Showing posts with label MUA. Show all posts
Showing posts with label MUA. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Solemnization make up

FY pilih kak Suria as my MUA sebab kak Suria is my ex-office mate. FY close dengan kak Suria and I always wanted my solemnization MUA is someone who is knowing me personally. Pagi sebelum nikah tu, FY rasa sebak sangat. FY anak sulung dan perempuan tunggal dalam keluarga. Rasa sedih tu sangatlah mendalam. Susah nak cakap lah..Time make up tu beberapa kali pause untuk lap air mata..Nasib baiklah kak Suria sangat memahami..

Bagi FY, make up Kak Suria makin lama makin improve. FY suka color blusher yang kak Suria apply. Foundation pun rasa ringan sangat. Yang cons maybe , Kak Suria tak berapa pandai nak pakaikan tudung. But I don't care coz tudung FY sangat behave masa tu..hehe..
















Sunday, July 1, 2012

review malam berinai

Malam berinai merupakan impian FY sejak dari 1st time tengok gambar my mum kahwin sebab best la dapat tukar baju banyak kali. Kalau bukan time kahwin,bila lagi lah dapat nak merasa pakai baju 7 persalinan macam ni. Baju last sekali, baru lah henna artist iaitu kak Nor datang untuk inaikan FY (next update about inai)

Baju-baju persalinan untuk malam berinai ni FY sewa dari butik kawan my mum di Kuala Kubu Bharu. Kalau tak silap, nama butik perkahwinan tu ialah Butik Perkahwinan Eskay. Setiap sehelai baju complete with accesories, FY sewa RM 100. So, total untuk 7 baju = RM 700.. FY pernah survey juga dekat butik2 lain tapi tak banyak choice dan ada juga yang dah tak provide baju persalinan macam ni.

Untuk make up, FY ambil Kak Hyna Razak dari Sentuhan Hyna Razak. FY search je kat facebook dan terjumpa page kak Nana. Walaupun masih baru dalam industri make up ni tapi kak Nana sangat komited. Datang awal dan selesa sangat make up dengan dia. Harga : RM 150 (make up & transport)..So, totally recommended!

OP malam berinai, Nadia Zahri. Pics yang Nadia ambil belum keluar lagi. Pic kat bawah ni FY ambil dari FB kak Hyna, kawan2 dan saudara mara.









Itu je pics yang FY dapat cari..

List of 7 baju:

1- Sari
2- Jawa
3- Korea
4- Jepun
5- Puteri Perak
6- Gaun
7- Puteri Melaka with sanggul lintang

Sunday, February 19, 2012

engagement make-up review


FY bukan jenis bermake-up sangat. My make up routine is soooo simple. Mula2 pakai toner, day/night cream, eye cream and sun protection cream. Pastu tepek bedak, blusher sket and tenyeh lip ice.Tu jewww..takde maknanya nak pakai eye liner ke, eye shadow ke, shading bagai sume..Bila mood make up datang and tak rushing gi mana2 je FY make up lebih sket.Kalau setakat nak gi Giant tu, tak make up pun FY still confident nak shopping.

FY booked kak Nurin from Nurin makeover sejak bulan October last year. Bajet untuk make up time bertunang hanyalah bawah RM 500 sahaja. Penat gak lah FY blog hopping and survey sana sini utk cari make up artist yg available utk that date. Alhamdulillah dapat kak Nurin terus bayar deposit RM 100.

Kak Nurin sampai rumah FY pukul 9.45 am. FY dah siap2 mandi wangi2 and pakai contact lense..FY pakai contact lense color hitam je. Takut nak berinperimentasi dengan color lain. InsyaAllah untuk kahwin, FY nak pakai grey or honey maybe ;) Mata kecik FY ni kena pakai lense yg color nya menyerlah sket dari hitam.Kalau tidak, bila senyum, tak nampak mata putih..huhu..


ni time hampir2 siap..sorry pic ni amatur yg tangkap..OP2 ki kat belakang tu..tgh cari angle and and angel :P..Kak Nurin letak eye shadow combination of pink purple and grey..

tadaaa..FY suka foundation yang kak nurin letak..rasa ringan..lipstick pun letak color yg sweet..Yang FY tak berapa puas hati pasal shading..nampak lebar sangatlah muka FY..huhu





make up and tudung styling : Nurin Adlina - Nurin Makeover (facebook)


price : RM 500


Wednesday, November 2, 2011

not so Wordless wednesday - Nurin MUA




FY pergi butik Nurin untuk bincang pasal make up & bayar deposit.



Nurin best sangat.Dia bagi tips nak beli jenis kain chiffon untuk buat tudung. Dia cakap beli chiffon yang kualiti tinggi sket supaya tudung senang bentuk dan tak menggelembung bila dia pakaikan nanti.






Address Nurin Makeover Boutique:



Studio, 20-1-1 Jalan Megan Setapak 1,



Taman Megan, Sri Rampai,



Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur






telefon : 012-2690828






harga make up engagement : RM 500



travelling charge : RM 50



















takde ambil pic with Nurin pun sebab FY segan.muka berlemuih lepas balik kerja..hihi :P