Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

Monday, July 30, 2012

review doorgift

Doorgift khatam Quran

-kain batik
-brooch

Doorgift malam berinai

-bahulu dari Restu Rezeki

Doorgift Nikah

-Kurma in a box

Doorgift reception

- Maruku
-Coin purse for ladies
-Coaster/Frame for men

VIP Table - Bakul sia (dalam letak dodol tiga segi)






Bakul sia yang di beli khas dari Melaka

p/s : Kalau ada yang nak order, FY menerima tempahan



Wednesday, February 22, 2012

doorgift and catering

Kalau boleh FY nak habiskan review pasal engagement this week juga..Banyak lagi nak share pasal progress untuk kahwin..4 months to go ok!! dah tak lama lagi pun..adalah rasa stress sket2..huhu


Ok, back to the topic..for catering, FY tak payah nak pikir banyak2 sebab my auntie sendiri ada buat bisnes restaurant and catering dekat TTDI Jaya, Shah Alam. So, takde sebab lah FY nak pergi catering hunting and buat food testing lagi..hehe..Nak mintak2 discount pun takde hal la..harga sedara mara ;)


My parents request nak nasi minyak and nasi putih..jemputan bertunang ialah 400 pax..so, 200 untuk nasi minyak & 2oo untuk nasi putih. 400 pax mcm ramai je tapi tu semua sedara mara & jiran2 FY and kawan2 rapat je. Family FY rapat dengan sedara mara so macam tak best la kalau tak jemput even untuk bertunang je..


FY dan keluarga sangat bersyukur sebab banyak sedara mara & jiran2 sponsor kuih muih. Free flow je untuk semua orang sampaikan pentunang sendiri tak dapat rasa brownies yang cousin FY buat..ramai cakap sedap!! takpe2..nanti time nikah nak request cousin FY buatkan lagi.

Ini menu time bertunang :



Nasi Minyak

Nasi Putih

Kurma Daging

Ayam Masak Merah

Acar Rampai

Salad

Masak Lemak Ikan Masin & Nenas
Tempe Goreng Jawa

Tumis Asam Daging

Sambal Belacan

Ulam2an

Teh Tarik

Sirap Selasih

Buah2an


Harga jangan tanya lah kat FY sebab tak aci sket harga sedara mara ni..Kalau berminat, boleh je pergi dekat TTDI Jaya, Shah Alam..cari restoran Ami catering (dkt dengan station minyak ESSO) and boleh lah food testing..Memang sedap!!


Orite, enough about catering..Kita review pula pasal doorgift. my family sangat cerewet pasal doorgift apa nak bagi tetamu.huhu.Taknak bagi makanan, taknak bagi barang perhiasan, taknak bagi benda yang ada printed nama pentunang/pengantin dan taknak bagi yang hanya cantik tapi tak praktikal :P


So, pencarian doorgift memang sangat mencabar.Hari2 dok godek google, setiap minggu pergi doorgift hunting, dari GM Klang ke GM KL ke Jalan TAR ke Nilai 3 ke SSF ke KK Home Deco tapi nan hadoo until FY sesat dekat blog Kouhuku Gift


Banyak sangat choice yang menarik kat sini. Kalau nak tengok dengan lebih jelas dan puas, boleh datang kedai dkt Seksyen 13, Shah Alam. satu building dengan Sri Accapella Service Apartment. Sebelah Old Town White Coffee.







FY bagi mirror ni as doorgift =)



semua guest FY suka sangat dapat gift ni











FY letak dalam transparent organza pouch tapi tak letak tq tag pun..lol.



For boys/men, FY bagi tea towel. Beli dekat Nilai 3.









sorry takde pc yang lagi better.


FY letak towel ni dalam kotak yg ada handle.Senang nak pegang.Sorry lagi tak sempat nak ambil towel dalam kotak tu..huhu



Price for

Mirror with organza pouch : RM 2.00

Tea towel with box : RM 2.50




Sunday, December 25, 2011

Hadiah Pintu


Pagi2 lagi dah siap nak gerak pergi cari hadiah pintu. Lokasi yang dicadangkan oleh kawan2 adalah GM Klang. Makanya, hati berkobar2 lah nak pergi.Macam2 barang lah dorang kata kat sana. Dalam kepala dah terbayang, betapa meriahnya GM Klang itu. FY offer diri untuk drive. Biar parents duduk belakang diam2 + ambil nap sekejap.

Sampai je GM Klang, hati pun riang. Tengok besar gila lah bangunan. Paling tak tahan, each bangunan tulis Pavilion 1 sampailah Pavilion 6. Masuk je dengan perasaan eksited tak hingat sebab nak mencari hadiah pintu ni memerlukan pilihan yang banyak.

Masuk Pavilion 1, omg hampeh giler!!! Takde ape2 yang related dengan wedding pun. Mostly jual baju kanak2, hanger2, jubah2, tudung & handbag fake. Tapi bersabar lagi. Dalam hati takpe2, ada lagi 5 PAVILION yang harus diserbu..

Rupanya2 Pavilion 2 sampai 4 pun sama!! Masuk Pavilion 5barulah nampak sebijik kedai jual barang for wedding but sadly choice nye tidak menepati citarasa mak kiterrrrr sebab barang2 kat kedai tu outdated lah...My dad dah bengang lah sket..Well, biasalah lelaki kan..Actually FY enjoy jugak lah sket tengok barang2 lain eventhough unrelated with wedding stuff..Hehe..Sempat lagi merembat sepit rambut, hadiah for my cousin's newborn baby girl, cermin & brooch.

Then, ada lah ternampak satu kedai jual wedding stuff ni macam ok. Barang2 pun lain sket and ada banyak choice. Salesgirl pun friendly. Amoi cinatu tunjuk lah collection doorgift ape yang dorang ada. Kebanyakkan barang2 from China & Korea. Cute2 je. Mama suka lah kalau barang comel2 and ala2 English theme ni.

Kedai tu namanya Kouhuku Gift. Ada blog :http://www.kouhukugift.blogspot.com/. Kat GM ni kedai borong.Yang kedai untuk display ada dekat Seksyen 13, Accapella Apartment. Next to Old Town White Coffee.

FY and parents survey2 doorgift for my engagement & wedding. Ada few choice yang dah finalize & puas hati dengan price yang dia bagi. Boleh give and take amoi tu. Dia layan je kerenah kitorang.Sekejap nak yang ini lah, nak itu lah. Mintak tukar color ribbon lah. Hehe.

Our choice for doorgift is something usable. Tak bagi makanan kot except for VIP(Groom's family). Takde letak dalam paper bag pun & hanyalah satu benda sahaja. Pening lah nak pikir macam2 barang and nak letak dalam paperbag lagi. Menaikkan kos je. Baiklah allocate duit tu untuk lebihkan kepada buffetmakanan wedding nanti.

Ermmm, for those yang tanye FY berbaloi ke pergi GM Klang nak cari barang kahwin, my answer is : TIDAK BERBALOI. Kedai Kouhuku Gift tu je lah yang paling ok. Yang lain tu unrelated betullah dengan wedding. Kalau lah FY tahu, terus pergi Nilai 3 or Jalan TAR je lagi bagus.






*pic kenangan depan GM Klang..hehe*



Sunday, October 30, 2011

Pameran Pengantin SACC




Seronok sangat dapat pergi walaupun datang hari Ahad,hari last..Datang pun dah pukul 2 tapi still meriah lagi.. Masuk-masuk je dah nampak photobooth pameran pengantin & dapat bergambar free..apa lagi kan,FY dengan mama pun gunakan lah peluang yang ada..At least dapat jadi kenangan nanti =)






Lepas dapat gambar yang di print tu, ada announcement pertunjukan fesyen. Decoration Arabian Night memang cantik ala-ala Aladdin castle or Masjid Ubuddiah, Kuala Kangsar =)








The Arabian Princess







Puteri Melayu







Apa yang best bagi FY, semua vendor yang join pameran pengantin ni mostly produk diorang ada kualiti & PR skills pun bagus.Bila FY minta diorang explain, they will explain nicely.Paling FY suka Ari Wedding Couture, Rins Suzana, Suri Weddings, Berkat DN Enterprise, The Photolicious, Mahligai Creative, Creative Elements, LH Media Creative & QTpots.







Alhamdulillah, FY dah booked dais decorator, hall decorator & hantaran deco for both sides untuk our wedding..It means that, for engagement je tak confirm lagi siapa buat pelamin & hantaran..Huhu..Tak awal ke FY book?hehe..actually FY takut price naik tahun depan..kalau book sekarang,ikut harga tahun ni..FY dah baca T&C from 'the vendor' dan berpuas hati dengan harga yang diberi =) Hopefully, takde la ek issue lepas ni.







Selain tu, FY tengok-tengok juga invitation cards, doorgift, photography (I love the photolicious,album kahwin Yasmin Hani lawa sangat!) and pergi try food testing juga. Oh, yang sedap catering pada FY is Marhaba Catering! layanan pun bagus..FY suka sambal sotong dia.






FY tak ambil pic banyak sangat sebab tangan penuh dengan brochure..camera pun tak bawak,pemalas punya pasal.So,snap pakai BB korok ni je..hehe













trinkets box, notepad, tissue cover, pencil holder



cantik tapi pricey sket la vendor ni bagi =((



kat India, murah je tau








chocolates!



macam-macam bentuk,macam-macam warna