Tuesday, January 14, 2014

Free Hijab Styling Course with Anizon

Kehidupan FY memang selalu dipenuhi dengan aktiviti. Jarang sangat duduk kat rumah dan melangut tak tentu pasal. Hubby and I memang suka keluar jumpa kawan/orang dan do something new. As you all know we both ni Prudential Wealth Planner (agen insurans la senang cite..hehe) yang nak kena keluar selalu dan lepak2 borak pasal insurans (bukan borak kosong tau tapi nak educate people on how important to get insurance especially for Malay). But don't worry la, if ajak FY keluar, takde lah FY cerita 100% pasal insurans jerr..

Last week, Prudential organized Free Hijab Styling Course khas untuk agen2 dan client2 sebagai tanda terima kasih kerana memilih Prudential. FY tak sempat nak menjemput client2 FY sebab agak busy dengan kerja full time (recruiter). FY post kejap kat FB hari Khamis and alhamdulillah ada yg free.

Event diadakan di cawangan Prudential di Taman Sea, Kelana Jaya pada pukul 2 hingga 6 petang.  No entrance fees (nama pun free hijan styling course) tapi kena pre-registered with me sebab kitorang nak prepare goodies dan minum petang.  Nak prepare tempat yg ok supaya selesa.

Our hijab stylist is Anizon Hussin. Beliau pernah berkerja dengan Shila Amzah, Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan (iklan Safi Rania). Sebelum ini, beliau adalah editor di Dara.com. Majalah zaman dara yang FY selalu beli dan pernah jadi model dlm tu..haha..pandai2 la korang carik sendiri..Malu nak tempek pic kat sini..Hehe.

Anizon buat demo dan semua peserta boleh hands on buat sendiri sebab semua material disediakan. FY pernah pergi course hijab ni dekat tempat lain tapi takde pulak di bagi material (various type of shawl n pins) to try on. So, balik rumah je dah lupe..Hehe..Tapi kali ni, alhamdulillah banyak gaya hijab yang FY belajar and boleh ingat.

Ok..layan lah pics2 ni..










Ada kawan2 reader nak join tak? InsyaAllah ada lagi hujung bulan ni..Contact la FY 012-285 4181 ok.

Thursday, January 9, 2014

Packing time


Hi dear..hope semua reader sihat2 la belaka..

Tahun 2014 ni adalah tahun untuk FY berpindah dari rumah sekarang (apartment yang my mum bagi sewa free, alhamdulillah) ke rumah sendiri yang husband FY beli 3 tahun lepas.

Ye, 3 tahun lepas beli..Last June 2013 siap dan sekarang ni baru nak buat reno sikit..Bermulanya hujung bulan 1 ni..Tempoh jangka siap bulan 4, insyaAllah. Dalam masa tu, FY kenalah bersiap2 nak pindah..Kena seiring dan sejalan..Tak boleh la rasanya nak pindah sekali gus. I is so busy uollss..So, haruslah berperingkat.

Well, biasalah kerja2 mengemas dan mem'packing' ini adalah kerja kita isteri2. Kalau nak harap suami tu boleh tapi paham2 je la kerja orang lelaki ni kan. Biar lah diri ini yang pack dan unpack barang. Suami tolong angkat je. Sejajar dengan resolusi 2014 FY, to be organized! 

First thing nak ada is barang2 essential seperti :

1- Kotak
2 - Tape
3 - Marker pen
4- Plastic
4- Kerta label 
5- Trolley 





Plan FY ialah setiap minggu nak pack at least 3 kotak. Dari benda yang 'less needed' dulu. 'Less needed' things ni macam, perhiasan2 kaca, buku dan accesories. Then, slow2 nak pack baju2 yang jarang pakai. Its either nak sedekahkan atau nak keep mana yg sentimental value..Arghh, ini part yg FY tak sanggup. Byk benda yg bukan sentimental value sangat bagiku tapi tak tahu la..hahaha..semua benda nak letakkan sentimental value nya..hehe.. 

Ok, nanti FY update hari lain k..Ini je yang time yg free untuk berceloteh kat sini..Jom al follow iG FY : farahyasmyn . Kat situ, FY hari2 post..hehe

Wednesday, December 25, 2013

NEW YEAR RESOLUTION

FY punya new year resolution ada 5. 

1- Tingkatkan amal ibadat. 
2- Eat healthy
3- Simple daily exercise 
4- More savings
5- Be organized

1- Tingkatkan amal ibadat
Berusaha lebih lagi untuk cukupkan solat 5 waktu..Jujur FY cakap, byk juga yang tertinggal..Astaghfirullahalzim..Disamping tu, nak puasa sunat dan banyakkan sedekah.. InsyaAllah

2- Eat healthy
Banyak2 makan buah,sayur, kacang,ikan & ayam..No junk food (tak baik utk TTC)..Nak minum oat & susu hari2 dan consume supplement utk kesihatan badan dan kulit..FY nak consume Radiglow..ok tak? FY malas la nak dgn supplement yang bancuh2 air..hehe..

3- Simple daily exercise (10 to 15 minuites per day)
Push up, sit up, jumping, naik turun tangga, joging, vacuum rumah , skipping dan swimming. Apa2 je la yg boleh mengeluarkan peluh..FY rasa badan ni dah berat sangat..Husband pun dah rajin mengusik cakap dah ada byk spare tyre =( 

4- More savings
Nak save regularly..Kena tgk increment gaji macam mana..hehe..

5- Be organized
Ok..ni penting untuk nak pindah rumah baru..FY kena disiplinkan dari awal..Nak semua letak in order supaya tak bersepah dan tak kelam kabut nak mencari..Sekarang ni tengah kumpul organizer boxes..Nak sorting barang ikut color dan jenis2nya..

Wednesday, December 18, 2013

Janji

FY janji nak update blog regularly tahun 2014. Update pasal nak masuk rumah baru je pun..tak ready lagi nak share story pasal TTC..hehe..Kunci dah dapat lama, tapi still tak start2..Ye la kan..no money no talk..So, start je dapat kunci tu, kitorang kerja kuat2 cari duit lebih..Memang penat tapi puas hati..Alhamdulillah..Seboleh-boleh kami taknak apply loan..Cukup2 la loan rumah dan loan kereta je..Berhutang banyak sangat ni buat risau je kan..

Sunday, December 8, 2013

Athiqah & Din Wedding

Macam biasa lah..Selagi takde anak, selagi tu FY masih laku jadik bridesmaid..hehe

Location : The Club, Bandar Utama
Attire : Innaired
Make up : Saidatul Nisa
Pelamin : Ari Wedding Couture
Hantaran : Damiadanial (cari kat instagram)








Monday, December 2, 2013

Cara Bahagi Gaji

Semakin hari semakin mencabar kan hidup ni? Macam2 benda naik..petrol naik, bil elektrik naik, tol naik, harga makan minum naik..semua pun melambung..haihh..melampau2 kan..gaji takde lak melambung naik..nasib2..

FY nak share tips dan cara bahagi gaji untuk menjana ekonomi rumahtangga:

1# Gunakan Konsep 1/3
Sebaik sahaja anda memperolehi gaji, bahagikan wang gaji anda kepada 3 bahagian. 1/3 diperuntukan untuk membayar hutang, 1/3 diperuntukan pula untuk simpanan dan 1/3 lagi khas untuk perbelanjaan bulanan.

Contoh : Gaji Bersih (lepas tolak EPF, SOCSO & tambah allowance) = RM3000
                
                 1/3 gaji (RM1000) - Bayar hutang seperti hutang kereta (Viva : RM500) , 
                                                   Bayar hutang belajar (PTPTN : RM200)
                                                   Bayar personal loan (RHB Easy : RM300)

                  1/3 gaji (RM1000) - Simpanan tetap 
                                                     ASB (RM200)
                                                     Insurans (RM200)
                                                     Tabung Haji (RM200)
                                                     Akaun Semasa utk kecemasan (RM400)

                   1/3 gaji (RM1000) - Perbelanjaan bulanan
                                                      Petrol & tol (RM300)
                                                      Groceries (RM150)
                                                      Makan (RM300)
                                                      Bill (RM250)
                                                     
                                                                                     
2# Bayar Awal Bulan
Setiap kali dapat gaji, terus bayar bil dan hutang. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana anda mungkin terguna wang tersebut untuk tujuan berbelanja. Kalau sekali ter'miss' bayar duit bill/hutang, mmg akan terasa utk bulan seterusnya..Boleh lari bajet bulanan ok.


3# Buka Akaun Berasingan

1/3 wang gaji anda disimpan dalam akaun yang berasingan. Jika anda berasa 1/3 itu terlalu banyak,
simpan 10% daripada pendapatan anda sebulan atau jika masih tidak mampu, Rm100 sebulan pun boleh! Janji simpan! dan pastikan akaun yg anda menyimpan itu memberi pulangan yang berpatutan.


4# Buat Pelaburan
Selain menyimpan, anda boleh menyimpan di dalam akaun pelaburan seperti di Unit Trust, ASB, Insurans dansebagainya. walaupun begitu, pastikan anda mengkaji setiap pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur di dalamnya. INGAT! Pilih pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan! FY buat pelaburan dekat Unit Trust, Tabung Haji dan Prudential. Setiap account letak RM200. Untuk Unit Trust melabur guna duit EPF.


5# Jangan Tambah Hutang
Jika anda inginkan sesuatu barangan dan barangan tersebut adalah MAHAL, jangan sesekali membelinyasecara hutang kerana kadar faedahnya sekitar 10% setahun! Adalah lebih baik anda mengumpul sedikitwang setiap bulan sehingga cukup jumlahnya sebelum anda membeli barangan tersebut. Yes, betul sangat2..Jangan terpedaya beli barang electric secara installement ni..Kalau lambat bayar, kena interest. FY pernah dengar orang kena blacklist sebab tak bayar installment beli washing machine. So, better kumpul duit sket2 dan beli cash terus. Peace of mind


6# Kad Kredit Bukan Kawan Anda!
Jangan gunakan kad kredit untuk tujuan 'shopping sakan!' Kad kredit hanyalah instrumen memudahkan anda membeli belah tanpa membawa wang tunai. Cara terbaik menggunakan kad kredit ialah bayar kesemua jumlah pada keesokkan harinya setelah anda berbelanja pada hari ini. Atau, 'bayar habis' bila dapat bil! FY ada credit card Standard Chartered. FY guna untuk petrol dan shopping groceries sahaja. 


7# Insurans
Belilah premium insurans untuk menjamin kehidupan anda sekeluarga. Nilai insurans anda sekurang-kurangnya mestilah sama nilai dengan jumlah liabiliti yang keluarga anda tanggung agar apabila anda TIADA kelak, liabiliti anda ditanggung sepenuhnya olah insurans. Pilih insurans yang bermanfaat untuk anda dan keluarga. Prudential menawarkan pelan serendah RM120 untuk medical card dan RM130 ke atas untuk medical card + clinic card. Contact FY untuk maklumat lanjut. Bagus beli insurans ni. Kita menyimpan sambil melindungi. Kalau kita sakit ke, kita ada back up.


8# Beli Aset Tetap
Aset tetap seperti rumah. Kereta bukan aset tetap ye. Untuk beli rumah ni, kajian demi kajian kena buat. Nak beli kat mana? Dekat dgn tempat kerja suami/isteri? Leasehold?Freehold? Teres? Apartment? Condo? Bungalow? Nak lot tengah ke? Lot tepi? Nak ada swimming pool ke takde? hehe..Semua ni ikut citarasa poket masing2..Yang penting, memang bagus pun beli aset tetap..Nak bayar je memang sakit sket..Nak maintain rumah pun sama..Lagi satu, bila dah beli, kena pikir kos2 renovation, pasang lampu and kipas, grill, kitchen cabinet dan sebagainya...Huhu..semua tu $$$

So, apa azam 2014 korang? Azam FY, haruslah berjimat cermat. Plan nak start masuk rumah sebelum raya..Jadi, kenalah cut off mana yang tak patut. Nak shopping pun berpada2 dan mesti kerja keras! Azam 2014, nak masuk rumah baru dan bersedia nak ada baby. Semoga dipermudahkan-Nya. Ameen


- contoh lain pembahagian gaji-

Monday, November 25, 2013

Bachelorette party in the city

Salam readers..Masih ingat dengan FY? hehehe..Rasa bersalah gila sebab terlalu busy..Busy kerja, busy berbisnes dan busy berumahtangga..Orang keliling dah cop FY macam super woman..Ye la kan, nak cop super mum , FY takde anak lagi..

Anyway,last weekend FY dan close friends pergi celebrate bachelorrete. Kitorang pilih venue dekat dalam KL. Convenience untuk semua orang. Plan asalnya nak pergi The Dusun kat Negeri Sembilan tapi perancangan macam leceh sket dan masing2 ada hal on the next day so tak boleh nak pergi luar dari KL.

We stayed at E&O Residence at Jalan Tengah off Jalan Sultan Ismail. You can refer to their website : http://www.eoresidences.com/  The rate for 2 bedrooms,2 bath room, kitchen and can accomodate up to 8 person is around RM750..quite cheap rite? The unit is superb with great venue. Paling best dapat breakfast skali dekat Delicious nearby. Best giler!

I arrived there around 4.30pm. One of my friend, Sheila dah lama tunggu. We have to wait for another group of friend yang deal with the check in stuff. Unfortunately, there were late due to stuck in the traffic jam (kalau KL hujan mmg bikin delay in everything!!! grrr). Our plan is to cook western dishes to surprise the bride to be..She will come at 8.30..So, bila tengok jam ada lagi few hours..Memang cuak giler kot takut tak sempat ready..Nak tahu tak? FY siap kopek bawang kat lobby residence tu..haha..selamba..I was assinged to prepare the entree dish , so FY buat my mushroom bruschetta..Easy peasy sangat..hehe..While waiting them to arrive, siaplah kopek bawang menyorok2..hehe..

At 5.45pm, kitorang pun check in..Wowww, mmg best and grand..Lepas dah buat tour sket..Terus masing2 melompat pegi dapur, sama2 prepare food. Menu: spaghetti aglio olio, chicken grilled, lamb chop, mushroom bruschetta, dan sparkling juice..Best sangat gorong royong masak ramai2.

By 7, my bruschetta dah siap..Lamb and chicken dalam oven tengah grill.. Mash potatoes on the progress and spaghetti ready to be done..FY in charge pasal games terus prepare barang2..7.30 sume dah pergi siapkan diri, mandi, make up, buat rambut everything..Team deco pun dah sampai and start deco bilik according to our theme : Sex and the city..So sexcited!! haha..

By 8.30, semua dah siap2 tunggu si bride-to-be..She arrived around 8.45pm..Kitorang buli dia pakai mask tutup mata..hehe..and surprise her!! haha..coz earlier kitorang cakap, dia sampai je terus gerak pergi dinner luar..tapi dia tak tahu pun yg kitorang dah bertungkus lumus masak beria2..hehe..Then, ape lagi, camwhore sakan..Siap call bell boy tolong ambikkan gambar..hehe..

By 9.30 siap camwhore, dan makan! Semua kelaparan! Padahal tengah masak tadi, ada my friend tapau KFC..hehe..Semua food sedaps!!! Presentation mantap! haha..Alhamdulillah, siap dalam masa yg suntuk dan kelam kabut..Everything in control..phewww

So, dah makan2..bermulalah acara game..FY yg host..game ni FY buat pair..ada 4 group : 1-Xixili 2-La Senza 3-Blush 4-Triumph..Sume nye nama lingeries brand..hehe..Our first game is treasure hunting, second is draw the P, third taste me and last game is oh my dress!. Semua bachelorrete game ni FY yg organize..

After that, kitorang layan dvd The Big Wedding sampai tertidor..haha..bsok pagi breakfast dkt Delicious, St, Mary..Sedap u olls breakfast buffet dia..Nasi goreng yg paling sedaps..2 ke 3 kali ulang makan..Katanya buffet kannn..hehe..

Dah kenyang, pergi bercanda ambil gambar tepi pool and around E&O Residence..Cantik giler tempat ni..Bak kata my hubby, terbaik giler la memang gempak dan berbaloi..haha..Thanks to u sayang bagi bini mu kelepasan beronggeng satu malam bersama kawan2..hehe..

So, nak tempek gambar sket..meh mai dekat2..hehe