Showing posts with label all about nikah. Show all posts
Showing posts with label all about nikah. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

review : meja gula-gula

 
 


FY diy candy buffet sendiri. senang je..guna apa yang ada dekat rumah dan order cheese tart,fancy cookies,vanilla & chocolate muffin,beli sweets dan icing cookies ..thanks mama bagi pinjam jar,serving tray,tin dan alas meja motif ayam..my mum is a vintage and english kitchen collector.

Lepas majlis nikah tu hujan lebat, so tak dapat nak outdoor session. OP suggest shoot dekat dapur mama FY je..LOL..







Sunday, July 8, 2012

cerita nikah

Sabtu,16 June 2012..FY bangun pukul 6.30 pagi..solat subuh,spray air dekat HB,bunga dekat pelamin dan hantaran..Sambil2 tu check balik inai yang dah merah cantik kat tangan dan kaki..senyum puas hati =))

Then, FY makan breakfast.Makan light2 je dulu sebab dah plan 1/2 jam sebelum make up nak makan nasi..Nasi lemak pulak tuhh..wuhuu..Lepas makan, FY pergi set up candy buffet sendiri..Mini candy buffet je..Tak besar macam candy buffet time tunang..Bajet untuk candy buffet tak besar sangat, oleh itu do it yourself je lah jawabnya.

Pukul 8.45 dah siap set up candy buffet.Perut pun rasa lapar dan melantaklah nasi lemak 1 setengah bungkus..haha..langsung tak rasa bersalah..Lepas cuci tangan, tengok2 hantaran jap..Betul2kan apa yang patut..Bila dah rasa semua ok, terus mandi..Dah siap keringkan rambut, ngam2 Kak Suria datang.

Make up session ambil masa dari pukul 9.45 sampai 11.45..Pukul 12, team OP dan OV masuk bilik ambil gambar n video..Rombongan pengantin lelaki datang pukul 12.15 dan majlis ijab dan kabul start pukul 12.30..Para dayang dan panglima pengangkat dulang masuk dulu untuk letak dulang hantaran..Seterusnya ahli keluarga dan tetamu..Bacaan doa dan sedikit kata-kata pembuka dari wakil keluarga FY.

Bila tok kadi panggil FY untuk datang ke depan, memang rasa nervous senervous-nervousnya..Tapiiii, sempat gak FY jeling-jeling manja dekat MA..haha..berani u olls..Dekat atas pelamin tu, FY duduk dengan mama dan adik2 FY. Biasanya pengantin duduk dengan pengapit but FY rasa nak duduk dengan adik beradik dan mama.

Abah yang menikahkan kami..Berkaca-kaca juga lah mata abah masa tu..MA pun sama..Alhamdulillah, lafaz nikah hanya sekali saja..Lancar, tepat dan jelas..Syukur..Akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.


 sneak peak my candy buffet

 ingat! satu kali je ! hehe

 hantaran arrangement





the unforgetable moment







Thursday, July 5, 2012

dulang girls and dulang boys

Kami dah booked cousin and kawan2 untuk jadi dulang girls and boys sejak dari bulan January lagi..After engage bulan February, terus bagi kain untuk buat baju kurung and baju melayu. FY beli kain dekat Jakel. Beli borong sekali gus dengan baju untuk sedara mara. Bajet RM 50 untuk setiap seorang memang cun2 je.

Untuk dulang boys, FY beli kain warna soft yellow.Untuk sampin, FY borong kain pelikat dekat Jalan Masjid India. For my dulang girls, FY beli kain plain color soft yellow untuk baju and indian songket untuk kain. Tudung nya? Beli tudung bawal..Senang belikan tudung bawal coz everybody sesuai dan tahu pakai.

Hantaran kami 9 berbalas 11..Kesemua dulang girls and dulang boys adalah kawan2 & cousin2 FY dan MA.Sampai ada kawan2 yang tak dapat nak ambil jadi dulang girls sebab dah cukup kuota..Rasa macam nak tambah tapi 11 dulang tu pun jenuh nak pikir letak apa..huhu





FY dan hubby mengucapkan berbanyak terima kasih.love you guys


Wednesday, July 4, 2012

Solemnization make up

FY pilih kak Suria as my MUA sebab kak Suria is my ex-office mate. FY close dengan kak Suria and I always wanted my solemnization MUA is someone who is knowing me personally. Pagi sebelum nikah tu, FY rasa sebak sangat. FY anak sulung dan perempuan tunggal dalam keluarga. Rasa sedih tu sangatlah mendalam. Susah nak cakap lah..Time make up tu beberapa kali pause untuk lap air mata..Nasib baiklah kak Suria sangat memahami..

Bagi FY, make up Kak Suria makin lama makin improve. FY suka color blusher yang kak Suria apply. Foundation pun rasa ringan sangat. Yang cons maybe , Kak Suria tak berapa pandai nak pakaikan tudung. But I don't care coz tudung FY sangat behave masa tu..hehe..
















Thursday, December 22, 2011

OP for both side - FINALLY DONE!!


Syukur, Alhamdulillah..last night buat family meeting lagi untuk tunjuk proposal pontential OP. Setiap kali nak buat choice, mesti fy mintak pendapat & appoval my parents even nak pakai duit sendiri..majlis ni bukan hanya FY & MA je..majlis keluarga bersama kan..Bersungguh FY tunjuk kat my parents promotion harga OP, kualiti gambar & contoh album. Ada yang my parents reject for some reasons i.e faktor jarak OP nak datang our house, T&C yangcomplicated etc. Anyway, yang paling FY pentingkan is OP must behave. Majlis nikah nanti kalau boleh pakai baju proper2. No short pelisss..Kalau rasa nak lagi handsome, pakai lah baju melayu..and then, communication kena ada..OP haruslah pandai bagi direction kat pengantin, family, friends and guest especially part free style photo..i loike it..hehe

Bab2 technical ni actually FY tak arif sangat nak mengomen..I leave it tomy brothers and so far dorang agree OP yang FY pilih. So, my choice is



PICCALASSO


They are gonna be my OP for nikah and bride's reception. I choose them because dorang reply email/fb msg cepat. Dorang akan mintak maaf kalau reply lambat and betul2 appreciate client. Masa FY datang gallery dorang dekat Rasta, FY & MA jumpa dengan one of the photographer, Mashelmy. Bagus, peramah and layan je banyak pertanyaan kitorang. Gallery diorang pun sangat comfy.

Mula2 FY plan nak hire different OP untuk nikah and reception tapi bila piccalasso offer pakej dorang untuk 2 event, macam berbaloi pulak so settle je lah dua2 event with them.Tak payah nak pening2.

Then untuk groom's reception at Kuala Kangsar, we choose our dear girl friend, Firza Liyana. Dia freelance photographer..Very2 talented and we really trust her to do the best. Plussss, of course lah dapat harga member2..hehe..

Ni contoh pics yang dia snap






*credit to Firza Liyana FB*

So, apekah dilema lain? haha..Dilema lain is Videographer..FY rasa nak pergi Pameran Pengantin dekat i-City Shah Alam dulu then kalau ada promo best and kena dengan bajet, why not kan?