Showing posts with label bridesmaid. Show all posts
Showing posts with label bridesmaid. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

dulang girls and dulang boys

Kami dah booked cousin and kawan2 untuk jadi dulang girls and boys sejak dari bulan January lagi..After engage bulan February, terus bagi kain untuk buat baju kurung and baju melayu. FY beli kain dekat Jakel. Beli borong sekali gus dengan baju untuk sedara mara. Bajet RM 50 untuk setiap seorang memang cun2 je.

Untuk dulang boys, FY beli kain warna soft yellow.Untuk sampin, FY borong kain pelikat dekat Jalan Masjid India. For my dulang girls, FY beli kain plain color soft yellow untuk baju and indian songket untuk kain. Tudung nya? Beli tudung bawal..Senang belikan tudung bawal coz everybody sesuai dan tahu pakai.

Hantaran kami 9 berbalas 11..Kesemua dulang girls and dulang boys adalah kawan2 & cousin2 FY dan MA.Sampai ada kawan2 yang tak dapat nak ambil jadi dulang girls sebab dah cukup kuota..Rasa macam nak tambah tapi 11 dulang tu pun jenuh nak pikir letak apa..huhu





FY dan hubby mengucapkan berbanyak terima kasih.love you guys


Wednesday, February 15, 2012

review about bridesmaid attire





Ada ke di antara mereka ini kawan2 korang? LOL..hehe..my bridesmaid are my cousins, good friends and my neighbours.

Kain tu FY beli semeter RM3 dekat Nagoya..Iye, RM 3 jerrr..so, 4 meter = RM 12 untuk seorang bridemaid.Pastu, FY belikan tudung bawal dkt Jalan TAR, beli borong dapat RM 6 sehelai.

So, RM 12 + RM 6 = RM18

RM 18 x 9 orang bridemaids = RM 162

Kos tempahan dorang nak tanggung sendiri..Thank you girls

Kain cotton tanah putih with bunga rose merah n pink tu sangat sweet ok..Walaupun harganya RM3 tapi best je pakai. Tak panas pun.

FY sangat2 berterima kasih kat my bridesmaid.Tolong FY cool down kan diri sebab a lil bit nervous..Hahahaha..and sudi handle my dulang hantaran with love and care.






Tuesday, December 27, 2011

The Bridemaids


I love wedding! everything about it and in between. FY lah yang paling eksaited bile my friend ajak pergi survey2 barang kahwin or ajak borak sekalipun, FY on je. Dari kecik kot perangai macam ni. Pantang parents ajak pergi wedding mesti nak ikut. Lepas makan,mesti ajak mama nak jumpe pengantin perempuan kat bilik dia(kalau pengantin lelaki lum datang lagi lah). Bila selak album kecik2 dulu, banyak giler ok FY bergambar dengan pengantin.haha..giler gediks!

Masa sekolah dulu, most of my friend dah aim yang FY yang 1st kahwin! Kita merancang, Allah menentukan. Setelah mengalami beberapa kali episod percintaan monyet(2 kali kot..haha), di umur 26 tahun (next year) insyaAllah, FY dan MA bakal disatukan. Di Serendah ni, batch FY mostly kesemuanya dah berkahwin dan beranak-pinak. Kawan-kawan yang tak kahwin lagi boleh kira dengan jari. Kebanyakkannya yang baru start career as a doctor & architecture. Tapi FY yang ambil law pun kahwin agak lambat gak.Hehe.. Reasonnya, maybe nak enjoy puas2 zaman anak dara. Nak travel dengan family and nak kerja kumpul duit lebih sket for wedding preparation.

Oleh kerana FY ni kahwin lambat and sporting bab kahwin, makanya my close friend yg nak kawen slalu tanya FY, sudi tak jadi pengapit? hehe.. Senyum je FYkalau dorang offer especially bile dapat kain suruh buat baju. Pernah gak FY menolak sebab dat time exam week. Memang cari pasal la besok paper law, hari ini duduk kipas pengantin atas pelamin.Huhu.

Menjadi seorang bridesmaid bukanlah tugasan yang boleh dipandang mudah. Korang haruslah seorang yang helpful, camera friendly and particular. Kena datang awal, pandai2 calm down kan pengantin & chill je.

I'm gonna miss my task as a bridesmaid! Lepas kahwin nanti, takde la kot kawan2 lain panggil jadi bridesmaid..huhu..Ni adalah koleksi pics FY yang sempat FY cari dekat facebook kawan2. Banyak lagi tau, nanti update lain kali..hehe


my friend, Suhada on her engagement day (January 2010)



tak tahu lah apa masalah FY sampai bermuka tension camni? hahaha..
jadi bridesmaid for Fazila (May 2010)


pic ni time kakak angkat FY kahwin, Kak Haz (Feb 2011)


antara orang yg mula2 trust me to be her bridesmaid, Tini (May 2009)


the dulang girls for Sarah's engagement..suka pic ni


bridesmaids untuk my cousin dekat Melaka..my auntie sponsor kain..tapi pengantinnya takde pulak dalam pic ni..hehe..




ADA SEORANG LAGI INSAN YANG SUKA JADI PENGAPIT..SANGAT2 DEDICATED!

ni dia













MY BOYFRIEND!!!!

LOL


Ada lagi koleksi pics dia jadi bestman..nak kena godek2 facebook lagi ni..hehe..