Monday, October 31, 2011

Vendor-vendor Pameran Pengantin (review part 1)

FY review vendor-vendor yang FY sit down and chit chat je k..Banyak lah nak review semua..Brochure pun bersepah-sepah lagi dalam paper bag..hehe..Sebelum pergi pameran pengantin, FY dah discuss dengan parents nak survey dais decorator, invitation cards and doorgift sahaja. Abah FY tak suka kalau pergi mana-mana without plan.Nanti dia cepat boring..biasalah orang lelaki ni kan.





Kalau cakap pasal vendor ni,macam-macam cerita yang FY dengar.Ada tu bagus,ada buat perangai last minute,ada kekwat,ada yang pushy and ada yang pandai ambil hati customer dengan janji-janji manismu..Apa yang penting? KERJASAMA! ye betul cakap wonderpet..we must cooperate between each other..kena rajin follow up itu penting..simpan brochure,segala resit, terms and agreement, sketch and whatsoever things that relates between you and your vendor in a folder. It is very important..kot2 la nanti ada yang breach the contract, boleh guna bukti-bukti yang ada and see you in the court..wuhuuu..boleh la panggil FY jadi loyer =) hihi






Ari Wedding Couture





I know ramai yang fobia/trauma dengar nama AWC kan? FY pernah la attend my bestfriend engagement yang hire AWC.Alhamdulillah takda masalah.Hantaran pun cantik.Datang on time and PR pun bagus.My bestfriend cakap,dia memang selalu follow up dengan AWC sebab as we all know that AWC ni quite famous and job dia almost every weekend ada.







Pelamin engagement my bestfriend Sarah

source : AWC










cuba cari FY yang mana? hehe




Untuk mengelakkan kontroversi ,kita sebagai bride to be tak boleh nak lepas tangan dan serahkan sepenuhnya dekat vendor.Kita mesti ada schedule nak follow up, let's say 6 months, 3 months before, 2 months before,one month before, 3 weeks before and the final 2 weeks tu call your vendor 3 times a week.You kena tunjuk serius sket.Bagi vendor tu ingat nama korang or dengar suara je,dah tahu siapa yang call..hehe..kejam tak FY?





Orite,back to pameran pengantin. FY lepak kat situ 2 kali, hehe..Dorang offer macam-macam pakej and dorang ada additional 5% discount untuk yang booking masa pameran. Dalam pakej AWC ada juga yang offer sekali dengan photography.Diorang collaberate dengan The photolicious , Kamalia Kamal (Kak Kay). Bagi FY, berbaloi juga dengan pakej yang ditawarkan and ada yang kena potong sana sikit, tambah sini sket. Contoh : kalau taknak ambil make up or baju dengan AWC,u boleh potong and tambah dekat benda lain tapi kena bincang betul-betul apa yang kita nak dan tak nak.Make sure both parties paham.Jangan sebelah pihak je yang paham,sebelah lagi blur.Mutual understanding is absolutely important.










picture by Kay Kamal





Untuk pelamin nikah, AWC quote me RM 2550 for fresh flowers one panel dais with bantal nikah.Untuk pelamin dewan, AWC quote me RM 9000+ for fresh flower pelamin, walkaway 8 pillars, arch, gazebo, deco main table and centre piece for VIP table. Tapi itu untuk design yang sedia ada or you can mix and match with AWC other design..Kalau nak design baru,barang baru,mahal lagi la.sendiri mahu ingat kan?hihi





Untuk hantaran pula, I think kalau ambil hantaran sahaja dengan AWC is a bit pricey. Honestly, FY takkan spend sampai beribu for hantaran decoration. Tak dinafikan, hantaran yang AWC sangat cantik,eksklusif and bekas hantaran AWC is so unique. Tapi,kalau korang ada budget yang cun, ok je nak ambil dengan AWC.










Dayang FY with sireh junjung










hantaran both side by AWC





Suri Weddings Shah Alam



Zakri,if you read this, I would like to say thank you so much sebab layan FY and parents dengan baik sekali.FY suka sangat layanan Zakri yang mesra. Walaupun kami ni orang biasa-biasa je,tapi cara diorang entertain customer sangat bagus.




Decoration diorang masa pameran simple je english deco tapi comel.Selesa sangat nak berborak.














Zakri comel pakai baju pink..hehe





They quote me RM 3500 for fresh flowers pelamin nikah and 9 dulang hantaran fresh flowers. Pelamin dewan diorang tak berani janji berapa sebab kena tengok keluasan dewan dulu and starting price for pelamin dewan sahaja is RM 4500 ++.










contoh pelamin by Suri Weddings




love*love*lovesssss





Ok la,vendor lain FY review next entry.Kalau korang ada pengalaman with AWC and Suri Weddings boleh share experience.Have a good day everyone.








Sunday, October 30, 2011

Pameran Pengantin SACC




Seronok sangat dapat pergi walaupun datang hari Ahad,hari last..Datang pun dah pukul 2 tapi still meriah lagi.. Masuk-masuk je dah nampak photobooth pameran pengantin & dapat bergambar free..apa lagi kan,FY dengan mama pun gunakan lah peluang yang ada..At least dapat jadi kenangan nanti =)






Lepas dapat gambar yang di print tu, ada announcement pertunjukan fesyen. Decoration Arabian Night memang cantik ala-ala Aladdin castle or Masjid Ubuddiah, Kuala Kangsar =)








The Arabian Princess







Puteri Melayu







Apa yang best bagi FY, semua vendor yang join pameran pengantin ni mostly produk diorang ada kualiti & PR skills pun bagus.Bila FY minta diorang explain, they will explain nicely.Paling FY suka Ari Wedding Couture, Rins Suzana, Suri Weddings, Berkat DN Enterprise, The Photolicious, Mahligai Creative, Creative Elements, LH Media Creative & QTpots.







Alhamdulillah, FY dah booked dais decorator, hall decorator & hantaran deco for both sides untuk our wedding..It means that, for engagement je tak confirm lagi siapa buat pelamin & hantaran..Huhu..Tak awal ke FY book?hehe..actually FY takut price naik tahun depan..kalau book sekarang,ikut harga tahun ni..FY dah baca T&C from 'the vendor' dan berpuas hati dengan harga yang diberi =) Hopefully, takde la ek issue lepas ni.







Selain tu, FY tengok-tengok juga invitation cards, doorgift, photography (I love the photolicious,album kahwin Yasmin Hani lawa sangat!) and pergi try food testing juga. Oh, yang sedap catering pada FY is Marhaba Catering! layanan pun bagus..FY suka sambal sotong dia.






FY tak ambil pic banyak sangat sebab tangan penuh dengan brochure..camera pun tak bawak,pemalas punya pasal.So,snap pakai BB korok ni je..hehe













trinkets box, notepad, tissue cover, pencil holder



cantik tapi pricey sket la vendor ni bagi =((



kat India, murah je tau








chocolates!



macam-macam bentuk,macam-macam warna



Thursday, October 27, 2011

the eleven

Bila hari jumaat je mood kerja memang slow sket so apa lagi, blog walking la..hehe..FY notice gadis ada tag FY..thanks dear..Ok la,FY share sket ye apa yang FY boleh share.


the eleven things about me


1- FY is my new nickname.FY saja letak inital nama sendiri sebab sesetengah kawan-kawan FY panggil FY nama Farah and ada juga panggil Yasmin.Kalau nak taip Farah Yasmin setiap kali tu agak panjang, I simplify jadi FY je la =)


2- Umur 25 tahun..nak tahu birthday ke? 7 February


3- Anak sulung dari 5 orang adik beradik..FY anak tunggal perempuan =)


4- Hobi FY : baca magazine,scrapbook, baking cookies & travelling


5- Warna favourite FY is hijau,pink & purple. Warna yang FY tak berapa suka : biru


6- FY tak ada bestfriend yang tahu semua pasal FY sebab FY masuk 3 sekolah menengah. Tapi, each sekolah yang FY pergi ada kawan yang paling rapat. Dekat kolej & universiti pun sama.


7- FY minat gila lah dengan ZIANA ZAIN!!


8- Tak suka pakai contact lense kecuali kalau ada pergi event yang kena make-up macam pergi prom night, annual dinner or bila FY tunang n kawen nanti..hehe


9- Suka jalan-jalan dekat shopping mall sorang2 especially time weekdays..tapi sekarang tidak lagi sebab dah kerja.


10- Suka pakai tudung dubai. FY dah 4 tahun collect tudung ni..rasanya dah nak dekat 50 helai..hehe


11- FY suka senyum & peramah tapi depends juga dengan siapa lah kan..hehe..FY paling tak gemar orang yang 'pilih bulu', hipokrit & sombong tak tentu pasal.


-----------------------------------------------------------------------------


11 soalan dari Gadis


1- Kalau orang senyum pada anda, adakah anda akan senyum pada dier semula?

insyaAllah..FY memang suka senyum tapi kalau PATI yang senyum, FY tak layan la..hihi


2-Hp paling canggih yang pernah anda gunakan?

Blackberry Bold


3-Suke shopping ape?

scrapbook supplies


4-Suka dating kat mane dengan pasangan?

The Curve & Wangsa Walk(movie je la...hihi)


5-Kalau tengah marah dengan bf/gf/tunang/suami selalunya diorang akan buat apa?

dua-dua senyap..bila dah rasa ok baru bincang n minta maaf


6-Suke shopping barang ape?

kasut


7-Kerja gila yang korang pernah buat?

drive kereta time malam lepas tu tak buka lampu (gile ke tak ni?hihi)


8-Apa yang ada dalam handbag korang?

handphone,wallet,lipgloss,tissue & kunci


9-Laman web ape yang baru sekejap korang singgah?

malaysianbar


10-Game ape yang korang suke main bila dah xde buat ape-ape?

tak suka main game


11-Apa yang korang tengah fikirkan sekarang ni

nak pergi pameran pengantin =)


-------------------------------------------------------------------------

FY nak tag

1- izasarey 2- Renee 3- kak long 4- Dhiera 5- Intan 6- marya 7-nurul izayani 8-wanis 9-Marea 10- Rilla 11-Kina


--------------------------------------------------------------------------

11 soalan dari FY


1- Apa restoran kegemaran you dengan pasangan?

2- Dekat mana tempat dating yang pertama?

3- Siapakah orang yang selalu kongsi perasaan happy,marah,tak puas hati atau bengang ke dll?

4- Minyak wangi favourite?

5-Apa plan untuk 5 tahun akan datang?

6-Benda yang paling you sayang?

7-Favourite song apa?

8-Ada pet tak?

9- Destinasi honeymoon yang diidamkan?

10- Perkara yang paling pantang?

11- Apa perkara yang paling romantic yang you buat utk si dia?hehe


Tak Sabar

Bukan tak sabar nak kawen ke tunang ke,hehe..FY tak sabar nak pergi Pameran Pengantin Malaysia kat SACC Mall 28 October- 30 October..InsyaAllah nak pergi 29 October time petang or last day dari pagi sampai petang..haha..tengok lah mana yang time free..kena pergi wedding kawan on 29 October juga ni..





Perasaan excited nak pergi pameran pengantin kali ni lain macam sket tau..bukan tak pernah pergi pameran pengantin. sebelum ni..kat Wangsa Walk depan office FY ni dah 2 kali kot pameran pengantin ada sejak FY kerja 6 bulan lepas..Tapi masa tu FY just tengok-tengok sambil berangan je la..Planning nak merisik pun tak ada dalam agenda lagi..Alhamdulillah, bila MA dah datang merisik 9/10/2011 lepas, baru lah FY dan MA bersedia nak survey-survey pasal engagement and wedding..






wahh,ada theme la untuk pameran pengantin ni. It's Arabian night with gold, maroon and sapphire blue combination colors..Kalau nak datang kena follow warna tema ke?haha ;) Tapi yang penting, masuk free =)


So, kalau terserempak dengan FY ke kat sana, tegur-tegur lah FY tau.Boleh kita jadi kawan. FY tak sure lagi nak pergi dengan parents or dengan MA. Tapi tak kesah la dengan siapa pun, FY tetap pergi juga pameran pengantin kali ni dengan perasaan tidak sabar..hihi



kalau jumpe makhluk excited ni, boleh la say hye FY (Farah Yasmin)









p/s: nak survey pasal apa lagi ek especially untuk engagement ?

Wednesday, October 26, 2011

double booked !

Official MUA for my engagement


Alhamdulillah, MUA and OP for my engagement dah siap booked =) Semalam FY called all MUA yang FY dah list down dkt entry sebelum ni. Only 3 of them yang layan which is Zila Ziman. Nurin and Vee..Sedihnya Zila Ziman dah fully booked on my engagement date tu..Vee pun sama..Emma Pesona off handphone pulak..Anna Ismail pun tak dapat nak reach..So,officially my MUA for e-day is NURIN !! =)





Macam biasalah,kalau kita nak hire siapa2 pun for our e-day/wedding day,1st think yang kena tengok is PR skills mereka..Kita kena tengok whether dia boleh tak memahami apa yang kita nak..kita juga kena tengok whether dia boleh sabar and terima opinion kita ke tidak..Some vendor/person taknak langsung dengar idea/opinion client..Do you know that client/customer is always right? =)






Orite back to MUA, i puas hati cara Zila Ziman layan sms I..walaupun dia punya schedule penuh on that day tapi dia suggest kat FY untuk ambil make up sesi petang but unfortunately dear, majlis bertunang FY buat tengahari.So,takde rezeki nak ambil u t___t





Vee pun dah penuh and FY pun tak letak high hope on her coz i dah nampak kat blog dia,date yang I nak tu dah ada orang hire Vee..





FY call Nurin sekali je and alhamdulillah dia pick up the phone. Nurin duduk area Wangsa Maju and it is very convenient to me to meet her soon sebab FY kerja dekat area Wangsa Walk ni..hehe..nanti nak jumpa Nurin untuk bincang make up and bagi deposit terus..FY dah block date dengan dia =) siapa-siapa yang pernah ambil Nurin for your day,mind to share your experience?




source : uncle Google





Official Photography for engagement




My OP ni tak famous pun tapi dia pernah kerja jadi editor Saiful Nang.Sejak 3 tahun lepas dia start bisnes photography sendiri.Thanks to my brother sebab recommend kan dia for me.My OP ni classmate my brother dekat kolej dulu.So,dapat lah special price sket..hehe..Suka! =)




FY suka tone gambar dia.Nampak soft sangat editting nya..I do not prefer editting yang nampak fake and over done..Then,FY pun tak suka yang letak kerawang bagai..for me,it is so disturbing and nampak gambar tu 'meriah' sangat.hehe..FY pun dah awal2 cakap dengan dia, tak boleh masuk bilik time FY tengah make up.Hanya dibenarkan time FY dah pakai baju and siap bertudung sahaja..Pasal tu semua,FY dah bincang dengan dia..Cara komunikasi pun senang macam ada chemistry..I panggil dia 'adik' and he call me 'kakak'..Dengan orang yang lagi muda ni,I taklah malu2 sangat nak posing2..Lagipun dia pun ceria and nampak macam pandai bagi arahan..InsyaAllah semuanya dapat berjalan lancar la ye dik oi =)




I taknak reveal his name sekarang..I reveal his work dulu la k..I took the picture from his facebook..Kalau korang pernah termasuk his page,mesti dah tahu kan ;)






Monday, October 24, 2011

The mak/cik andam

Nowadays,tak panggil dah mak andam ok..sekarang,glamor u alls..panggil make-up artist..hihi..ataupun in the bride dictionary, we called it : MUA (Make Up Artist). Banyak lagi terminology bride dictionary ni..haha..nanti FY share next time..



Orite bebeh,for engagement,I think tak perlu kot nak hire MUA yang high profile like Saidatulnisa, Sue Cantik, Nurul Shukor dll..tapi kalau berkemampuan,apa salahnya..but i pity my friend, dia hire kak Sai for engagement but kak sai cancel one day before sebab kena make up with Permaisuri Agong..so,kak Sai suruh Ezral Nordin ganti dia..my friend bengang juga la tapi nak buat macam mana,Kak Sai ada contract with the Queen so nak tak nak kena follow schedule Tuanku..Anyway,FY suka juga la make up by Ezral (especially for those yg suka heavy smoeky eyes,he's the one that u have to considert).



FY sendiri prefer MUA yang boleh make up sweet and bersih..foundation yang blend perfectly,pandai shading and apply nice color eye shadow..eye liner and lashes jadi selekeh tu is a BIG NO NO..Red hot chilli lisptick pun mintak ampun zahir batin.Dah la FY ni tak cerah, macam apa je jadi nya..hehe..Lagi satu,FY nak bakal MUA yang pandai scarf styling..



In my mind,memang dah ada pilihan tapi nak survey juga yang lain..Korang suggest la juga kat FY MUA apa yang best-best..Mana lah tahu,FY berubah fikiran ke after dpt suggestion.



Below is the list of MUA yang dalam kepala FY..hehe


1- Vee El Faiiezien
-orangnya pun cun..young mother for 1 cute lil boy and I heard tengah preggy sekarang..I love her touch so much especially on the eyes part and natural lipstick yang digunakan..FY tak sure rate berapa but I guest below rm500.Nanti FY update..








contoh make up by Vee..taken from her blog


visit la her blog : Vee El Faiiziens



2- Emma Pesona
for me,her make up memang enhance the beauty of woman..nampak lembut dan tak mengubah sangat muka.Rate is RM 500.






contoh make up by Emma Pesona




sources : prettybrides


3- Nurin
ok,lawa juga..natural and simplicity is the best..price pun RM 500








4- Anna Ismail

totally adorable like the MUA..haha..tak aci..apsal mengada suka MUA dia pula..duh :P



But seriously,her touch cantik-cantik..furthermore,dia pandai playing with concept.lets say,concept korang nanti arabian ke,pandai lah Anna tu make up Arab looks.












for more,visit her blog : Anna Ismail



5-Zila Ziman


she is ex-bride-blogger..blog dia : sayamaukawen..

kalau mana yang suka baca magazine Ratu Sehari,mesti dah familiar dengan hasil kerja Zila.





zila make up sweet kan..hehe

taken from her website : zila ziman


So far,tu je yang FY ada dalam list..Hopefully readers yang ada suggestion dapat suggest MUA yang rate below RM 500 ni kat FY..Thank You in advance =)


Sunday, October 23, 2011

table for two

FY tak sempat nak plan celebration apa pun..even sebiji cake pun tak beli..haha..MA agak busy with his team building.So,sempat lepak KLCC and having dinner at Ben's..I love their Grilled Chicken and also yummylicious pavlova. It is a great place to hang out with friends/family coz the ambience is very calming.










*2 fat homosapiens*