Friday, July 6, 2012

review : inai by Kak Noor

FY sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Noor. Servis memang mantap, professional dan yang paling penting, kemas. Kak Noor datang rumah FY pukul 10.30 malam time sesi tukar2 baju..FY memang plan nak berinai pakai baju Melaka without the sanggul lintang..Nampak lah 'pengantin' sket dari pakai t-shirt biasa je kan..
After berinai dalam pukul 12.30, FY tidur jap sampai pukul 2.30 untuk cuci inai..Hasilnya memang superb! 

Sesi lukis inai ambil masa dalam 2 jam. Sejam untuk tangan,sejam untuk kaki..Kak Noor sangat teliti melukis walaupun dia cakap, hentam sajalah..FY pulak pergi request corak yang takde dalam katalog..Kak Noor layan je la kerenah FY ni..sporting giler Kak Noor..love u lahh..confirm nak buat lagi inai untuk majlis bertandang..insyaAllah..








                                      




Thursday, July 5, 2012

dulang girls and dulang boys

Kami dah booked cousin and kawan2 untuk jadi dulang girls and boys sejak dari bulan January lagi..After engage bulan February, terus bagi kain untuk buat baju kurung and baju melayu. FY beli kain dekat Jakel. Beli borong sekali gus dengan baju untuk sedara mara. Bajet RM 50 untuk setiap seorang memang cun2 je.

Untuk dulang boys, FY beli kain warna soft yellow.Untuk sampin, FY borong kain pelikat dekat Jalan Masjid India. For my dulang girls, FY beli kain plain color soft yellow untuk baju and indian songket untuk kain. Tudung nya? Beli tudung bawal..Senang belikan tudung bawal coz everybody sesuai dan tahu pakai.

Hantaran kami 9 berbalas 11..Kesemua dulang girls and dulang boys adalah kawan2 & cousin2 FY dan MA.Sampai ada kawan2 yang tak dapat nak ambil jadi dulang girls sebab dah cukup kuota..Rasa macam nak tambah tapi 11 dulang tu pun jenuh nak pikir letak apa..huhu





FY dan hubby mengucapkan berbanyak terima kasih.love you guys

❤
❤
❤

Wednesday, July 4, 2012

Solemnization make up

FY pilih kak Suria as my MUA sebab kak Suria is my ex-office mate. FY close dengan kak Suria and I always wanted my solemnization MUA is someone who is knowing me personally. Pagi sebelum nikah tu, FY rasa sebak sangat. FY anak sulung dan perempuan tunggal dalam keluarga. Rasa sedih tu sangatlah mendalam. Susah nak cakap lah..Time make up tu beberapa kali pause untuk lap air mata..Nasib baiklah kak Suria sangat memahami..

Bagi FY, make up Kak Suria makin lama makin improve. FY suka color blusher yang kak Suria apply. Foundation pun rasa ringan sangat. Yang cons maybe , Kak Suria tak berapa pandai nak pakaikan tudung. But I don't care coz tudung FY sangat behave masa tu..hehe..
















Sunday, July 1, 2012

review malam berinai

Malam berinai merupakan impian FY sejak dari 1st time tengok gambar my mum kahwin sebab best la dapat tukar baju banyak kali. Kalau bukan time kahwin,bila lagi lah dapat nak merasa pakai baju 7 persalinan macam ni. Baju last sekali, baru lah henna artist iaitu kak Nor datang untuk inaikan FY (next update about inai)

Baju-baju persalinan untuk malam berinai ni FY sewa dari butik kawan my mum di Kuala Kubu Bharu. Kalau tak silap, nama butik perkahwinan tu ialah Butik Perkahwinan Eskay. Setiap sehelai baju complete with accesories, FY sewa RM 100. So, total untuk 7 baju = RM 700.. FY pernah survey juga dekat butik2 lain tapi tak banyak choice dan ada juga yang dah tak provide baju persalinan macam ni.

Untuk make up, FY ambil Kak Hyna Razak dari Sentuhan Hyna Razak. FY search je kat facebook dan terjumpa page kak Nana. Walaupun masih baru dalam industri make up ni tapi kak Nana sangat komited. Datang awal dan selesa sangat make up dengan dia. Harga : RM 150 (make up & transport)..So, totally recommended!

OP malam berinai, Nadia Zahri. Pics yang Nadia ambil belum keluar lagi. Pic kat bawah ni FY ambil dari FB kak Hyna, kawan2 dan saudara mara.









Itu je pics yang FY dapat cari..

List of 7 baju:

1- Sari
2- Jawa
3- Korea
4- Jepun
5- Puteri Perak
6- Gaun
7- Puteri Melaka with sanggul lintang

Thursday, June 28, 2012

Review - majlis khatam Quran

Salam Jumaat..FY mulakan review dengan majlis pertama iaitu majlis khatam quran..Kumpulan Marhaban Nurul Hidayah datang ke rumah tepat pukul 3 petang hari Jumaat, 15 June 2012 . Semua ahli-ahli kumpulan ni dari kalangan jiran tetangga FY sendiri.

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan seterusnya FY baca surah Ad-Dhua sampailah surah Tabat. Ada berzanji, marhaban dan nasyid juga. Majlis berakhir pukul 5 petang dan ada jamuan. Menu khatam quran ; Roti jala, mee rebus, kuih muih, pengat pisang, air kopi & teh.

Jubah khatam quran ni FY beli dekat butik Torquaz Jalan Tuanku Abdul Rahman dan tudung dari Maya Silk House. Planning nak cari warna dark brown tapi takda yang berkenan. So, beli je lah yang color hitam & merah ni. FY suka dengan material kain yang sejuk & beadings yg kemas. Labuh jubah pun sesuai dengan FY.

Pelamin dari Ari Wedding Couture. AWC team pasang 2 hours before majlis. Berdebar jugak tunggu utk pelamin   siap.                                                                                                                                                                                                     

Photography untuk khatam Quran ialah kawan FY, Nadia Zahri. FY hire dia untuk majlis khatam Quran dan majlis malam berinai. Senang & selesa ambil OP perempuan untuk event2 macam ni. Pic di bawah ambil dari camera and ipad. Nadia will give me the soft copy soon.















me with makcik2 marhaban in brown, jiran2 & mama





Wednesday, June 27, 2012

happily married



Alhamdulillah...we are now husband and wife..

will review about the preparation, event flow, honeymoon and such later..

xoxo

Wednesday, June 13, 2012

reaching 4th








We met virtually on 2007 via Friendster.

We knew each other on yahoo messenger during 2008

We met for the first time on 16 June 2008 at Tullamarine Airport, Melbourne, Australia

We declared it as our anniversary date because we believed that we fall in love at first sight

We had long distance relationship from June 2008 until December 2010

We went up and down in this roller coaster love life

We fight, we argue, we tolerate, we laugh and cry together

But love conquers all

Then,

You proposed me on 1st day of Ramadhan 2011

I agreed with your proposal during our merisik ceremony on 10 October 2011

We engaged on 12 February 2012

and 

We'll tie the knot with ijab & qabul on 16 June 2012

InsyaAllah