudung untuk my dayang2 dulang.

FY ingatkan nak singgah Jakel lagi tapi dilarang tegas dan keras oleh MA..haha..aku ni kalau masuk Jakel susah nak keluar.Mesti terbeli kain.Lagi2 bila SA Jakel tu dah familiar dgn muka ni.Memang pandai je dorang tackle tunjuk kain lawa2.So, kena tahan nafsu sampai after June. Nak dekat puasa baru lah beli utk pakai raya. Sekarang ni kena jimat cermat. Banyakkk lagi duit nak pakai..Bertabahlah!



Tuesday, January 31, 2012

Planning for 1 day

Assalammualaikum

Hyeeeeee =) hehe..hari ni rasa ceria tak tahu pasal apa? mungkin hormon endorphin terlebih..hehe..dan mungkin bsok adalah cuti bagi Kuala Lumpur..wehooo..seronok giler!!

oleh itu, janganlah mensia-siakan cuti, marilah plan nak buat apa and nak pergi mana. Masih ada benda yang harus dibeli dan disettlekan. Weekend ni harus menghantar segala barang2 hantaran ke rumah penggubah hantaran.

Antara barang2 yang belum dibeli ; sejadah, Al-Quran, Towel & chocolate. So, marilah menjejakkan kaki ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Sambil tu, boleh survey2 benda lain jugak.

Lepas tu kita gi KLCC sambil berangan nak beli hantaran utk kahwin pulak..haha..adoyaiii, meroyan la bsok tepi butik. Nak masuk, malu. Dah masuk, segan pulak keluar bawak tangan kosong je. SA kat Malaysia muka kerek2 belaka. Sabar je la dengan attitude dorang ni..Relax la der, jangan pandang orang sebelah mata lah. Menyampah shopping branded items kat Malaysia ni. Diskriminasi sungguh dengan orang yang pakai seliper :P


Tuesday, December 20, 2011

Tukang Tangkap Gambar - Nikah Event


Dilema MUA dah selesai..jeng jeng jeng..nak tahu siapa? tunggu lah..hehe..Sekarang ni ada persimpangan dilema pulak dengan OP for nikah event. FY decide untuk ambil 2 different OP, satu untuk nikah and another one untuk reception.

Calon-calonnya ialah :

1- Piccalasso
First time tgk dorang shoot untuk wedding Zaquan Adha & Ayu Raudhah..oh my, cantiknya!! Paling i suka cara dorang shoot wedding rings..sharp giler..

I dah tanya harga and dis week ada appointment dekat their gallery at Rasta TTDI. Basically, price starts from RM 1900 per event (custom album+ 1 photographer + unlimited snap + 1 dvd raw files + free outdoor).









*credit to piccalasso fb*

Pros : I love the pic tones, good review, friendly photographer, quick reply & nice editing
Cons : pricey sket..takut parents disagree..huhu..tapi nak try nego la time discussion..hehe

2- Daniel Zain

A handsome photographer..hehe..tapi, sadly until now tak reply lagi my email &fb msg..sigh.. FY tak sure berapa rate dia..FY suka gambar2 dia..simple je tapi nice. maybe lense dia mahal..hihi..




*taken from daniel zain fb*
Pros : high quality lense, great pictures, nice editing
Cons : macam lambat je nak respond =((( nak kena call kot..

3- The Photographer
I tengok my friend punye wedding pics macam cantik je tapi belum try tanya pakej dorang bape



4- Bak Hafiz
stunning pics..i think editing dia tak banyak..lebih kurang daniel zain jugak





*credit to bak hafiz website*

5-Peveyhack
i suka tengok pics ex-bride Nawal..cun2..lepas tu, FY tertarik outdoor shooting yang kreatif.






&credit to peveyhack fb*

perghhh shoot panjat pokok tuh dah macam twilight melayu..hehe..shoot dalam hujan for me is so romatica de amor..haha..

So far, itu je yang FY sempat tengok and berkenan. Susah nak describe sebenarnya apa yang FY nak. Senang cite FY suka pics yang tak serabut, nampak romantik, tak over edit, tak noise, and photogtapher tu haruslah pandai bagi directions, ada communication skills yang baik because wedding ni involve byk pihak. Then mestilah ngam & ada chemistry with both of us.

Monday, December 19, 2011

Yang sudah settle and belum settle

I would like to say thank you so much for your lovely comments in the previous entry. FY rasa 'dia' lah pilihan yang terbaik for me..cewahhh..haha..insyaAllah FY akan call dia this week untuk book date.

Last week, FY lupa nak cerita yang FY dah jumpa Sher from Weddings by Sher. FY ambil dia untuk pelamin tunang & hantaran deco. My mum and I went to her house dekat area Danau Kota. Butik dia belum siap lagi, maybe next year siap dah kot. FY memang dah lama follow blog sher. I really adore her work. Flower arrangment nampak kemas & fresh. Although pernah lah sekali FY dengar cerita kurang enak pasal Sher but I still trust her work. FY berserah kepada qada' dan qadarNya.

Kebanyakkan vendor untuk di book for my engagement day dah settle. OP , MUA, Engagement Attire , Pelamin & Hantaran Deco, Kain gadis dulang, Tempah Langsir, Beli Cadar dan catering dah siap bayar deposit. Sekarang ni operasi renovation rumah and bilik untuk siap2 masa tunang dalam proses. By middle of January dah kena siap. FY anak sulung dan satu2nya perempuan, that's why my parents sangat excited for my engagement and wedding day. Thanks Mama & Abah and the rest of my family also BFF my mum yang juga excited for my day. Sangat2 helpful, bagi ideas & nak pergi beli doorgift sama2 nanti.

This week FY rasa nak book OP and survey price untuk OV for my wedding. Ada juga few names in my list. FY share next entry ok. Then, FY pun nak set appointment dengan designer yang FY rasa he's the one untuk buat baju nikah. *korekk tabung* hehe.


Monday, December 12, 2011

berapa bajet?

Soal bajet memang sensitif sket. Ada yang selera tinggi tapi bajet ciput.Ada gak yang duit banyak tapi sayang sangat nak spend untuk wedding, at last orang yang datang tengok macam kedekut nak belanja untuk wedding sendiri.Maybe sebab duit lepas kawen yang lebih diutamakan. or tak suka nak fancy2 pasal majlis kawen, yang penting nikah.

Macam mana pulak yang masih study dah sampai jodoh nak kahwin? Mana dapat duit nak kahwin tu sebab bukan sepuloh dua puloh ringgit nak guna tau untuk kahwin ni.Pergi kursus kahwin je dah 80 ringgit sekarang.Mana nak cari duit nak upah tok kadi, nak beli cincin dan lain2? FY ramai gak kawan2 yang kahwin time study. Ada yang study kat oversea and kawen kat sana. Tertanya2 gak FY mana lah dorang dapat duit untuk kawen ni. Guna duit scholarship ke? keje part time ke? or mak bapak tolong? Bila FY tanya dorang mana dapat keyakinan untuk kawen ni, slumber je dorang cakap "Bila kita nak membina masjid,insyaAllah Allah permudahkan. Rezeki lebih murah & perjalanan tu Alhamdulillah di atur-Nya dengan sempurna".

Betul juga kata member FY tu. Memang murah rezeki dorang especially after married.Dapat kerja best2 and ada yang sambung master & Phd. Seronok tengok cara diorang manage hidup. Sekarang ni pun FY dan MA still memikirkan camne lah hidup berumahtangga nanti dan dah siap2 risau untuk berapakah bajet untuk belanja dapur..hahaha..apekah advance sangat kitorang ni?

BAJET adalah sangat penting. Fail to plan is plan to fail. True enough! So, sejak mula serius untuk plan merisik, tunang & kahwin tahun lepas, both of us dah start menabung RM 200 seorang sebulan. So, total RM 400 sebulan. Nampak macam senang kan tapi susah weyh especially bila dua2 dah gedik nak beli kereta. Tapi MA je beli dulu sebab dia keje dulu. FY tak layak lagi nak beli kereta sendiri. Pakai je la myvi hadiah kenangan dapat score time A Level dulu. Sedih tak dapat pergi oversea disebabkan tak banyak scholars nak taja untuk law student..sobsss..parents pun takde bajet nak hantar FY pergi sana lantas ditakdirkan jadi student MSU Shah Alam.Hehe.

Kalau nak cerita bajet yang paling ideal tu susah nak cakap kan.Well, it depends dengan macam2 perkara seperti jumlah jemputan, citarasa, & keperluan. Kalau jemputan lebih 1000 orang, memang bajet agak tinggi. Citarasa tu kalau boleh berpada-pada..Tak boleh kalau you bajet pelamin 2 ribu je tapi ada hati nak hire Nas Great Ideas atau pun Flora Etc..Memang tak dapek mak nak nolong nye. Kita juga kena pandai bezakan kehendak dan keperluan. Contoh nya kalau bajet tight tu, tak payah la nak ber-candy buffet bagai. Lebih elok simpan duit tu untuk hidup selepas kahwin sebab candy buffet tu bukan wajib pun. Takde isu la orang nak mengata kalau tak buat candy buffet. Tapi, kalau ada bajet, apa salahnya kan =)


Friday, November 11, 2011

11-11-11

Memang cun tarikh ni..So,congrats for all newly weds especially my friends, Uzair & Cherry dan Budi & Fida@Miszlullaby. All the best for your future undertakings and may your marriage will be last long until Jannah, InsyaAllah.

Starting by tomorrow sampailah new year, boleh katakan every weekend ada wedding invitations. Kena pandai bahagikan masa sebab kadang2 satu hari tu sampai 2 atau 3 majlis. November and December memang hot picks untuk hari bahagia ni kan.

Preparation FY untuk bertunang so far Alhamdulillah. FY risau je dengan vendor pelamin & hantaran yang tak dapat nak fix appointment lagi sebab dia busy dengan wedding 11-11-11 and 12-11-11 ni la..Sebelum hujung bulan Nov,FY mesti dapatkan slot nak 'dating' ngan vendor tersebut. FY tak brapa suka la kerja last minute. FY ada mama je yang boleh teman FY pergi jumpa2 vendor ni.FY takde adik beradik perempuan.Adik-adik semua lelaki dan tak heran pun bab2 pengantin ni..Kakak dia nak tunang/kahwin bila pun entah tahu tarikh ke tak..haha..FY segan nak ajak kawan2 FY sebab tahu dorang bz tapi kalau ada yang perlukan bantuan, InsyaAllah nak mintak tolong gak nanti.Cousin FY,si bakal maid of honor pun FY tak assign any task lagi.

Besok rasanya dapat singgah kejap je Malaysia Wedding Festival dekat Midvalley. Maybe pergi dengan MA sebab parents FY ada wedding dekat Ipoh. Nanti FY review la k apa yang patut. Tungguuuuu..have a great weekend BFF..xoxo