Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, August 12, 2013

Kasi Tukar

Selamat hari rayeeeeeeeeeee semua..Amacam beraya? FY dan suami beraya sakan di Kuala Kangsar..balik kampung seminggu..Puas la masak untuk raya dan berjalan sakan..weekend ni balik kampung FY lak dekat Melaka..yayyy

Ni pic sket..tak byk bergambar sebab takde gang camwhore selain husband dan anak sedara..hehe..




FY rasa macam nak tukar address blog ni..huhu..dah macam tak relevan dah guna bride-note.blogspot.com..huhu..sedih gak after 3 tahun guna address ni tetiba nak tukar kannn..nanti FY umumkan nama blog baru FY..tukar link je..tak koser nak buat blog baru..dasar pemalaihh..mihmihmihh..

Sunday, June 16, 2013

On our anniversary

Our 1st anniversary disambut sederhana je..Celebrate berdua kat rumah..Husband request nak makan aglio olio saje.. Kitorang pun takde plan nak celebrate kat mana... Lagipun hari tu dah spend banyak jugak pergi road trip ke Singapore..so, paham2 je lah kondisi tengah bulan ni..hehe..

Ok..ni dia aglio olioo yang FY masak..Sesenang A,B,C,1,2,3 dan alif, ba, ta.



Meh FY bagi resepi skali..1-) Rebus spaghetti dan masukkan beberapa titik olive oil..jangan masuk byk2..olive oil mahal hokayy 2)Potong bawang merah & bawang putih dan gorengkan sampai layu bersama olive oil juga 3)Pastu masukkan udang dan sotong 4) Bila udang & sotong dah 1/2 masak, masukkan spaghetti yang telah ditos..jangan buang semua air rebusan tu..tinggal kan sket 5)Sprinkle chopped black pepper, white pepper, basil, rosemarry, garam dan chilli flakes (selalu dapat free dari Dominos kan? ahakss) 6) lastly masukkan satu senduk air rebusan spaghetti supaya tidaklah terlalu kering 7) Agak2 dah sebati semua..jangan lupa tutup api..dah hidang mengikut kreativiti masing2

Lepas makan tu, kitorang ada hal kat rumah my auntie dekat shah alam..then ada plan nak visit Irine yang baru deliver baby yang kiut miut, Fiska Medina..



ololo..comel nya..best tgk baby ni =)
nanti auntie FY datang lagi k..hopefully dtg bawak kawan Fiska Medina pulak..insyaAllah


Wednesday, June 12, 2013

big hotel, singapore








BIG Hotel

200 Middle Rd  Singapore 188980


Atas permintaan kawan2 blog..FY stay kat sini during our 

short vacay to Singapore.. hotel ni minimalist dan stylo.

- nice enviroment
-great service
- warm welcome from receptionist. they also very helpful..we muka tak malu mintak map singapore and they printed the map for us..haha..padahal nak pergi tempat yang 2 blocks away je..
- ada water filter Coway dekat each floor.
- air fresher is everywhere that smell so good
- nice range of toiletries 
- ample parking space but quite expensive...SGD 12 per day...erkkk







p/s: pics from google, facebook and personal hp










Tuesday, June 11, 2013

hampir setahun

Ikut Islamic Calendar, alhamdulillah dah setahun kami kahwin..juga masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..Doa2kan lah..Sepanjang setahun tu, biasalah kan..Ada suka dan duka..Ada nangis dan ketawa..Ada merajuk dan dipujuk..Ada jatuh dan bangun..Ada benci-benci sayang..hikhik..

Apa yang penting saling cinta dan sabar SANGAT penting..haa..amik siap capital letter and bold sekali..

So, bersempena bulan cinta iaitu June (kami kahwin 16 June 2012), we olls decide nak pergi road trip to Johor dan Singapore..sesaje nak explore by car..boleh singgah mana suka..kira ni mcm anniversary celebration lah..huhu

1st stop haruslah ke JPO...percayalah FY tak beli ape pun..husband FY yg sakan shopping kat sini..pelik dengan perangai sendiri..maybe sebab cuaca panas giler dan ramai sgt orang..nak masuk kedai kena beratur bagai..FY adalah berkenan kasut kat ferragamo tapi takde size ler pulak..pastu bila fikir balik, rege nye takde lah murah mana..baik kirim member kat UK pi belikan..

Gambo kat JPO memang tak amik..so, next destination is Legoland

dari JPO ke Legoland lebih kurang setengah jam..semua ikut highway..bayar je la tol..

Sampai kat legoland dah pukul 3 lebih..kitorang dapat voucher 30% off from Mcdonalds..tu yang beriya nak  pergi sini..hehe..Nasib baik cuaca mendung tapi belum hujan..dah nak dekat balik baru lah hujan turun.. 

FY share la 1 pic kat sana..hehe..tu pun amik dekat insta sendiri.. (p/s: follow lah my instagram : farahyasmyn)



Lepas habis kat legoland..pergi makan jap..pastu naik kereta terus ke Singapore ikut 2nd link..

FY dah book hotel..FY pilih BIG hotel..hotel ni baru 2 bulan..tempat ni convenience sgt..lokasi strategik..ada parking lot (even mahal gila parking charge), dkt dgn Bugis, Kampung Glam, MRT station..

Rate before tax is SGD118 per nite exclude breakfast..


The next day terus ke Zam2 Murtabak Singapore..makan murtabak dan briyani..alhamdulillah kenyang giler..makan 2 orang dalam SGD15..

Then, pergi Orchard Road..usha2 saja..Ikutkan napsu, mmg nak mcm2 tapi kena saving untuk pindah rumah baru..nanti FY story morry pasal rumah next entry k







Monday, May 6, 2013

Umrah



Salam kawan2 bloggers =) Alhamdulillah FY dan husband selamat mengerjakan umrah. Kami pergi ke sana pertengahan April lepas. Lambat sikit update sebab FY tak berapa sihat dan banyak kerja office yang nak kena catch up. Tak sempat la nak blogwalking, apetah lagi nak update blog. 




Tuesday, January 1, 2013

my wonderful year of 2012

Recap for 2012..All my bittersweet memories..Hopefully 2013 much more better,happier and healthier..InsyaAllah

JANUARY



Dapat kerja di VADS Berhad sebagai Human Resource, Recruitment & Planning Officer.

Dulu FY kerja dekat law firm tapi dah tak berapa seronok dengan dunia undang-undang yang terlalu mencabar..huhu..Siapa pernah kerja law firm, faham kot :P

Alhamdulillah kerja bidang HR ni sangat seronok!

FEBRUARY

My birthday month..and my engagement day!

celebrate birthday dengan family & yang tersayang dekat Ar-Rawsha..dapat hadiah Ipad..thanks pakwe (time tu boyfriend & girlfriend lagi)







the sweetest 12 February 2012

dan mini gathering with geng2 B2B 2012


MARCH

Bermulalah preparation kahwin yang sangat-sangat menyeronokkan. Survey sana sini..Pergi Nilai 3, Jalan TAR, bridal boutique, designer house, Jakel, Nagoya, GM Klang dan lain-lain..Penat tapi best..Kalau boleh nak ulang balik moments2 ni..Apa yang boleh, FY sekarang tengah tolong kawan2 yang nak kahwin.



Rugi tau kalau serah bulat2 preparation kahwin dkt orang lain..tak dapat feel penat lelah dan keseronokkan survey dan beli barang kahwin..

APRIL

Pergi Annual Dinner office





theme : Pirates

FY jadi pirates muslimah..haha

MAY

Pergi Singapore untuk beli barang2 hantaran..Lagi murah dan lagi banyak choice.




JUNE

My precious wedding day! Alhamdulillah





and unforgettable honeymoon in Maldives




LOVE

JULY

Menjalani kehidupan rumahtangga di rumah sendiri..Macam-macam benda baru FY belajar..Dari menguruskan rumah,masak dan memahami kehendak suami.




dan my graduation day..gile lama nak tunggu graduation day..FY dah kerja setahun lebih baru nak grad..lembs lah MSU ni..grrr

but Alhamdulillah, dapat gak Degree Law & Commerce.

and the best part, pegi convo dengan husband and family



 AUGUST

Majlis bertandang di Kuala Kangsar



 SEPTEMBER

Pergi short vacation dan wedding kawan di Terengganu





OCTOBER

birthday month hubby..a simple celebration at his office and of course SURPRISE!!!!



 NOVEMBER

This month nothing major things happenned in our lives sebab masing2 sibuk kerja

DECEMBER




FY and husband setting target yang agak besar untuk 2013..

Baby + Rumah Baru + Better Job

InsyaAllah



Wednesday, December 26, 2012

2013 wishlist

Azam 2012 FY ialah nak kahwin,dapat kerja best dan enjoy married life. Alhamdulillah..everything went smoothly eventhough ada lack here and there tapi takpe..Nobody's perfect dan FY bersyukur dengan rezeki dan apa sahaja yang FY dapat untuk tahun ni.

Untuk tahun 2013, semestinya FY berharap untuk pregnant..InsyaAllah dipermudahkan..Selain tu, FY ada banyak plan lain especially untuk rumah yang dijangka siap bulan February ni..Plan nak pergi umrah dan mungkin bisnes kecil-kecilan.

7 wishlist FY untuk 2013

1- Menjadi muslimah yang lebih baik luaran dan dalaman..FY nak lebih rajin solat subuh (seriously selalu terbabas,especially weekend =( . Khatam Al-Quran lagi..Join usrah dan kelas agama..Then,Husband FY suruh tambah koleksi tudung/shawl yang menutup dada.

2- Nak tambah skills masak..Setakat ni skill rebus,goreng & bakar je..FY teringin nak ada skil kukus, grill, panggang pulak ! Nak tambah kitchen gadget..In my mind; waffle maker and bbq set..

3-Nak pergi travel..Pergi umrah is my top priority..Rindu nak pergi sana lagi..Selain tu, both of us sangat teringin nak pergi US..InsyaAllah,.kena kerja lebih kuat lagi ni

4-FY tak sabar nak masuk rumah baru =) wishlist untuk rumah baru akan dikongsi next time

5-InsyaAllah 2013,FY akan start business kecil-kecilan..Please support me =)

6-Maybe nak tambah koleksi handbag..FY teringin nak beli Prada atau Dior

7-Lastly, semoga tahun 2013 ni ada rezeki untuk dapat baby..Happy tengok kawan bride 2012 dah pregnant..


Wednesday, December 19, 2012

Dreemika soft launching



Dengan tokeh kedai..baru umur 25..dah ade 3 butik weyh!


FY suka interior kedai ni..vintage yang comel2..cost untuk buat bukan sikit2 tau

 party planner utk soft launching ialah Dear Azalea

 Peplum fever is everywhere

 Ada jual casing handphone yang menarik dan unik..konsepnya haruslah vintage!


 

FY haruslah tak melepaskan peluang grab beberapa helai tops untuk diri sendiri..mesti lah ada discount

 kek yang sangat sayang nak makan..memang ta sempat makan pun..hehe..sempat tapau sandwich je

 with my office mate; Nanie Hussin

 and my roomates ; Aizat Suffian
P/S: tenchu yang..belanja i baju..hehe..lebiu

lastly with si cantik manis; Lynda Roslan


FY and husband terpaksa balik awal sebab rushing pergi wedding dkt Ipoh..anyway, datanglah Dreemika untuk shopping baju, skirt, cardigan, casing phone, accesories vintage etc